CHECK BAKI MYSARA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE 2026

CHECK BAKI MYSARA : CHECK BAKI MYKASIH ONL INE 2026

Tahukah anda cara paling mudah untuk check baki MySARA sebelum anda keluar membeli barangan dapur harian? Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan bersasar tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui bantuan ini, penerima dapat membeli pelbagai barangan keperluan dapur asas di lebih 3,500 rangkaian kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Malaysia. Justeru itu, mengetahui kaedah tepat untuk check baki MySARA amat penting agar anda dapat merancang perbelanjaan keluarga tanpa sebarang masalah di kaunter juruwang.

Artikel ini menyediakan panduan rasmi, lengkap, dan sahih berdasarkan rujukan terus daripada Portal rasmi SARA.

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (MySARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada program bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana semua penerima STR akan secara automatik menerima bantuan SARA sama ada miskin atau miskin tegar eKasih atau bukan eKasih.

Setiap penerima SARA akan menerima elaun bulanan yang dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima. Sistem tanpa tunai (cashless) ini membolehkan setiap penerima menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan yang diluluskan di pasar raya berdaftar di bawah Program SARA tanpa perlu menggunakan wang tunai.

4 Kaedah Utama Cara Check Baki MySARA

Bagi memudahkan setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sama ada yang tinggal di kawasan bandar mahupun luar bandar, berikut merupakan empat kaedah utama yang mudah untuk penerima check baki MySARA untuk merancang sebelum membuat pembelian barangan keperluan asas :

1. Portal SARA

Semakan dengan mudah dan pantas di mana-mana sahaja melalui Portal SARA (sara.gov.my) dengan hanya dengan memasukkan nombor MyKad 12 digit di laman web yang disediakan.

2. Aplikasi MyKasih

Aplikasi rasmi MyKasih di Android dan iOS yang boleh menyemak baki kredit terkini, senarai barangan lulus, dan sejarah pembelian barangan asas.

3. Kaunter Pasar Raya

Hadir ke kaunter bayaran pasar raya berdaftar seperti Mydin, 99 Speedmart, atau Lotus’s dan minta juruwang imbas MyKad anda untuk mengetahui baki terkini.

4. Resit Pembelian

Setiap kali selepas membuat transaksi pembelian barangan keperluan asas SARA MyKasih, resit rasmi kedai akan menyenaraikan baki MySARA yang masih berbaki.

Langkah Demi Langkah Check Baki MySARA Melalui Portal sara.gov.my

Portal rasmi SARA ialah saluran utama untuk rujukan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tujuan seperti check baki MySARA, jumlah bayaran diterima, tarikh luput program, dan semakan kelayakan penerima.

Berikut adalah langkah mudah untuk check baki mysara online di Portal SARA:

1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/

2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.

3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.

4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.

Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).

6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).

Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :

Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
Status : Layak
Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
Baki (RM) : 200.00

โœ“ Selesai.

Check Baki MySARA di Kaunter Pembayaran Pasar Raya (Tanpa Internet)

Bagi warga emas atau penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses internet ataupun telefon pintar, anda boleh check baki MySARA secara terus di mana-mana kaunter bayaran pasar raya berdaftar.

Berikut merupakan prosedur Check Baki MySARA di Kaunter Pasar Raya :

  1. Hadir ke mana-mana Pasar Raya Besar / Pasar Mini / Kedai Runcit Berdaftar
    Kunjungi Kedai yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) seperti 99 Speedmart, Mydin, Lotus’s, Giant.
  2. Pergi Ke Kaunter Khusus MyKasih / SARA
    Di pasar raya besar seperti Lotus’s dan Mydin, terdapat kaunter berlabel khas. Maklumkan kepada juruwang bertugas bahawa anda ingin check baki mysara.
  3. Serahkan MyKad
    Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan baki, kemudian juruwang akan menunjukkan baki semasa anda secara serta-merta tanpa sebarang caj dikenakan.

