PERMOHONAN STR BARU : 2027 ONLINE
Program bantuan kewangan secara tunai yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada rakyat yang berwarganegara Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40), diteruskan untuk tahun 2027 dengan kadar peruntukan tertinggi sebanyak RM16 bilion.
Berikut disertakan panduan lengkap cara membuat permohonan STR baru 2027 online secara rasmi untuk kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang yang memenuhi syarat kelayakan bantuan, disertakan juga jadual tarikh bayaran, serta kadar bayaran mengikut pengumuman Belanjawan 2027.
Pengenalan Permohonan STR Baru 2027 Online
Permohonan STR baru 2027 online kini telah dibuka secara rasmi kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan menerusi Portal Rasmi MySTR. Untuk makluman, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan payung bantuan kerajaan yang dirangka khusus bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Menerusi pembentangan Belanjawan negara terkini, peruntukan bagi program gabungan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun sebelumnya.
Makluman Penting Permohonan Sepanjang Tahun :
Untuk makluman, sistem pendaftaran permohonan STR baru 2027 online dibuka sepanjang tahun di Portal MySTR. Namun, pemohon baharu yang mendaftar awal akan dimasukkan ke dalam senarai pemprosesan bayaran fasa terdekat iaitu bermula fasa 1.
Syarat Kelayakan Permohonan STR Baru 2027 Online
Sebelum anda mengisi borang PERMOHON STR BARU 2027 Online di portal rasmi, pastikan anda meneliti syarat kelayakan yang ditetapkan yang dibahagikan kepada empat kategori utama seperti berikut :
| KATEGORI PEMOHON | SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN STR BARU 2027 |
|---|---|
| Isi Rumah |
• Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; • Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan |
• Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; • Berumur 60 tahun dan ke atas; • Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang |
• Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; • Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; • Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; • Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah |

Jadual & Kadar Bayaran STR 2027
Jumlah bayaran bagi permohonan STR baru 2027 online yang diluluskan adalah berbeza mengikut Kategori penerima (Isi Rumah/Bujang/Warga Emas Tanpa Pasangan), jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak tanggungan.
Bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara bulanan melalui kaedah tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima dengan amaun mengikut kategori penerima (Isi Rumah/Bujang/Warga Emas Tanpa Pasangan), dan status eKasih untuk pembelian barangan makanan asas di pasar raya terpilih.
- Jadual Bayaran Permohonan STR Baru 2027 :
| Fasa Bayaran | Tarikh Pembayaran | Kaedah Penyaluran | Status Fasa |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Akan Datang |
| Fasa 2 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Akan Datang |
| Fasa 3 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Akan Datang |
| Fasa 4 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Akan Datang |
- Kadar Bayaran Permohonan STR Baru 2027 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2027 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM600 Anak 3 hingga 4 : RM1,100 Anak 5 dan Ke atas : RM1,600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA |
Tarikh Buka Permohonan STR 2027
Penyaluran bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat dalam 4 fasa utama sepanjang tahun bagi memastikan kelangsungan sokongan kewangan keluarga.
Sistem permohonan STR ialah sistem terbuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, untuk permohonan STR baru 2027 Fasa 1, akan dibuka bermula pada tarikh rasmi yang ditetapkan seperti berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Secara Fizikal (manual) Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan | 1 Oktober 2026, Khamis |
| Permohonan Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis |
Permohonan STR Baru 2027 Online
Ikuti panduan rasmi di bawah untuk membuat permohonan STR baru 2027 online secara lancar melalui portal MySTR :

- Layari Portal Rasmi Permohonan STR Baru 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
Senarai Dokumen Sokongan Yang Wajib Dimuat Naik
Kegagalan memuat naik dokumen sokongan yang jelas dan sah merupakan punca utama permohonan ditolak atau berstatus ‘Tidak Lulus’.
Berikut merupakan antara dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan STR baru 2027 :
- Dokumen Asas (Semua Pemohon) :
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon depan & belakang
- Salinan MyKad / MyPR pasangan sah pemohon
- Slip gaji terkini atau Borang Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri
- Dokumen Status Perkahwinan :
- Sijil Perkahwinan / Surat Perakuan Nikah
- Sijil Cerai / Surat Perakuan Perceraian (bagi ibu/bapa tunggal)
- Sijil Kematian Pasangan (bagi balu/duda)
- Dokumen Tanggungan Anak :
- Salinan MyKid atau Sijil Kelahiran (Surat Beranak) anak
- Sijil Pengangkatan Anak daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi anak angkat
- Surat Pengesahan Belajar daripada IPTA/IPTS bagi anak berumur 19 tahun ke atas
- Dokumen OKU & Khas :
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Surat pengesahan rawatan perubatan (jika berkaitan ketidakupayaan kekal)
Siapa Yang Perlu Buat Permohonan STR Baru & Kemas Kini?
Ramai rakyat Malaysia keliru sama ada mereka wajib membuat permohonan STR baru 2027 online atau hanya sekadar mengemas kini maklumat profil di portal MySTR.
Berikut adalah perbezaan permohonan baharu STR & Kemas kini :
| PERMOHONAN BAHARU STR | KEMAS KINI STR |
|---|---|
| Pemohon yang belum pernah menerima STR | Penerima sedia ada yang belum pernah kemas kini STR dalam tempoh 3 tahun berturut-turut |
| Pemohon yang sebelum ini berstatus ‘Tidak Lulus’ dan tidak membuat rayuan | Penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat peribadi seperti status perkahwinan / pertambahan bilangan anak / pertukaran maklumat peribadi akaun bank / alamat tempat tinggal / nombor telefon bimbit dan sebagainya. |

