SARA 2026 : SEMAKAN & PERMOHONAN FASA 1

SARA 2026 : SEMAKAN & PERMOHONAN FASA 1

Terkini! Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima yang layak untuk menerima bantuan bulanan dalam bentuk barangan asas yang boleh ditutut di kedai dan pasar raya berdaftar di bawah Program SARA di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Kaedah lengkap semakan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui online adalah seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara lengkap semakan SARA juga boleh disemak melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

PANDUAN PERMOHONAN SARA 2026

Bantuan SARA akan diberikan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan. Oleh itu, jika anda belum pernah memohon bantuan STR, permohonan baharu perlu dilakukan bagi melayakkan anda untuk turut menerima SARA:

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN SARA FASA 1

Taikh pembayaran SARA 2026 bagi Fasa 1 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan, namun tarikh tersebut dijangka seperti dibawah:

TARIKH PEMBAYARAN FASA 1
Januari 2026

Note Penting: Tarikh sebenar akn diumumkan nanti, akan dikemaskini dari semasa.

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;

KADAR PEMBAYARAN SARA 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:

  1. Bila tarikh pembayaran SARA 2026 bermula?
    • Seperti sebelum ini, bantuan bakal ddikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima bemula Januari sehingga Disember 2026.
  2. Di mana boleh semak status kelayakan SARA 2026?
    • Status kelayakan SARA 2026 boleh disemak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR.
  3. Adakah penerima STR 2026 automatik layak SARA 2026?
    • Ya. Semua penerima STR 2026 (penerima baharu atau penerima sedia ada) akan tersenarai sebagai penerima SARA 2026 secara automatik.
  4. Bolehkah bantuan SARA ditukar kepada wang tunai?
    • Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan dengan menggunakan MyKad di kedai berdaftar.
  5. Bagaimana jika status semakan menunjukkan tidak layak?
    • Jika anda memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda boleh kemas kini maklumat STR 2026 di Portal MySTR atau mengemukakan rayuan STR kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR.

TALIAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : sara@mykasih.com.

Leave a Comment