Cara Check Baki MySARA Melalui Resit Pembelian MyKasih

Setiap kali anda selesai membuat pembayaran barangan keperluan asas termasuk barangan dapur yang diluluskan menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) di kedai panel yang berdaftar, juruwang akan menyerahkan resit pembelian bercetak rasmi. Ramai penerima terlepas pandang bahawa resit ini sebenarnya mencatatkan rekod kewangan lengkap bantuan MySARA anda.

Berikut merupakan cara check baki di Kaunter Pasar Raya / Pasar Mini / Runcit berdaftar :

  1. Hadir ke mana-mana Pasar Raya Besar / Pasar Mini / Kedai Runcit Berdaftar
    Kunjungi Kedai yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) seperti 99 Speedmart, Mydin, Lotus’s, Giant.
  2. Pilih Barangan di bawah 15 Kategori Yang diluluskan
    Periksa label di rak pasar raya dan pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Pergi Ke Kaunter Khusus MyKasih / SARA
    Di pasar raya besar seperti Lotus’s dan Mydin, terdapat kaunter berlabel khas. Maklumkan kepada juruwang bertugas bahawa anda ingin membuat bayaran menggunakan MyKad.
  4. Serahkan MyKad & Imbas Kod Barangan
    Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih, seterusnya mengimbas semua barangan belian anda satu persatu.
  5. Dapatkan Resit Rasmi & Check Baki MySARA Terkini
    Juruwang menyerahkan resit pembelian. Di bahagian bawah resit tersebut, tertera jumlah potongan bantuan dan baki tunai yang masih tinggal dalam kad pengenalan anda.

Jumlah Bayaran & Jadual Pengkreditan Baki MySARA 2026

Berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), jumlah pengkreditan bantuan Sumbangan Asas Rahmah diagihkan secara bulanan mengikut kategori kelayakan berikut :

KATEGORI PENERIMASTATUS PANGKALAN DATAKREDIT BULANANJUMLAH SETAHUN
Isi RumahBerstatus eKasih & Lulus STRRM200RM2,400
Warga Emas
Tanpa Pasangan
Berstatus eKasih & Lulus STRRM150RM1,800
BujangBerstatus eKasih & Lulus STRRM100RM1,200
Isi RumahLulus STRRM100RM1,200
Warga Emas
Tanpa Pasangan
Lulus STRRM50RM600
BujangLulus STRRM50RM600

Senarai 15 Kategori Barangan Yang Boleh Dibeli Menggunakan Baki MySARA

Untuk makluman anda, bantuan SARA boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan.

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan, iaitu merangkumi 15 kategori asas seperti berikut :