Kaedah Pembayaran STR 2027
Pembayaran dana bantuan STR 2027 dilaksanakan melalui dua saluran utama :
| PENGKREDITAN TERUS KE AKAUN BANK | PENUNAIAN TUNAI DI KAUNTER BSN |
|---|---|
| Wang dimasukkan secara automatik tanpa perlu hadir ke kaunter | Dikhaskan kepada penerima Tiada Akaun Bank atau mengalami status ‘Gagal Kredit’ |
| Akaun bank mestilah akaun simpanan perseorangan pemohon/pasangan yang aktif | Pemohon perlu membawa MyKad Asal ke cawangan Bank Simpanan Nasional |
| Nama pemegang akaun bank mestilah sepadan dengan nama pemilik MyKad | Waris sah yang didaftarkan dalam sistem STR boleh menuntut bagi pihak penerima uzur atau meninggal dunia (berserta dokumen pembuktian). |
Semakan Status Permohonan STR Baru
- Layari ke pautan rasmi Portal Permohonan STR Bujang 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status Permohonan STR Bujang 2027, anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
Maksud Status Semakan Permohonan STR Baru
Sekiranya keputusan semakan permohonan STR baru 2027 memaparkan status Tidak Lulus, sistem akan menyertakan punca permohonan ditolak seperti berikut :
Status Semakan Permohonan STR Baru : Permohonan Lulus
LULUSPermohonan anda telah disemak dan menepati kriteria kelayakan STR 2027 yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Sila semak maklumat bayaran dan akaun bank anda di portal rasmi MySTR untuk mengetahui tarikh pengkreditan.
Status Semakan Permohonan STR Baru : Permohonan Sedang Disemak & Verifikasi
DALAM PROSESMaklumat permohonan baru atau kemaskini sedang dalam proses semakan.
Sila tunggu sehingga keputusan rasmi dimuktamadkan menjelang tarikh pengumuman fasa bayaran berikutnya untuk mengetahui status selanjutnya.
Status Semakan Permohonan STR Baru : Tidak Lulus
PERLU RAYUANAnda tidak memenuhi syarat kelayakan dan kriteria STR 2027 yang telah ditetapkan atau tidak mengemaskini maklumat permohonan.
Semak punca status “Tidak Lulus”, dan buat permohonan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan sekiranya anda layak, dan sila kemaskini permohonan sekiranya tidak kemaskini maklumat permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR Baru
Antara soalan-soalan yang sering menjadi tanda tanya pemohon dan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :
Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR Baru 2027 jika saya belum pernah memohon sebelum ini?
Anda boleh membuat permohonan STR baru melalui dua (2) kaedah utama sama ada secara manual di Pejabat hasil berdekatan atau secara online di Portal Rasmi MySTR. Untuk membuat permohonan STR baru 2027 online, pemohon perlu melayari portal rasmi MySTR dan ikut panduan langkah-langkah permohonan yang ditetapkan.
Adakah penerima sedia ada STR 2026 perlu membuat permohonan STR baru 2027 online?
Tidak perlu. Namun, sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat peribadi, status perkahwinan, atau bilangan anak, pengemaskinian adalah digalakkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun bagi memastikan proses penyaluran bayaran untuk setiap fasa berjalan dengan lancar.
Bilakah tarikh bayaran STR 2027 akan disalurkan kepada penerima yang layak?
Bayaran STR 2027 diagihkan secara berfasa sebanyak 4 kali setahun (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4). Tarikh tepat akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Baca juga : PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : CARA MOHON ONLINE
Saluran Bantuan & Talian Rasmi STR
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan khusus mengenai Permohonan STR Baru 2027, anda boleh hubungi saluran perhubungan rasmi berikut :
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 (Waktu Bekerja: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my