LOGIN SARA : SEMAKAN SARA 2026
Bagi jutaan rakyat Malaysia yang menerima bantuan kerajaan SARA, proses login SARA (Sumbangan Asas Rahmah) merupakan langkah paling penting bagi menyemak baki kredit tunai tanpa tunai (cashless) secara bulanan serta status kelayakan penerima bantuan barangan keperluan asas setiap bulan.
Oleh itu, panduan ini disediakan khas untuk membantu penerima login SARA di portal rasmi MyKasih dengan mudah. Selain itu, disertakan juga jadual bayaran bulanan, senarai 15 kategori barangan keperluan asas yang dibenarkan, serta senarai lebih 13,000 pasar raya dan kedai panel di seluruh negara.
1. Apa Itu Bantuan SARA & Mengapa Anda Perlu Buat Login SARA?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan bersasar kerajaan Malaysia yang disalurkan secara bulanan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan (data penerima STR yang diluluskan) dan pangkalan data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) bagi kategori miskin dan miskin tegar. Berbeza daripada bayaran tunai terus ke akaun bank, bantuan SARA disalurkan terus ke dalam MyKad penerima.
Login SARA sangat disarankan melalui portal semakan rasmi sara.gov.my dan MyKasih ini, supaya anda boleh:
- Mengetahui sama ada bayaran elaun bulanan (RM200, RM150, RM100 atau RM50) telah berjaya dikreditkan.
- Menyemak status kredit one-off RM100 inisiatif “SARA Untuk Semua”.
- Menyemak baki perbelanjaan barangan keperluan asas SARA di dalam MyKad anda.
- Menyemak senarai kedai runcit dan pasar raya panel berdaftar.
- Menyemak senarai barang keperluan asas yang diluluskan.
- Mengenal pasti lokasi lebih 13,000 pasar raya dan kedai runcit terdekat yang menerima pembayaran MyKasih SARA di seluruh Malaysia.
Dengan kata lain, dengan login SARA dapat membantu setiap isi rumah untuk merancang perbelanjaan barangan dapur keluarga tanpa sebarang kekeliruan.
2. Panduan Langkah Demi Langkah Cara Login SARA di Portal Rasmi MyKasih & sara.gov.my
Bagi anda yang ingin membuat semakan baki dan status kelayakan penerima, berikut adalah langkah-langkah rasmi melakukan login SARA melalui portal semakan status MyKasih dan sara.gov.my:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan & Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki Terkini (RM) : 200.00
- Selesai.
3. Cara Semakan Status Selain Login SARA (Melalui Portal Rasmi STR bantuantunai.hasil.gov.my)
Selain portal semakan khusus MyKasih, penerima juga boleh menyemak status kelulusan SARA menerusi portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah seliaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Berikut adalah langkah semakan alternatif melalui portal STR:
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
4. Syarat Kelayakan Utama Sebelum Melakukan Login SARA
Kelayakan bagi program SARA 2026 ditentukan mengikut kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 (eKasih) – Semua Kategori;
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 (Bukan eKasih) – Semua Kategori;
Sekiranya anda belum berdaftar dalam eKasih tetapi pendapatan bulanan berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK), anda boleh membuat permohonan kemiskinan di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN ICU JPM) atau Pejabat Daerah berhampiran.
5. Jumlah Bantuan Melalui Login SARA & Jadual Tarikh Bayaran Bulanan 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah disalurkan secara berperingkat setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut (bermula Januari hingga Disember 2026). Berikut adalah jadual rasmi bayaran bantuan mengikut kategori penerima:

| Kategori Penerima SARA | Kadar Bulanan | Jumlah Setahun | Tempoh Agihan |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah STR eKasih | RM200 Setiap Bulan | RM2,400 Setahun | 12 Bulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan STR eKasih | RM150 Setiap Bulan | RM1,800 Setahun | 12 Bulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang STR eKasih | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun | 12 Bulan (Januari – Disember 2026) |
| Isi Rumah STR (Bukan eKasih) | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun | 12 Bulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan STR (Bukan eKasih) | RM50 Setiap Bulan | RM600 Setahun | 12 Bulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang STR (Bukan eKasih) | RM50 Setiap Bulan | RM600 Setahun | 12 Bulan (Januari – Disember 2026) |
Baki elaun SARA yang tidak habis digunakan akan di bawa ke bulan seterusnya, dan sah digunakan sehingga tarikh akhir Program pada 31 Disember 2026.
6. Cara Guna Bantuan Selepas Berjaya Login SARA Menggunakan MyKad di Kaunter
Setelah menyemak baki menerusi login SARA dan mendapati kredit telah sedia ada, anda boleh terus menggunakan MyKad anda untuk membeli barangan keperluan asas. Proses pembelian ini sangat ringkas dan tidak memerlukan sebarang kad debit atau wang tunai fizikal:

- Langkah 1: Pilih Premis Rakan Niaga Berdaftar
- Kunjungi pasar raya atau kedai runcit panel yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Langkah 2: Pilih Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
- Ambil barangan daripada 15 kategori barangan asas yang dibenarkan (perhatikan label MyKasih pada tanda harga rak barangan).
- Langkah 3: Bayar di Kaunter Juruwang
- Maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan MyKasih SARA. Serahkan MyKad anda untuk diimbas pada terminal khas.
- Langkah 4: Simpan Resit
- Juruwang akan mengimbas barangan yang diluluskan, dan membuat pembayaran, juruwang akan menyerahkan resit yang mencatatkan baki terkini SARA anda.
7. Senarai 15 Kategori Barangan Asas MyKasih yang Dibenarkan
Bantuan SARA dikhususkan untuk memastikan keperluan sara hidup keluarga terjamin. Bagi tahun 2026, senarai telah diperluaskan kepada lebih 140,000 produk merangkumi 15 kategori barangan asas berikut:

| Kategori Barangan Asas | Jenama Yang Dibenarkan |
|---|---|
| Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya |
| Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White |
| Telur | Nutriplus / QL eggs / CP |
| Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit |
| Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey |
| Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng |
| Mi segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap |
| Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf |
| Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup |
| Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta |
| Produk Kebersihan | Colgate / Kotex / Detol |
| Ubat-ubatan | Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar |
| Barangan Sekolah | Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih |
| Produk Kebersihan Rumah | Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan |
| Makanan Sejuk Beku | Sosej / Nugget / Ayam Beku / Sayur Beku / Makanan Laut Beku |
8. Senarai Pasar Raya & Kedai Runcit Panel MyKasih SARA Terpilih
Kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan lebih 13,000 rangkaian pasar raya utama serta kedai runcit komuniti di seluruh Malaysia. Antara rakan niaga rasmi yang boleh anda kunjungi termasuklah:
- Mydin
- Econsave
- Lotus’s Malaysia
- Giant Hypermarket
- 99 Speedmart
- Pasar Raya Pilihan Pantai Timur, Utara & Selatan
- Pasar Mini
- Lebih 13,000 Kedai Runcit Berdaftar
- Premis Runcit Kampung & Komuniti Panel MyKasih di Seluruh Malaysia
9. Soalan Lazim (FAQ) Login SARA
Mengapa semakan login SARA memaparkan status “Rekod Tiada” atau “Tidak Layak”?
Status tersebut biasanya berlaku disebabkan beberapa perkara :
1) Permohonan STR 2026 anda masih dalam proses saringan atau tidak lulus; atau
2) Anda tersilap memasukkan nombor MyKad.
Anda boleh menyemak semula status permohonan di bantuantunai.hasil.gov.my
Bagaimanakah kaedah penyaluran SARA di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan WP Labuan?
Penyaluran SARA 2026 kini dilaksanakan seragam di seluruh negara secara tanpa tunai (cashless) iaitu pengkreditan terus ke MyKad penerima, dan boleh digunakan di lebih 13,000 kedai runcit dan pasar raya rakan niaga di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Adakah saya perlu membuat permohonan baharu untuk menerima SARA 2026?
Permohonan berasingan TIDAK diperlukan keranan kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik kepada individu dan keluarga yang lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, dan yang berstatus Miskin Tegar dan Miskin dalam pangkalan data eKasih ICU JPM (sekiranya pendapatan di bawah PGK semasa).
Baca juga : BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS, TARIKH & SENARAI KEDAI (PANDUAN LENGKAP)
Saluran Talian Bantuan Rasmi Kerajaan
- Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800 / 03-7720 1900 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Bantuan STR LHDNM: 1-800-88-2747
- Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Portal Bantuan Tunai LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- E-mel Rasmi Pertanyaan: info@mykasih.com
Penafian
Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.
Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.
Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.
Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026