๐Ÿงผ
1. Produk Kebersihan
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Colgate
  • Kotex
  • Dettol
  • Ubat Gigi
  • Tuala Wanita
  • Sabun Mandi
Colgate / Kotex / Dettol dan produk kebersihan diri yang diluluskan.
๐Ÿฉน
2. Ubat-ubatan
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Prospan
  • Difflam
  • Hurix’s
  • Panadol
  • Sterimar
Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar dan ubat am KKM.
๐Ÿ“š
3. Barangan Sekolah
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Stabilo
  • Faber-Castell
  • Bata
  • Staedtler
  • Canggih
  • Alat Tulis
  • Pakaian Sekolah
Stabilo / Faber-Castell / Bata / Staedtler / Canggih.
๐ŸŒพ
4. Beras
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Jasmine
  • Jati
  • Bernas
  • Faiza
  • Cap Rambutan
Jasmine / Jati / Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
๐Ÿž
5. Roti
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Gardenia
  • Massimo
  • Mighty White
Gardenia / Massimo / Mighty White dan roti sandwic asas.
๐Ÿฅš
6. Telur
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Nutriplus
  • QL Eggs
  • CP
  • Telur Gred A/B/C/Omega
Nutriplus / QL eggs / CP dan telur sarang.
๐Ÿซ’
7. Minyak Masak
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Sri Murni
  • Saji
  • Alif
  • Daisy
  • Buruh
  • Knife
  • Vesawit
Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
๐Ÿฅฃ
8. Tepung
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Cap Sauh
  • Cap Lili
  • Faiza
  • Cap Ros
  • BlueKey
Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
๐Ÿช
9. Biskut
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Julie’s
  • Tiger
  • Munchy’s
  • Chipsmore
  • Jacob’s
  • Hwa Tai
  • Hup Seng
Julie’s / Tiger / Munchy’s / Chipsmore / Jacob’s / Hwa Tai / Hup Seng.
๐Ÿœ
10. Mi Segera
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Indomie
  • Mamee
  • Maggi
  • Cintan
  • Mi Sedaap
Indomie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedaap.
๐Ÿฅ›
11. Minuman
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Teh Boh
  • Milo
  • Dutch Lady
  • F&N
  • Nescafe
  • Horlicks
  • Vico
  • Marigold
  • Quaker
  • Fernleaf
Teh Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quaker / Fernleaf.
๐Ÿฅซ
12. Makanan Dalam Tin
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Ayam Brand
  • Yeo’s
  • Adabi
  • Kimball
  • TC Boy
  • King Cup
Ayam Brand / Yeo’s / Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup.
๐Ÿง‚
13. Bahan Perasa
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Sos Puteri
  • Kimball
  • Life
  • Jalen
  • Cap Kipas Udang
  • Tamin
  • Maggi
  • Faiza
  • Planta
Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
๐Ÿงน
14. Produk Kebersihan Rumah
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Sabun Pencuci Baju
  • Pencuci Lantai
  • Pencuci Pinggan
Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.
๐ŸงŠ
15. Makanan Sejuk Beku
โœ“ Sah / Diluluskan
Contoh Barangan:
  • Nugget
  • Sosej
  • Burger Patties
Nugget / Sosej dan makanan sejuk beku asas.

Senarai Pasar Raya & Kedai Runcit Sah MyKasih / MySARA

Penerima bantuan boleh menggunakan baki MySARA di ribuan cawangan rakan niaga runcit di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak, termasuklah :

  • Mydin
  • Econsave
  • Lotus’s Malaysia
  • Giant Hypermarket
  • 99 Speedmart
  • Pasar Raya Pilihan Pantai Timur, Utara & Selatan
  • Pasar Mini
  • Lebih 13,000 Kedai Runcit Berdaftar
  • Premis Runcit Kampung & Komuniti Panel MyKasih di Seluruh Malaysia

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Check Baki MySARA

Berikut merupakan jawapan kepada soalan-soalan yang sering menjadi tanya oleh penerima bantuan SARA :

Adakah baki MySARA yang tidak habis dibelanjakan pada bulan semasa akan luput?

Tidak. Baki elaun bulanan yang tidak dibelanjakan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan berikutnya dan sah sehingga tarikh tamat tempoh program pada 31 Disember 2026.

Perlukah saya memohon secara berasingan untuk menerima bantuan MySARA?

Tidak perlu. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara automatik kepada semua individu yang telah diluluskan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta berdaftar dalam pangkalan data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) sebagai Miskin Tegar atau Miskin (jika pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa).

Bagaimanakah cara paling pantas untuk check baki MySARA?

Cara paling pantas adalah melayari portal rasmi SARA, di mana anda hanya perlu memasukkan 12 digit nombor MyKad tanpa tanda sempang (-) dan klik ‘Semak Status’ untuk melihat baki kredit semasa dan tarikh luput bantuan serta-merta pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada selagi mempunyai rangkaian internet.

Baca Juga : SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026

Rujukan Pautan Rasmi Kerajaan

1 thought on “CHECK BAKI MYSARA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE 2026”

  1. Bismillahirrahmanirrahim salammulaikum puan nak tanya ada rezeki dari Allah SWT sebab 2 mimpi hadir tanya saja

    Reply

Leave a Comment