CARA SEMAKAN SARA : FASA 1 2026
Terkini! SARA 2026 diteruskan lagi, Daripada seramai 5.4 juta penerima bagi tahun 2025, Kerajaan meluaskan kepada seramai 9 juta penerima yang layak untuk tahun 2026 dan supaya manfaat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat dinikmati oleh semua rakyat berpendapatan rendah B40 dan M40. Dengan pengkreditan mengikut bulan atau fasa yang ditetapkan, SARA 2026 diharapkan dapat membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah cara semakan SARA? Ikuti panduan ini.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
CARA SEMAKAN SARA 2026
Kaedah lengkap cara semakan SARA melalui online adalah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Selain itu, cara semakan SARA juga boleh disemak melalui Portal MySTR seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 disini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
BILAKAH TARIKH BAYARAN FASA 1?
Setiap bulan, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar kepada yang layak mengikut tarikh seperti berikut:
- Januari 2026.
- Februari 2026.
- Mac 2026.
- April 2026.
- Mei 2026.
- Jun 2026.
- Julai 2026.
- Ogos 2026.
- September 2026.
- Oktober 2026.
- November 2026.
- Disember 2026.
Nota Penting: Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan SARA 2026 mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH PEMBAYARAN SARA 2026
Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 adalah dikreditkan berbeza mengikut kategori dan kelayakan setiap penerima seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak) yang merupakan penerima STR (sama ada tersenarai e-Kasih) akan terima bayaran sebanyak berikut:
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| E-KASIH | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun |
| BUKAN E-KASIH | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS:
- Warga Emas tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak) yang merupakan penerima STR (sama ada tersenarai e-Kasih) akan terima bayaran sebanyak berikut:
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| E-KASIH | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun |
| BUKAN E-KASIH | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
- BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| E-KASIH | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| BUKAN E-KASIH | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
CARA TUNTUT SARA 2026
Penerima perlu semak cara semakan SARA dan ketahui cara menerima kredit bulanan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk penerima tuntut barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit berdaftar menggunakan MyKad.
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
INFO LANJUT
Artikel ini berkenaan cara semakan SARA ditulis berdasarkan rujukan sahih, jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai cara semakan SARA dan pertanyaan lain yang berkaitan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : sara@mykasih.com.