SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR FASA 4 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR FASA 4 2025

Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat? Untuk makluman anda, bayaran STR Fasa keempat ini akan disalurkan pada bulan November 2025. Jumlah bayaran bagi setiap kategori juga telah diumumkan. Untuk semakan status, anda boleh layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2025 ini.

PENGENALAN STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ialah inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2025
Peruntukan STR 2025

SYARAT PERMOHONAN STR 2025

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

“Tak pasti layak ke tak dapat subsidi petrol BUDI Madani RON95? Lihat panduan semakan di sini: BUDI Madani RON95 – Semak Kelayakan & Kuota.

KAEDAH PEMBAYARAN STR

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah seperti berikut :

  1. Kredit ke Akaun Bank
    • Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
    • Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
    • Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
    • Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.

PENTING : Sebelum ke kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/) untuk memastikan layak menuntut tunai.

TARIKH & JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025. Tarikh rasmi akan dikemaskini kelak. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos 2025

Untuk Fasa 4, jumlah bayaran bagi kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Kebawah, anda akan menerima RM150 hingga RM700 (ikut bilangan anak). Manakala, Warga emas pula RM150 dan golongan Bujang akan menerima RM100.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran STR bagi tahun 2025 mengikut setiap kategori :

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
01,000500150150200
1 – 21,500500300350350
3 – 42,000500500500500
5 atau lebih2,500500650650700

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 ke RM5,000

Bilangan Anak Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0500150100150100
1 – 2750150200200200
3 – 41,000250250250250
5 atau lebih 1,250300300300350

Bujang 21 ke 59 Tahun

Kelayakan MaksimumFasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
600150150150150

Warga Emas Tiada Pasangan

Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
600150150150150
JUMLAH BAYARAN STR 2025
KADAR BAYARAN STR 2025
Sumber : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025

Semakan status STR Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Log Masuk ke MySTR : Klik butang Log Masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
    • Tekan butang Log Masuk.
    • Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
    • Masukkan kata laluan MySTR anda.
  3. Semakan Status dan Butiran Bayaran.
  4. Pilih menu “Semakan Permohonan
  5. Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
Layari Portal Rasmi STR
Log Masuk ke MySTR
Pilih Menu Semakan Permohonan
Klik “Maklumat Pembayaran ” untuk menyemak status dan jumlah bayaran

Infografik Panduan Semakan Permohonan STR

Cara semak permohonan STR
Cara semak permohonan STR
Cara semak permohonan STR

PENUTUPAN PERMOHONAN & KEMAS KINI STR FASA 4

Kerajaan melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 memaklumkan bahawa tarikh penutupan skrin permohonan dan kemas kini maklumat bagi kelayakan Fasa 4 adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 30 September 2025 (Selasa)
  • Masa : 5.00 Petang
TARIKH TUTUP KEMASKINI STR 2025

Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan kelayakan menerima STR Fasa 4.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini permohonan, layari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025.

“Jika anda ingin menukar MyKad yang hilang atau rosak, panduan lengkap ada di artikel Tukar MyKad Percuma – Panduan Lengkap untuk Anda.

LUPA KATA LALUAN

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu :

  • Layari laman web STR di pautan
  • Klik “Terlupa Kata Laluan
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang tersenarai dalam eKasih (miskin tegar serta miskin), anda juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.

SARA MYKASIH 2025

Kadar & Kaedah Bantuan SARA 2025

  • SARA kepada Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:Isi rumah :
    • Sehingga RM2,100 setahun (kadar ditingkatkan berbanding tahun 2024).
    • Bantuan akan dikreditkan ke MyKad penerima, boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih MyKasih seluruh negara.
    • Bermula Januari – Mac 2025 : RM100 sebulan; mulai April 2025 : RM200 sebulan.
  • SARA kepada Penerima Lain STR 2025 (bukan miskin/miskin tegar) :
    • Isi rumah : Sehingga RM900 setahun (RM100 sebulan mulai April), warga emas bujang hingga RM450 setahun.
  • Bujang Miskin/Miskin Tegar (21 – 59 tahun) :
    • Terima RM600 setahun (RM50 sebulan mulai Januari 2025).

Ciri Utama SARA

  • Bantuan bukan dalam bentuk tunai, tetapi kredit bulanan ke MyKad.
  • Digunakan untuk 14 kategori barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, susu, ayam/ikan/daging, sayur, roti, lampin pakai buang, sabun, ubat dan alat tulis.
  • Hanya perlu tunjuk MyKad di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih (pasar raya/mini market/pasaraya tempatan).
  • Baki kredit yang tidak digunapakai tidak tamat tempoh dalam bulan sama, boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2025.

SARA ONE-OFF RM100 (31 OGOS 2025)

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA one-off RM100 dikreditkan ke MyKad pada 31 Ogos 2025.

Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.

SARA ONE OFF
SARA untuk semua – RM100 guna Mykad

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

  • Talian Hotline STR Mof : 03-8882 4565/03-8882 4566
  • Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

SOALAN LAZIM FAQ STR 2025

  1. Apa itu STR Fasa 4 2025?

    STR Fasa 4 adalah pembayaran terakhir bagi tahun 2025 yang merupakan sebahagian daripada program Sumbangan Tunai Rahmah untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), warga emas, dan golongan bujang yang layak. Bayaran ini dijangka disalurkan pada bulan November 2025.

  2. Bila tarikh pembayaran STR Fasa 4?

    Bayaran STR Fasa 4 dijadualkan dibuat pada bulan November 2025.

  3. Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4?

    Isi rumah berkeluarga akan menerima antara RM150 hingga RM700.Warga emas akan menerima RM150.Golongan bujang akan menerima RM100.

  4. Bagaimana cara untuk menyemak status pembayaran STR?

    Status pembayaran boleh disemak secara online melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my

  5. Apakah kelayakan untuk menerima STR 2025?

    Kategori kelayakan termasuk :
    Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan
    Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
    Warga emas tanpa pasangan berpendapatan kurang daripada RM5,000
    Golongan bujang (pendapatan kurang daripada RM2,500)

  6. Bagaimanakah cara memohon atau kemaskini permohonan STR 2025 secara online?

    Permohonan dan kemaskini STR 2025 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my. Pemohon perlu log masuk menggunakan nombor MyKad mereka untuk mengakses borang permohonan atau kemaskini maklumat.

  7. Bagaimana jika permohonan STR saya tidak lulus bagi Fasa 3 atau Fasa 4?

    Pemohon yang tidak lulus boleh memohon rayuan untuk Fasa 4 secara dalam talian di portal rasmi STR atau secara manual di pejabat LHDNM. Tempoh permohonan rayuan Fasa 4 sudah dibuka dari 22 Januari hingga 30 September 2025.

  8. Bagaimana cara untuk login STR 2025?

    Login dilakukan melalui portal rasmi di bantuantunai.hasil.govmy menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Leave a Comment