SEMAKAN SARA : CARA SEMAK STATUS 2026 SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Kerajaan Malaysia di bawah program Payung Rahmah mengadakan program Sumbangan Asas Rahmah 2026 iaitu program bantuan tunai bulanan ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup, dengan jumlah dan kaedah penyaluran yang berbeza bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima (miskin/miskin tegar atau selain itu).
Bagaimanakah semakan SARA? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS SUMBAGAN TUNAI RAHMAH
CARA SEMAKAN SARA
Bagi mengetahui cara semakan SARA untuk penerima yang layak menrima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, ia boleh disemak secara online melalui Portal SARA, Portal MyKasih dan Portal MySTR. Ikuti panduan semakan yang lengkap dibawah:
- Cara semakan melalui Portal SARA seperti yang tertera dibawah:
- Layari pautan Portal Rasmi SARA disini: https://sara.gov.my/.
- Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan SARA melalui Portal MySTR seperti yang tertera dibawah:
- Layari pautan Portal Rasmi MySTR 2026 disini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk] jika anda telah selesai mendaftar akaun.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Dashboard MySTR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan anda sebagai penerima STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
APAKAH SYARAT KELAYAKAN SARA?
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi, antaranya seperti yang disebutkan dibawah:
- SEMAKAN SARA E-KASIH:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; Dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod dataeKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SEMAKAN SARA BUKAN E-KASIH:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
BERAPAKAH BAYARAN SARA 2026?
Berapakah kadar pembayaran yang telah ditetapkan? ikuti penerangan yang telah gariskan dibawah:
| PEMBAHAGIAN PENERIMA | BAYARAN SARA KEPADA PENERIMA E-KASIH | BAYARAN SARA KEPADA PENERIMA BUKAN E-KASIH |
|---|---|---|
| ISI RUMAH (Tiada had umur) | RM200/bulan (Januari-Disember) (RM2,400 setahun) | RM100/bulan (Januari-Disember) (RM1,200 setahun) |
| WARGA EMAS (Tiada pasangan) | RM150/bulan (Januari-Disember) (RM1,800 setahun) | RM50/bulan (Januari-Disember) (RM600 setahun) |
| BUJANG (21-59 tahun) | RM100/bulan (Januari-Disember) (RM1,200 setahun) | RM50/bulan (Januari-Disember) (RM600 setahun) |
Info penting: Kadar kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2026 diluluskan.
BAGAIMANA KAEDAH PENGKREDITAN?
Kaedah pembayaran Bantuan kepada penerima adalah akan di kreditkan tanpa tunai terus ke dalam kad pengenalan (MyKad), jadi caranya adalah seperti berikut:
- Bantuan bulanan: Penerima STR akan menerima RM100 setiap sebulan, manakala bagi penerima dari eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 setiap bulan. Individu bujang pula bagi yang tidak lagi menerima STR akan mendapat SARA RM50 sebulan.
- Bantuan one-off: Semua rakyat Malaysia dewasa akan mendapatkan manfaat menerima bantuan khas one-off RM100 pada Februari 2026.
- Penggunaan: Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang disenaraikan seperti beras, minyak masak, telur, tepung, dan barangan kebersihan di kedai berdaftar dengan SARA.
- Cara pembayaran: Penerima bantuan hanya perlu menyerahkan MyKad kepada juruwang di kedai berdaftar bagi tujuan pengesahan dan pembayaran secara automatik.
TARIKH PENGKREDITAN SEMAKAN SARA
Tarikh akan dikreditkan Sumbagan Asas Rahmah 2026 akan diberikan mengikut jadual yang tertera jadual dibawah:

INFO PENTING: Tarikh lengkap penerimaan bantuan masih belum dikeluarkan, ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KAEDAH PEMBELIAN GUNA SARA
Bagi mereka yang tidak mengetahui bagaimana langkah untuk membeli barang menggunakan SARA, anda boleh ikuti langkah-langkah yang diberikan dibawah:
- Pilih Barangan Keperluan.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan.
- Imbas kod barangan.
- Bayar menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk semakan.
BARANG TERSENARAI DALAM SARA
Terdapat (14) kategori barang yang boleh dibeli menggunakan Sumbanagan Tunai Rahmah 2026, antaranya seperti berikut:
| JENIS BARANG | JENAMA PRODUK |
|---|---|
| 1. Beras | – Jasmine – Jati – Saga – Bernas – Faiza – Beras Wangi Cap Rambutan – Cap Gajah – Cap Masjid |
| 2. Roti | Gardenia – Massimo – Mighty White |
| 3. Telur | – CP – NutriPlus – QL Egg |
| 4. Minyak masak | – Alif – Knife – Saji – Daisy – Seri Murni – Buruh – Vesawit |
| 5. Tepung | – Blue Key – Cap Sauh – Faiza – MFM – Cap Ros |
| 6. Biskut | – Munchy’s – Tiger – Chipsmore – Hwa Tai – Julie’s – KERK – Kraft Foods – Jacob’s – Hup Seng |
| 7. Mi Segera | – Indomie – Maggi – Mamee – Mi Sedaap – Cintan – Econsave |
| 8. Minuman | – Dutch Lady – MILO – BOH – Nescafé – F&N – Fernleaf – Marigold – Horlicks – Quaker – Vico |
| 9. Makanan tin | TC Boy – Ayam Brand – Adabi – Yeo’s – Kimball – King Cup |
| 10. Bahan perasa | – Puteri – Kimball – Maggi – Tamin – Adabi – Faiza – Planta – Life – Jalen – Cukup Rasa (Maggi) – Serbuk Kari Babas – Serbuk Kari Mak Siti – CSR |
| 11. Produk kebersihan | – Colgate – Kotex – Detto |
| 12. Ubat-ubatan | – Prospan – Hurix’s – Strepsils – Sterimar – Panadol – Difflam |
| 13. Barang persekolahan | – Stabilo – Faber-Castell – Staedtler – Bata – Campap – Canggih |
| 14. Barang kebersihan rumah | – Sabun/Serbuk pencuci pakaian – Pencuci pinggan – Pencuci lantai |
TALIAN
Bagi mereka yang mempuyai sebarang pertanyaan mengenai cara semakan SARA atau persoalan lain yang berkaitan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib seperti maklumat yang diberikan dibawah ini:
- Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747
- (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)