BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN

BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN

Terkini! Berita gembira untuk rakyat Sabah yang mana Kerajaan Negeri Sabah akan meneruskan Bantuan Syukur Sabah 2026 yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Namun, kenyataan rasmi berkenaan bantuan ini masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, makluman tentang bantuan ini akan diumumkan tidak lama lagi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Bagaimanakah bantuan syukur Sabah 2026? Ikuti makluman disini.

BACA JUGA : SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH ( SYUKUR)

SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Antara langkah-langkah semakan bantuan syukur Sabah 2026 adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Kemudian, Tekan Butang [Semak].
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, tekan butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. ⁠Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Terdapat beberapa cara untuk memohon bantuan syukur Sabah 2026 antaranya:

  • Permohonan online:
    1. Layari portal Bantuan Syukur Sabah 2026.
    2. Klik “Permohonan Baharu”.
    3. Isi maklumat peribadi:
      • Nama
      • No. Kad Pengenalan
      • Alamat tempat tinggal
      • Status perkahwinan
      • Pendapatan
      • Maklumat pasangan / anak
    4. Muat naik dokumen sokongan:
      • Slip gaji / pengesahan pendapatan
      • Bil utiliti
      • Penyata bank
      • Sijil nikah / cerai / lahir (jika perlu)
    5. Sahkan maklumat & hantar.
    6. Simpan nombor rujukan permohonan
  • Permohonan Secara Manual:
    • Biasanya untuk luar bandar:
      • Hadir ke Pejabat Daerah / JPKA.
      • Ambil borang permohonan.
      • Bawa dokumen sokongan.
      • Borang disahkan ketua kampung jika perlu.
      • Serahkan semula ke pejabat untuk diproses.

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH 2026?

Bantuan Syukur Sabah merupakan salah satu inisiatif kebajikan negeri yang bertujuan membantu rakyat Sabah, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) serta mereka yang terjejas dengan kenaikan kos sara hidup. Setiap tahun, kerajaan negeri menambah baik kaedah agihan bantuan berdasarkan kemampuan kewangan negeri serta keperluan rakyat.

Untuk tahun 2026, Bantuan Syukur Sabah dijangka diteruskan sebagai sokongan tunai khas kepada isi rumah, individu bujang berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal, dan warga emas yang memerlukan. Seperti bantuan sebelum ini, tujuan utamanya adalah meringankan beban kewangan bulanan dan memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

APAKAH OBJEKTIF BANTUAN?

Antara objektif utama bantuan syukur Sabah 2026 dilaksanakan ialah:

  1. Membantu Golongan B40 & Rentan:
    • Sasaran utama bantuan adalah isi rumah berpendapatan rendah yang memikul beban kewangan tinggi. Ini seiring usaha kerajaan negeri meningkatkan kestabilan sosial serta membantu isi rumah memenuhi keperluan makanan, pendidikan dan perbelanjaan penting.
  2. Menyokong Kesejahteraan Ekonomi Rakyat Sabah:
    • Kerajaan negeri menyedari jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Bantuan ini berfungsi sebagai insentif tunai kecil yang mampu menjadi dana kecemasan atau perbelanjaan asas bagi mereka yang terkesan.
  3. Meningkatkan Keberkesanan Agihan Data Penduduk:
    • Setiap permohonan baharu membantu kerajaan negeri mengemaskini data penduduk Sabah. Ini memudahkan penyaluran bantuan lain seperti Skim Bantuan Prihatin Sabah, Bantuan Tunai Ihsan, dan program subsidi setempat.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas;
  3. Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  4. Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  5. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024 atau;
  6. Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN

Berkenaan tarikh pengkreditan bayaran bantuan syukur Sabah 2026 masih belum diumumkan, namum ia akan dibayar mengikut fasa berikut:

FASA PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut dan terperinci mengenai bantuan Syukur Sabah 2026, anda boleh rujuk saluran berikut:

Leave a Comment