SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025 – 3 CARA MUDAH YANG ANDA PERLU TAHU [TERKINI]

SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025 – 3 CARA MUDAH YANG ANDA PERLU TAHU

Cara mudah untuk anda mengetahui status, jumlah bantuan, senarai barangan keperluan, dan cara menggunakan MyKad di kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

SEMAKAN BAKI MYKASIH

PENGENALAN

Bantuan MyKasih ialah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia membeli barang keperluan harian dengan menggunakan MyKad sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, ayam, ikan, dan lain-lain barang dapur di kedai runcit dan pasar raya yang terpilih.

Penerima bantuan ini mungkin tertanya-tanya tentang cara untuk menyemak baki bantuan mereka. Ini penting agar mereka dapat merancang perbelanjaan dengan lebih baik. Artikel ini akan menerangkan 3 cara mudah untuk menyemak baki MyKasih 2025.

MENGAPA SEMAKAN BAKI MYKASIH PENTING?

  • Mengelakkan pembelian yang tidak dirancang : Anda boleh memeriksa baki sebelum membeli barang.
  • Merancang perbelanjaan bulanan : Bantuan dapat digunakan untuk membeli barang keperluan asas.
  • Mengetahui baki sebenar : Anda tidak akan berbelanja melebihi had yang ditetapkan setiap bulan.

Maklumat tentang bantuan STR, anda boleh rujuk info disini : Semakan STR 2025 – Tarikh & Jumlah Bayaran.”

PANDUAN SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH 2025

Terdapat 3 cara utama untuk penerima menyemak baki bantuan MyKasih :

Laman Web Rasmi MyKasih

Penerima boleh menyemak baki secara dalam talian melalui laman web rasmi MyKasih. Ikuti langkah-langkah ini :

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  • Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  • Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang (-).
  • Tunggu sehingga ‘Verify as human’ disahkan.
  • Klik pada butang [Semakan Status].
  • Status kelayakan dan baki bantuan anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

Aplikasi MyKasih

  • Muat turun aplikasi MyKasih ke dalam telefon bimbit anda.
  • Setelah selesai memuat turun, buka aplikasi tersebut.
  • Anda akan nampak dua pilihan, iaitu :
    • [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off]
  • Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  • Anda akan nampak paparan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  • Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bahagian bawah, kemudian klik butang [CONTINUE].
  • Klik pada butang [Check Eligibility & Balance].
  • Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  • Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang (-).
  • Tandakan pada butang [Verify you are human].
  • Klik [Semakan Status].
  • Status penerima dan baki terkini akan dipaparkan.
  • Selesai.

Kaunter Kedai/Pasar Raya Berdaftar

  • Jika anda kurang mahir menggunakan internet, anda boleh menyemak baki terus di kaunter kedai runcit atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam program MyKasih.
  • Tunjukkan MyKad anda di kaunter.
  • Kakitangan kedai akan membantu anda menyemak baki bantuan.
  • Cara ini sesuai untuk warga emas atau mereka yang tidak mempunyai akses internet.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI DENGAN MYKASIH

Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas seperti :

  • Beras
  • Minyak masak
  • Roti
  • Telur
  • Sayur dan makanan dalam tin
  • Susu dan produk tenusu
  • Garam, gula, kicap, sos dan bahan perasa
  • Produk kebersihan diri
  • Sabun, pencuci & barang kebersihan rumah
  • Ubat-ubatan asas
  • Keperluan sekolah tertentu
SEMAKAN SARA ONE OFF

Barang-barang seperti rokok, minuman beralkohol, atau produk mewah tidak boleh dibeli dengan menggunakan bantuan ini.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berapakah jumlah bantuan MyKasih 2025?

Jumlah bantuan adalah berbeza mengikut kategori penerima, biasanya antara RM100 – RM200 sebulan untuk barang keperluan asas.

Bolehkah saya menyemak baki tanpa internet?

Ya, anda boleh menyemak baki di kaunter kedai yang mengambil bahagian hanya dengan menunjukkan MyKad anda.

Adakah semua pasar raya dan kedai runcit menerima pembayaran melalui MyKasih SARA?

Tidak. Hanya kedai-kedai terpilih yang telah berdaftar dengan program SARA MyKasih sahaja yang menerima pembayaran melalui kaedah ini. Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh didapati di portal rasmi SARA.

Bolehkah saya membeli barangan selain daripada barangan asas yang telah ditetapkan?

Tidak. Sistem pembayaran hanya akan membenarkan pembelian barangan yang termasuk dalam kategori asas yang telah ditetapkan sahaja. Ini bagi memastikan bantuan disalurkan untuk tujuan yang betul.

KESIMPULAN

Program MyKasih Sumbangan Asas Rahmah 2025 sangat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam menguruskan perbelanjaan bulanan. Dengan menyemak baki MyKasih anda secara berkala, anda boleh merancang pembelian barangan keperluan dengan lebih baik.

Jika anda menerima bantuan ini, gunakanlah ia sebaiknya untuk membeli barangan keperluan keluarga.

Info & Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang soalan atau memerlukan bantuan lanjut mengenai program MyKasih, anda boleh hubungi:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Emel : info@mykasih.com
  • Talian Hotline MyKasih : 03-7720 1800

Leave a Comment