BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS, TARIKH & SENARAI KEDAI (PANDUAN LENGKAP)

BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS, TARIKH & SENARAI KEDAI (PANDUAN LENGKAP)

Bantuan dalam MyKad merupakan kredit pembelian barangan dapur bulanan tanpa tunai (RM100 sebulan / sehingga RM1,200 setahun) untuk penerima STR dan berstatus Miskin Tegar dan Miskin dalam e-Kasih. Baki dikreditkan automatik setiap 1 hari bulan ke dalam MyKad dan boleh digunakan di pasar raya utama Mydin, Lotus’s, Econsave, Giant serta 99 Speedmart.

Pengenalan: Mengapa Program Bantuan Dalam MyKad Menjadi Tumpuan Utama Rakyat?

Program bantuan dalam MyKad merupakan inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless) kerajaan Malaysia yang dilaksanakan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar, kerajaan menyalurkan dana bantuan bulanan terus ke dalam kad pengenalan MyKad penerima yang layak.

Melalui kaedah bantuan dalam MyKad ini, penerima tidak perlu lagi beratur panjang di bank. Sebaliknya, setiap awal bulan, elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara automatik ke dalam nombor MyKad yang didaftarkan. Anda hanya perlu membawa MyKad fizikal ke mana-mana pasar raya atau kedai runcit panel berhampiran untuk membeli barangan dapur asas seisi keluarga.

Namun begitu, masih ramai rakyat yang keliru mengenai status kelayakan mereka, tarikh sebenar bayaran dikreditkan, dan bagaimana cara membezakan barangan yang layak dibeli di pasar raya. Dalam artikel panduan berpandukan data rasmi ini, kami kongsikan maklumat terperinci daripada cara semakan status, jadual bayaran, senarai kedai panel sehingga panduan mengatasi masalah sekiranya MyKad anda tidak dapat dibaca di kaunter bayaran.

1. Apa itu Bantuan Dalam MyKad (Sumbangan Asas Rahmah – SARA)?

Secara ringkasnya, bantuan dalam MyKad merujuk kepada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama MyKasih Foundation. Konsepnya berbeza dengan bayaran tunai STR biasa yang dimasukkan ke akaun bank peribadi.

Bantuan ini diwujudkan dengan matlamat khusus: memastikan peruntukan kewangan kerajaan benar-benar digunakan untuk membeli barangan keperluan asas, bukannya disalahgunakan untuk barangan lain.

Selain itu, pelaksanaan bantuan dalam MyKad ini telah diperluaskan secara menyeluruh ke seluruh negara merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Disalurkan terus ke MyKad penerima.
  • Sistem tanpa tunai (cashless) yang menjamin keselamatan penerima daripada penipuan.
  • Hanya boleh ditebus untuk barangan keperluan asas berlabel MyKasih di kedai panel.
  • Baki bulanan yang tidak habis dibelanjakan akan dibawa ke bulan hadapan (rollover).

2. Kategori Kelayakan Penerima Bantuan Dalam MyKad

Bagi melayakkan diri menerima bantuan dalam MyKad, pemohon tidak perlu mengisi borang pendaftaran baharu sekiranya telah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Data penerima disaring secara automatik menerusi pangkalan data bersepadu kerajaan.

Berikut merupakan syarat kelayakan utama yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan:

Kategori PenerimaStatus Pangkalan DataHad PendapatanKelayakan Bantuan MyKad
Isi Rumah BerkahwinLulus STR & Berdaftar e-Kasih (Miskin/Miskin Tegar)Pendapatan bawah PGK (RM1,198 – RM2,500)Layak (RM200/bulan – RM2,400/tahun)
Isi Rumah BerkahwinLulus STR SahajaPendapatan RM2,500 – RM5,000Layak (RM100/bulan – RM1,200/tahun)
Warga Emas Tiada PasanganLulus STR & Berdaftar e-KasihPendapatan bawah RM2,500 sebulanLayak (RM150/bulan – RM1,800/tahun)
Warga Emas Tiada PasanganLulus STR SahajaPendapatan RM2,500 – RM5,000Layak (RM50/bulan – RM600/tahun)
Bujang (Berusia 21 – 59 tahun)Lulus STR & Berdaftar e-KasihPendapatan bawah RM2,500 sebulanLayak (RM100/bulan – RM1,200/tahun)
Bujang (Berusia 21 – 59 tahun)Lulus STR SahajaPendapatan bawah RM2,500 sebulanLayak (RM50/bulan – RM600/tahun)

