CARA LOGIN STR : FASA 3 2026 SEMAKAN
Cara login STR disediakan bagi membolehkan penerima membuat semakan bantuan Fasa 3 2026 dengan mudah melalui akaun MySTR. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk mengakses maklumat bantuan. Sistem ini memudahkan penerima menyemak status terkini, menyemak maklumat peribadi serta memastikan semua data adalah tepat sebelum pembayaran dibuat.
Bagaimanakah cara login STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN STR 2026 : FASA 2
TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 3 2026
Sebelum menelusuri cara login STR, ketahui bahawa tarikh rasmi bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah seperti berikut:
| PELAKSANAAN FASA | TARIKH RASMI BAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 3 | Belum Dimaklumkan |
CARA LOGIN STR
Berikut merupakan pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh diakses untuk semakan dan sebagainya:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |

Seterusnya, antara cara login STR di portal MySTR untuk semakan status kelayakan, bayaran, kemas kini maklumat adalah seperti berikut:
- Pergi ke pautan Rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahman (MySTR).
- Bahagian Login akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Klik butang [Semak] di bawah.
- Kata kunci keselamatan akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata laluan anda yang tepat.
- Klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAKAN STR FASA 3 2026
Setelah berjaya membuat proses cara login STR, anda boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut:
- Sekiranya anda berjaya login, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Selain mengetahui cara login STR, sila ambil maklum juga berkenaan dengan syarat kelayakan unruk menerima bantuan STR 2026 sepertimana yang digariskan oleh kerajaan di bawah:
- ISI RUMAH:
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN:
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- BUJANG:
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR PENGKREDITAN STR 2026
Selain panduan cara login STR, berikut turut disediakan paparan kadar pengkreditan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sepanjang tempoh 2026:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PENGKREDITAN |
|---|---|
| Isi Rumah RM2500 dan Ke Bawah (B40) | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (M40) | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | Kaedah pembayaran melalui SARA |
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2026
Di samping panduan cara login STR, kami turut sediakan maklumat terperinci mengenai jumlah bantuan STR 2026 bagi fasa ketiga (3) yang diperuntukkan oleh kerajaan seperti yang dinyatakan di bawah:
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
| BIL. TANGGUNGAN | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Tiada anak | RM200 | RM150 – RM600 | Belum Dimaklumkan | – |
| 1 hingga 2 anak | RM300 | RM150 – RM600 | – | – |
| 3 hingga 4 anak | RM400 | RM150 – RM600 | – | – |
| 5 anak dan ke atas | RM500 | RM150 – RM600 | – | – |
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
| BIL. TANGGUNGAN | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Tiada anak | RM100 | RM100 – RM250 | Belum Dimaklumkan | – |
| 1 hingga 2 anak | RM100 | RM100 – RM250 | – | – |
| 3 hingga 4 anak | RM150 | RM100 – RM250 | – | – |
| 5 anak dan ke atas | RM200 | RM100 – RM250 | – | – |
- Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|
| RM150 | RM150 | Belum Dimaklumkan | – |
- Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
- Bermula tahun 2026, sistem sokongan untuk kategori individu bujang telah ditambah baik melalui pelaksanaan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Transformasi ini melibatkan peralihan bantuan tunai STR kepada kaedah kredit bulanan RM50 yang dikreditkan terus ke dalam MyKad. Langkah tersebut bertujuan memudahkan golongan sasar memperoleh barangan keperluan asas di rangkaian premis peruncitan yang telah ditetapkan.
*Nota: Perincian khusus mengenai jumlah bantuan tersebut masih menantikan pengesahan rasmi daripada pihak Kerajaan MADANI. Kami akan melakukan kemas kini maklumat dengan kadar segera sebaik sahaja kenyataan sahih diterbitkan untuk rujukan para pengguna.
JADUAL PEMBAYARAN STR 2026
Pelaksanaan agihan dana STR bagi tahun 2026 akan disalurkan secara berperingkat melalui empat fasa utama, sebagaimana yang diperincikan dalam jadual pembayaran di bawah:
| PERINGKAT | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum Dimaklumkan |
| Fasa 4 | – |
*Nota: Segala perincian berkaitan jadual bayaran STR 2026 akan dikemas kini secara serta-merta sebaik sahaja pengisytiharan rasmi daripada pihak kerajaan diumumkan kepada umum.
CARA PEMBAYARAN STR 2026
Cara pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 masih sama seperti berikut:
- Pembayaran Secara Tunai:
- Bantuan STR dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank, status ‘Gagal Kredit’ serta peenrima di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Pengkreditan Secara Tunai:
- Bantuan STR dikreditkan secara tunai melalui akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
SOALAN LAZIM STR 2026
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan untuk mengakses portal?
Sekiranya anda menghadapi masalah terlupa kata laluan, anda perlu menekan pautan “Lupa Kata Laluan” di laman rasmi MySTR. Sistem akan menghantar kod verifikasi ke e-mel atau nombor telefon yang berdaftar bagi membolehkan anda menetapkan semula akses dan meneruskan cara login STR dengan selamat.
Bagaimanakah cara untuk memastikan saya melayari laman web yang betul untuk log masuk?
Bagi tujuan keselamatan data peribadi, pastikan anda hanya melayari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Memahami cara login STR yang betul bermula dengan memastikan alamat URL adalah sah bagi mengelakkan ancaman pancingan data (phishing) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bolehkah saya mengakses akaun MySTR sekiranya saya telah menukar nombor telefon bimbit?
Boleh, namun anda disarankan untuk mengemas kini maklumat peribadi terlebih dahulu melalui cawangan LHDN berdekatan atau melalui sistem sekiranya masih mempunyai akses. Langkah ini penting bagi memastikan kod pengesahan (TAC/OTP) dihantar ke nombor yang betul semasa anda melakukan prosedur cara login STR.
Mengapakah butang log masuk tidak berfungsi semasa saya cuba mengakses portal?
Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh trafik pengguna yang terlalu tinggi atau pelayar web (browser) anda menyimpan data cache yang lama. Anda dinasihatkan untuk membersihkan cache atau menggunakan mod penyamaran (incognito) untuk memastikan cara login STR berjalan lancar tanpa gangguan teknikal.
Adakah terdapat had percubaan log masuk sebelum akaun saya disekat?
Ya, bagi melindungi keselamatan akaun, sistem akan menyekat akses secara sementara sekiranya terdapat percubaan kata laluan yang salah berulang kali. Oleh itu, pastikan anda meneliti setiap aksara sebelum melengkapkan cara login STR bagi mengelakkan akaun anda daripada disekat secara automatik oleh sistem keselamatan MySTR.
INFO LANJUT
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih daripada Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan dikongsikan untuk membantu memudahkan carian orang ramai berkaitan cara login STR atau berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747.
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566.
- E-Mel : str@treasury.gov.my.
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.