SEMAKAN STATUS PENGHARGAAN SARA 2025 – CARA TEBUS BANTUAN RM100 ONE-OFF

SEMAKAN STATUS PENGHARGAAN SARA 2025 – CARA TEBUS BANTUAN RM100 ONE-OFF

Pada Ogos 2025, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Penghargaan, iaitu pemberian RM100 ‘One-Off’ kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

SARA ONE OFF

Baca Juga : Daftar eKasih Online 2025

Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan ini mencerminkan kepedulian kerajaan terhadap isu kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima tanpa perlu memohon, dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di kedai dan pasar raya yang telah berdaftar.

Apa Itu Penghargaan SARA 2025?

Penghargaan SARA 2025 adalah bantuan kewangan berjumlah RM100 yang diberikan sekali sahaja kepada setiap penerima yang layak. Kredit ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima secara automatik.

Kredit ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan asas di kedai-kedai dan pasar raya yang telah berdaftar dengan program SARA. Tempoh penggunaan kredit ini bermula dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan ini. Anda hanya perlu membuat semakan kelayakan melalui portal rasmi yang telah disediakan.

Siapa Yang Layak Menerima SARA Penghargaan?

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan SARA Penghargaan :

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2025.
  • Status anda mestilah aktif dalam pangkalan data kerajaan. Pengesahan akan dibuat melalui nombor MyKad anda.
  • Anda tidak semestinya penerima STR atau eKasih untuk layak menerima bantuan ini. Semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas layak menerima bantuan ini.

Cara Semakan Status Penghargaan SARA 2025

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan status kelayakan anda secara online melalui portal rasmi SARA :

  • Layari portal rasmi SARA di : https://www.sara.gov.my/
  • Klik pada butang Semak Kelayakan.
  • Masukkan nombor MyKad anda (12 digit tanpa simbol -).
  • Klik butang Semak.
  • Setelah selesai, sistem akan memaparkan status kelayakan anda :
    • Layak : Anda akan menerima kredit RM100 pada tarikh yang telah ditetapkan.
    • Tidak Layak : Anda tidak tersenarai untuk menerima bantuan ini.

Nota Penting : Semakan status boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.

Jumlah Dan Tarikh Penebusan Bantuan Penghargaan SARA 2025

  • Jumlah Bantuan : RM100 (sekali sahaja)
  • Tarikh Semakan Kelayakan : Bermula 21 Ogos 2025
  • Tarikh Kredit Mula Aktif : 31 Ogos 2025
  • Tarikh Tamat Penggunaan Kredit : 31 Disember 2025

Cara Menggunakan Bantuan SARA di MyKad Anda

Berikut adalah cara menggunakan bantuan SARA RM100 yang telah dikreditkan ke dalam MyKad anda :

  1. Kunjungi mana-mana kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan program SARA. Terdapat lebih daripada 7,300 lokasi di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian.
  2. Pilih barangan keperluan asas daripada 14 kategori yang telah ditetapkan. Antaranya termasuklah beras, minyak masak, telur, ikan, daging, sayur-sayuran, susu, ubat-ubatan asas, dan barangan kebersihan diri.
  3. Serahkan MyKad anda kepada juruwang semasa membuat pembayaran.
  4. Jumlah pembelian anda akan ditolak terus daripada kredit SARA RM100 yang terdapat dalam MyKad anda.
  5. Simpan resit pembayaran anda untuk memudahkan semakan baki kredit anda.

Kategori Barangan Yang boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA

Terdapat 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA One Off :

KategoriContoh Barang
BerasJasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan, dan lain-lain
RotiGardenia / Massimo / Mighty Whit
Telur Nutriplus / QL eggs / CP
Minyak masakSri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
TepungCap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
BiskutJulies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
Mi segeraIndo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
MinumanTea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
Makanan dalam tinAyam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
Bahan perasaSos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
Produk kebersihanColgate / Dettol / Kotex.
Ubat-ubatanProspan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam
Barangan persekolahanBata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
Barangan kebersihan rumahSabun pinggan / Sabun / Serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai.
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH

Soalan Lazim (FAQ) Penghargaan SARA 2025

Adakah saya perlu mendaftar untuk mendapatkan bantuan Penghargaan Sara 2025?

Tidak, anda tidak perlu mendaftar. Kredit akan diberikan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan.

Jika baki RM100 tidak habis digunakan, bolehkah saya membawanya ke tahun hadapan?

Tidak, kredit ini hanya sah sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki yang tidak digunakan selepas tarikh ini akan luput.

Bagaimana jika MyKad saya rosak atau hilang?

Anda perlu segera membuat penggantian MyKad anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu, pastikan anda membuat semakan status di portal rasmi SARA untuk memastikan bantuan dikreditkan ke dalam MyKad yang baru.

Bolehkah saya mengeluarkan RM100 tersebut dalam bentuk tunai?

Tidak, bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai yang berdaftar dengan program SARA. Pengeluaran tunai tidak dibenarkan.

Bagaimana jika status semakan saya menunjukkan Tidak Layak?

Anda boleh merujuk kepada portal rasmi SARA atau menghubungi talian bantuan SARA untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut.

Penghargaan SARA 2025

Penghargaan SARA 2025 adalah satu inisiatif kerajaan yang amat bermanfaat kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Dengan proses semakan yang mudah di SARA.gov.my, anda boleh mengetahui status kelayakan anda sebelum bantuan dikreditkan ke dalam MyKad anda.

Jangan lupa untuk membuat semakan bermula 21 Ogos 2025 dan gunakan kredit RM100 anda sebelum 31 Disember 2025 di kedai-kedai yang berdaftar. Manfaatkan peluang ini untuk meringankan beban kos sara hidup anda!

Rujukan & Maklumat Lanjut

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SARA. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan SARA, sila hubungi pihak yang berwajib seperti dibawah :

  • Talian Hotline SARA : 03 – 7720 1800
  • Emel : sara@mykasih.com

Penafian

Kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan Kerajaan Malaysia untuk memudahkan orang ramai mencari dan memahaminya. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular daripada enjin carian.

Perlu diingatkan bahawa kami tidak meminta maklumat peribadi pengguna dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Leave a Comment