PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR ONLINE

PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR ONLINE

Pemberitahuan Rasmi Pendaftaran Terbuka
Permohonan STR 2027 telah dibuka sepanjang tahun bagi pendaftaran baharu dan kemas kini. Anda digalakkan membuat permohonan awal sebelum tarikh tutup bagi melayakkan diri menerima agihan bayaran Fasa 1 pada awal tahun 2027 tanpa sebarang kelewatan.

Adakah anda sedang mencari maklumat terkini mengenai Permohonan STR 2027? Kami sediakan maklumat terkini berdasarkan sumber sahih dari Kerajaan.

1. PENGENALAN BANTUAN STR 2027

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan inisiatif payung Rahmah menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Melalui inisiatif ini, permohonan STR 2027 dibuka secara telus bagi memastikan tiada warganegara yang berhak tercicir daripada menerima bantuan tunai langsung sehingga RM3,700 setahun merangkumi bantuan asas STR serta insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Program ini merupakan penambahbaikan daripada skim bantuan tunai terdahulu seperti BSH, BPN, dan BKM dengan integrasi data rentas agensi yang lebih pantas, telus, dan berintegriti.

2. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2027

Sebelum anda memulakan proses pendaftaran, pastikan anda menyemak syarat kelayakan asas bagi setiap kategori permohonan STR 2027 seperti yang digariskan oleh LHDNM di bawah :

1

Kategori Isi Rumah

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Berkahwin; atau Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak tanggungan sah di JPN.
  • Pendapatan isi rumah bulanan bawah RM2,500 (B40 Rendah) atau RM2,501 – RM5,000 (M40 Rendah).
  • Anak bawah 18 tahun, atau 19-24 tahun yang masih belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).
2

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun 2027.
  • Bujang, balu, janda, atau duda yang tiada anak yang layak sebagai tanggungan.
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
3

Kategori Bujang & OKU

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 59 tahun pada tahun 2027; atau
  • Berumur 19 tahun ke atas bagi individu Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar JKM.
  • Bukan pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa.
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

3. KADAR BAYARAN BANTUAN STR 2027

Jumlah agihan bantuan bagi mereka yang lulus dalam permohonan STR 2027 ditentukan berdasarkan kadar pendapatan serta jumlah anak yang layak. Bantuan asas Sumbangan Tunai Rahmah ditambah dengan bantuan tanpa tunai MyKAD Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

KATEGORI &
TANGGUNGAN
JUMLAH STR
(RM)
JUMLAH SARA
(RM)
TOTAL (RM)
Isi Rumah B40
Tiada anak
2001,8002,000
Isi Rumah B40
1 – 2 anak
6001,8002,400
Isi Rumah B40
3 – 4 anak
1,1001,8002,900
Isi Rumah B40
>5 anak
1,6001,8003,400
Isi Rumah M40
Tiada anak
2001,2001,400
Isi Rumah M40
1 – 2 anak
4501,2001,650
Isi Rumah M40
3 – 4 anak
7001,2001,900
Isi Rumah M40
>5 anak
9501,2002,150
Warga Emas6006001,200
Bujang–600600
*Penerima STR yang merupakan Miskin & Miskin Tegar yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih akan menerima tambahan SARA sebanyak RM1,200 dan RM600 setahun.

4. JADUAL TARIKH BAYARAN & PERMOHONAN STR 2027

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan STR 2027 bermula pada :

  • Permohonan STR 2027 secara borang manual melalui Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) : Bermula 1 Oktober 2026.
  • Permohonan STR 2027 secara atas talian (online) melalui portal rasmi STR : Bermula 15 Oktober 2026.

Setelah permohonan diterima, penerima akan menerima bayaran STR sepanjang tahun 2027 mengikut tarikh yang dijadualkan dari Fasa 1 hingga Fasa 4 :

Fasa 1 20% – 25% Bantuan
๐Ÿ“… Januari / Februari 2027
Sasaran: Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
๐Ÿ’ณ Kaedah: Kredit terus ke akaun bank / Baucar Tunai BSN
Fasa 2 25% – 30% Bantuan
๐Ÿ“… Mac 2027 (Sebelum Raya)
Sasaran: Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
๐Ÿ’ณ Kaedah: Kredit terus ke akaun bank / Baucar Tunai BSN
Fasa 3 25% Bantuan
๐Ÿ“… Ogos 2027
Sasaran: Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
๐Ÿ’ณ Kaedah: Kredit terus ke akaun bank / Baucar Tunai BSN
Fasa 4 Baki Penuh
๐Ÿ“… Oktober / November 2027
Sasaran: Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
๐Ÿ’ณ Kaedah: Kredit terus ke akaun bank / Baucar Tunai BSN

5. CARA PERMOHONAN STR 2027

Bagi memastikan urusan permohonan berjalan lancar tanpa perlu beratur panjang di kaunter cawangan, ikuti panduan langkah mudah untuk mengemukakan permohonan STR 2027 secara atas talian (online) :

  1. Layari laman Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. โ€œPermohonan berjaya dihantarโ€ akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Namun sekiranya portal rasmi STR masih belum dibuka untuk permohonan atau berlaku masalah teknikal, pemohon boleh kemukakan permohonan STR 2027 secara manual seperti berikut :

  1. Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat.
  2. Dapatkan borang permohonan STR 2027.
  3. Isi borang secara manual (pastikan maklumat adalah betul dan tepat).
  4. Kepilkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar borang tersebut di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat.
  6. Selesai.

6. SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN STR 2027

Bagi melancarkan kelulusan permohonan, pemohon disarankan menyediakan salinan dokumen sokongan berikut (dalam bentuk PDF atau fail gambar yang terang) :

โ„น๏ธ Peringatan Format Fail: Pastikan fail dokumen tidak melebihi 3MB bagi setiap muat naik, dan semua tulisan serta nombor siri MyKAD dapat dibaca dengan jelas.
๐Ÿ“œ

1. Sijil Perkahwinan / Cerai

Dokumen pengesahan status perkahwinan pemohon:

  • Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan sah (JPN/JAIS).
  • Surat Perakuan Cerai rasmi Mahkamah Syariah / JPN (jika bercerai).
  • Sijil Kematian pasangan (sekiranya balu/duda).
๐Ÿ‘ถ

2. Dokumen Anak Tanggungan

Dokumen bukti pertalian dan kelayakan anak:

  • Salinan Sijil Kelahiran / MyKid anak kandung atau anak angkat sah.
  • Surat Pengesahan Belajar IPTA/IPTS (bagi anak 19 – 24 tahun).
  • Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika berkaitan.
๐Ÿ’ผ

3. Bukti Pendapatan Semasa

Dokumen verifikasi pendapatan isi rumah:

  • Slip gaji 3 bulan terkini pemohon dan pasangan (bekerja tetap).
  • Penyata caruman KWSP terkini.
  • Borang Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung (bekerja sendiri).
๐Ÿฆ

4. Penyata Akaun Bank Aktif

Salinan akaun bank untuk pengkreditan terus:

  • Muka depan buku simpanan atau penyata akaun bank rasmi.
  • Mestilah akaun persendirian pemohon yang aktif.
  • Bukan akaun bersama (joint account) atau akaun perniagaan.
๐Ÿ“ Format Fail Yang Diterima Sistem: PDF, JPEG, PNG Saiz Maksimum: 3MB / Fail

7. SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN STR 2027

Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh orang awam mengenai Permohonan STR 2027 :

Bilakah tarikh permohonan STR 2027 dibuka secara rasmi?

Permohonan STR 2027 mula dibuka 1 Oktober 2026 dam sepanjang tahun bagi memudahkan pemohon baharu mendaftar dan penerima sedia ada mengemas kini maklumat. Pendaftaran awal bagi melayakkan bayaran Fasa 1 pada awal tahun 2027.

Adakah penerima STR sebelum ini perlu membuat permohonan baharu?

Penerima sedia ada TIDAK PERLU membuat permohonan baharu sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat. Anda hanya disarankan membuat semakan dan kemas kini sekiranya berlaku pertukaran status perkahwinan, penambahan anak, atau perubahan nombor akaun bank.

Siapakah yang layak memohon STR 2027 kategori Bujang?

Individu bujang warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 59 tahun (atau OKU berumur 19 tahun ke atas) dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan layak membuat permohonan STR 2027. Tetapi, individu bujang tidak akan menerima bayaran STR sebaliknya hanya akan menerima bayaran SARA sahaja.

Berapakah jumlah maksimum yang boleh diterima oleh sebuah keluarga?

Bagi kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dengan 5 orang anak atau lebih, bantuan asas STR mencecah RM1,600. Ditambah dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM1,800 dan tambahan bagi miskin tegar sebanyak RM1,200, jumlah keseluruhan bantuan boleh mencecah sehingga RM4,600 setahun.

Bagaimanakah cara penerimaan bayaran bagi mereka yang tiada akaun bank?

Bagi pemohon yang tiada akaun bank atau akaun bank tidak aktif / gagal kredit, bayaran STR 2027 boleh ditunaikan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKAD asal.

Apakah portal rasmi untuk membuat permohonan STR 2027?

Satu-satunya portal rasmi kerajaan bagi permohonan STR 2027 ialah laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di pautan rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Berhati-hati dengan pautan palsu atau pishing di media sosial.

Baca Juga Artikel Ini : SEMAKAN STR BUJANG : FASA 4

8. KESIMPULAN & SALURAN RASMI

Program Permohonan STR 2027 merupakan bukti komitmen kerajaan dalam melindungi kesejahteraan rakyat. Pastikan anda menghantar permohonan atau mengemas kini butiran secepat mungkin untuk memastikan agihan bayaran fasa pertama dapat dikreditkan terus ke akaun bank anda tanpa kelewatan.

Jika berlaku sebarang masalah berkaitan Permohonan STR anda, sila rujuk pihak berwajib melalui :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : str@mof.gov.my

Leave a Comment