SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026: SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BANTUAN SARA

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BANTUAN SARA

Rakyat Malaysia akan menerima manfaat melalui program Bantuan SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan bantuan berbentuk kredit barangan asas kepada golongan yang layak untuk membantu pembelian barangan dapur asas di kedai-kedai runcit berdaftar. Bantuan ini menyokong kerajaan dalam usaha mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Antara objektif yang digariskan berkenaan bantuan adalah seperti berikut:

  1. Memberi akses kepada barangan keperluan asas berkualiti.
  2. Menyokong keluarga miskin tegar melalui bantuan kredit.
  3. Mengurangkan beban kewangan isi rumah berpendapatan rendah.
  4. Membantu penerima mengurus bajet bulanan dengan lebih stabil.

CARA SEMAKAN STATUS

Cara lengkap semakan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui online adalah seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Selain itu, cara lengkap semakan SARA juga boleh disemak melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 disini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

PANDUAN PEMOHONAN SARA 2026

Penerima STR akan menerima SARA secara automatik. Oleh itu, individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 disini:

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

APAKAH SYARAT PENERIMA?

Antara syarat dan kategori kelayakan yang diperlukan mestilah terdiri daripada berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;

BERAPAKAH JUMLAH PEMBAYARAN?

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

MAKLUMAT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : sara@mykasih.com.

Leave a Comment