3. Jumlah Bayaran Bantuan Dalam MyKad Mengikut Kategori

Kadar agihan bantuan dalam MyKad diberikan sepanjang 12 bulan dalam setahu. Berbanding bantuan one-off yang diberikan hanya sekali, agihan bulanan SARA dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi memastikan keperluan asas keluarga mencukupi setiap bulan.

Berikut adalah pecahan jumlah bantuan dalam MyKad yang diagihkan mengikut kategori penerima sah:

Kategori PenerimaKadar Bantuan BulananTempoh BantuanJumlah Keseluruhan Setahun
Isi Rumah Miskin/Miskin Tegar (e-Kasih)RM200 sebulan12 Bulan
(Januari – Disember)
RM2,400 setahun
Isi Rumah
(Bukan e-Kasih)
RM100 sebulan12 Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200 setahun
Warga Emas Tiada Pasangan
(e-Kasih)
RM150 sebulan12 Bulan
(Januari – Disember)
RM1,800 setahun
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berdaftar eKasih)
RM50 sebulan12 Bulan
(Januari – Disember)
RM600 setahun
Bujang
(Berdaftar e-Kasih)
RM100 sebulan12 Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200 setahun
Bujang
(Bukan e-Kasih)
RM50 sebulan12 Bulan
(Januari – Disember)
RM600 setahun

4. Tarikh Bayaran & Jadual Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad pada 1 haribulan setiap bulan, dari Januari hingga Disember.

BULAN PEMBAYARANTARIKH BAYARANKATEGORI PENERIMA
Januari9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas
Januari16 Januari 2026Bujang
Februari1 Februari 2026Semua Kategori
Mac1 Mac 2026Semua Kategori
April1 April 2026Semua Kategori
Mei1 Mei 2026Semua Kategori
Jun1 Jun 2026Semua Kategori
Julai1 Julai 2026Semua Kategori
Ogos1 Ogos 2026Semua Kategori
September1 September 2026Semua Kategori
Oktober1 Oktober 2026Semua Kategori
November1 November 2026Semua Kategori
Disember1 Disember 2026Semua Kategori

5. Cara Semakan Status Bantuan Dalam MyKad Online (sara.gov.my & bantuantunai.hasil.gov.my)

Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada anda tersenarai sebagai penerima bantuan dalam mykad? Anda boleh menyemak status kelayakan, pengesahan lulus, serta baki kredit semasa melalui dua portal rasmi yang disediakan:

Semakan Melalui Portal Rasmi SARA (sara.gov.my)

Saluran rujukan utama untuk melihat status kelayakan, baki kredit dalam kad pengenalan secara terperinci, tempoh sah program SARA.

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Melalui Portal STR LHDN (bantuantunai.hasil.gov.my)

Digunakan untuk menyemak kelayakan bantuan tunai STR, dan pengesahan status kelulusan SARA.

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

6. Senarai 15 Kategori Barang Bantuan Dalam MyKad Yang Boleh Dibeli

Pihak pengurusan MyKasih telah menetapkan bahawa elaun bantuan dalam mykad hanya boleh digunakan untuk 15 kategori barangan asas makanan dan kebersihan rumah seperti berikut:

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
  • Makanan Sejuk Beku : Sosej / Nugget

7. Panduan Langkah Demi Langkah Cara Guna Bantuan Dalam MyKad Di Kaunter

Penggunaan kad pengenalan di kaunter juruwang amat mudah dan pantas. Ikuti panduan 5 langkah praktikal ini:

  • Pilih Barangan Yang Memenuhi 15 Kategori
    Periksa label di rak pasar raya dan pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  • Pergi Ke Kaunter Khusus MyKasih / SARA
    Di pasar raya besar seperti Lotus’s dan Mydin, terdapat kaunter berlabel khas. Maklumkan kepada juruwang bertugas bahawa anda ingin membuat bayaran menggunakan MyKad.
  • Serahkan MyKad & Imbas Kod Barangan
    Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih, seterusnya mengimbas semua barangan belian anda satu persatu.
  • Dapatkan Resit Rasmi & Periksa Baki Terkini
    Juruwang menyerahkan resit pembelian. Di bahagian bawah resit tersebut, tertera jumlah potongan bantuan dan baki tunai yang masih tinggal dalam kad pengenalan anda.

8. Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Dalam MyKad

Adakah bantuan dalam MyKad perlu dipohon secara berasingan?

Tidak perlu. Bantuan dalam MyKad (Sumbangan Asas Rahmah) adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan e-Kasih (bagi kategori miskin/miskin tegar).

Apakah berlaku jika baki bantuan dalam MyKad tidak habis dibelanjakan dalam bulan semasa?

Baki bantuan dalam MyKad yang tidak habis digunakan pada bulan tersebut tidak akan luput serta-merta. Baki tersebut akan dibawa ke hadapan (carry forward) pada bulan seterusnya dan sah digunakan sehingga akhir tahun (31 Disember).

Bolehkah bantuan dalam MyKad dikeluarkan dalam bentuk wang tunai di ATM?

Tidak boleh. Bantuan dalam MyKad di bawah program SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah khusus sebagai bantuan barangan tanpa tunai (cashless), dimana elaun bulanan akan dikreditkan ke MyKad penerima untuk dibelanjakan di kaunter pasar raya berdaftar sahaja.

Bagaimanakah cara membuat semakan bantuan dalam MyKad jika saya tiada internet?

Sekiranya anda tiada akses internet untuk membuka sara.gov.my atau bantuantunai.hasil.gov.my, anda boleh hadir terus ke mana-mana cawangan pasar raya berdaftar seperti Mydin, 99 Speedmart, atau Lotus’s. Bawa MyKad fizikal anda ke kaunter juruwang dan minta mereka menyemak baki MyKad anda.

Baca juga : LOGIN STR : SEMAKAN STR 2026

Talian Bantuan

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : sara@mykasih.com

Penafian

Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.

Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.

Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.

Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf

Leave a Comment

MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://starazona.com/contacto/MAINZEUShttps://www.dovhlevin.com/https://stitta.ac.id/kontak/MAINZEUSMAINZEUSSLOT ZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://coavs.edu.pk/faculty/SLOT PULSAMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSULARWINULARWINMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://coes.dypgroup.edu.in/library/MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://sethu.ac.in/seminar/MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSJOKER4D>MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSLIVETOTOEBTtop111LIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETJOKER4D>LIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETlivetotobetmainzeuslivetotobetmainzeuslivetotobetlivetotobet LIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBET SLOT2DSLOT2DSLOT2D JOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4D https://livetotobet1.com/contact-us/https://livetotobet1.com/privacy-policy/https://livetotobet1.com/produk/https://livetotobet1.com/refund-policy/https://livetotobet1.com/terms-condition/https://livetotobet1.com/about/https://www.snsrkscollege.ac.in/https://www.leiko.cz/https://www.christiandelorme.com/https://spidercarts.com/shop/misa66livetotobethttps://vidhatadevelopers.com/project/live totolive totobintang4dhttps://powerstationofart.org/https://colonnews.com/slot2dslot2dslot2dbintang4dlivetotobet bintang4dbintang4d bintang4d bintang4d bintang4d bintang4d https://www.hockeyhmb.com/https://brianwemett.com/https://goodsmokebbq.com/https://www.mynheerfarm.co.uk/https://uanuk.com/https://www.avrgroups.com/https://www.pxm-tuts.com/https://www.muso-festival.com/https://www.pc3connect.org/totosgptotosgplive totolive totolive toto raja111raja111