BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR 2025 – PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN RM500 SEBULAN

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR 2025 – PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN RM500 SEBULAN

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan RM500 sebulan ini! Ketahui syarat, dokumen yang diperlukan, dan cara memohon Bantuan Penjagaan OKU Terlantar 2025 melalui JKM. Dapatkan maklumat lengkap di sini dan mohonlah segera!

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR

PENGENALAN

Adakah anda tahu bahawa penjaga Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar di Malaysia berhak menerima bantuan kewangan sehingga RM500 sebulan? Artikel ini akan menerangkan cara memohon, syarat kelayakan, senarai dokumen yang diperlukan, dan panduan menggunakan eBantuan JKM supaya anda tidak melepaskan peluang ini.

APA ITU BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR (BPT)?

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) ialah inisiatif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu penjaga yang menjaga :

  • OKU terlantar atau,
  • Pesakit kronik terlantar yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.
JENIS BANTUAN JKM

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM500 setiap bulan bagi setiap OKU/pesakit yang dijaga. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penjaga dan membolehkan mereka memberikan penjagaan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk layak menerima bantuan ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi, serta dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU atau pesakit kronik terlantar. ATAU
  • Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan (minimum 3 bulan) boleh memohon atas nama sendiri. ATAU
  • Jika OKU atau pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau penjaga bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan atas nama pesakit sendiri.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Senarai Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad/MyKid OKU atau pesakit kronik.
  • Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Slip gaji atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan.
  • Laporan siasatan pegawai JKM yang mengesahkan status pesakit.
  • Surat pengesahan rawatan daripada pakar perubatan kerajaan atau swasta (bagi pesakit kronik tidak terlantar, tempoh rawatan minimum 3 bulan). Surat pengesahan ini sah untuk tempoh maksimum 2 tahun.
  • Salinan bil utiliti (air/elektrik/telefon) untuk pengesahan alamat.
  • Salinan penyata akaun bank terkini.
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan (jika perlu).
  • Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap dan teratur untuk mempercepatkan proses permohonan anda.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR (BPT)

Untuk memohon bantuan ini, ikuti langkah-langkah berikut :

  • Pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan.
  • Ambil dan lengkapkan Borang JKM 18. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  • Lampirkan semua dokumen yang diperlukan.
  • Serahkan borang dan dokumen tersebut kepada pegawai JKM.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon

Nota : Seorang penjaga boleh menjaga lebih daripada seorang OKU atau pesakit kronik. Kadar bantuan bergantung pada bilangan pesakit yang dijaga.

“Selain Bantuan Penjagaan OKU Terlantar, anda juga boleh menyemak kelayakan anda untuk Bantuan Warga Emas sebanyak RM600 sebulan.

KEPENTINGAN BANTUAN RM500

Bantuan RM500 ini amat bermakna kepada penjaga OKU terlantar kerana ia dapat :

  • Mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh penjaga.
  • Membolehkan pembelian keperluan asas seperti lampin pakai buang, susu khas, atau ubat-ubatan tambahan.
  • Membolehkan penjaga memberikan tumpuan kepada penjagaan emosi dan kesihatan pesakit tanpa terlalu risau tentang masalah kewangan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berapakah jumlah bantuan yang akan diterima?

Anda akan menerima RM500 sebulan bagi setiap pesakit/OKU terlantar yang dijaga.

Bolehkah saya memohon untuk lebih daripada seorang pesakit?

Ya, anda boleh memohon bantuan berdasarkan bilangan pesakit yang anda jaga.

Berapa lama tempoh kelulusan permohonan?

Biasanya, permohonan akan diproses dalam tempoh 1-2 bulan selepas semua dokumen lengkap dihantar.

Adakah bantuan ini berterusan?

Bantuan ini tertakluk kepada semakan berkala oleh JKM. Jika pesakit pulih atau penjaga tidak lagi memenuhi syarat kelayakan, bantuan boleh dihentikan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, anda boleh menghubungi :

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah yang berdekatan. Anda boleh hadir sendiri untuk mendapatkan konsultasi.
  • Layari Portal Rasmi eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Hubungi Hotline JKM : 03-8000 8000 (untuk pertanyaan umum).

Leave a Comment