PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : CARA MOHON ONLINE

PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : CARA MOHON ONLINE

Dalam pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini, peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah apabila dinaikkan kepada RM16 bilion. Lonjakan peruntukan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

Selain itu, langkah penambahbaikan ini turut memberi manfaat besar kepada kategori bujang yang berdepan dengan cabaran peningkatan kos sara hidup dengan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), mereka layak menerima bantuan bulanan melalui Program Sumbanngan Asas Rahmah (SARA). Oleh leh yang demikian, tempoh PERMOHONAN STR BUJANG 2027 yang dibuka sepanjang tahun menerusi Portal Rasmi MySTR membolehkan pemohon baharu mendaftar serta penerima sedia ada mengemas kini maklumat peribadi dengan lebih mudah, pantas, secara online.

Bagi golongan belia dan individu berstatus bujang yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh membuat PERMOHONAN STR BUJANG untuk tahun 2027 dengan kadar segara dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk memastikan anda tidak terlepas untuk menerima bantuan kewangan tunai daripada kerajaan ini.

Artikel ini menyediakan rujukan rasmi mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kadar bayaran, syarat kelayakan, jadual pengkreditan bayaran, serta langkah permohonan STR Bujang 2027 secara online di Portal Rasmi MySTR.

📌 Info Penting Intipati Belanjawan 2027 (STR & SARA)

Peruntukan Keseluruhan STR & SARA : Dinaikkan ke RM16 Bilion

Peruntukan Belanjawan 2027 : RM16 Bilion (STR & SARA)

Permohonan dibukan sepanjang tahun dan boleh di mohon Secara atas talian (online) di Portal Rasmi MySTR

Setiap penerima STR 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun (mengikut kategori penerima)

Pemberian SARA MADANI RM100 sebanyak 2 Kali kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, termasuk golongan M40

Syarat Kelayakan Permohonan STR Bujang 2027

Setiap pemohon diwajibkan memenuhi kriteria kelayakan yang telah digariskan sebelum membuat permohonan STR Bujang 2027, seperti berikut :

Kategori Bujang :

Status Perkahwinan Had Umur Had Pendapatan Bulanan Bujang
Warganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak)
Berumur 21 sehingga 59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19 tahun dan ke atas
Jumlah pendapatan bulanan pemohon bujang mestilah RM2,500 dan ke bawah

📌 Peringatan Mengenai Status Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA atau IPTS Sepenuh Masa

Pelajar yang menuntut secara sepenuh masa (full-time) di universiti awam (UA) atau swasta (IPTS) TIDAK LAYAK membuat PERMOHONAN STR BUJANG 2027

Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (part-time), separuh masa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri bawah RM2,500 adalah LAYAK untuk memohon.

Jumlah & Kadar Bayaran STR Bujang 2027

Untuk makluman, setiap pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lulus Permohonan STR Bujang tidak akan menerima bayaran secara empat (4) fasa melalui akaun bank, akan tetapi akan menerima bayaran bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk pembelian barangan keperluan asas terpilih di pasar raya rakan niaga SARA seluruh Malaysia.

Kategori Bujang & Golongan OKU (Umur 21 – 59 Tahun)
Bujang / OKU RM50 Setiap Bulan melalui bantuan SARA

(Bermula Januari sehingga Disember)
RM600

Permohonan STR Bujang

Panduan Lengkap Cara Permohonan STR Bujang 2027 Secara Online dalam talian di Portal MySTR adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

Senarai Dokumen Sokongan Diperlukan Untuk Permohonan STR Bujang 2027

Berikut merupakan beberapa dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan STR Bujang 2027 :

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) :
    • Salinan depan dan belakang MyKad pemohon bagi pengesahan kewarganegaraan.
  • Bukti Pengesahan Pendapatan (Jika Berkerja) :
    • Slip gaji terkini, penyata bank, atau Borang Pengesahan Pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri / tiada slip gaji.
  • Salinan Kad OKU JKM (Jika Berkaitan) :
    • Bagi pemohon bujang Orang Kurang Upaya (OKU).
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19-20 tahun pada tahun 2027.

Cara Semakan Status Permohonan STR Bujang 2027

Pemohon baharu boleh menyemak keputusan kelulusan Permohonan STR Bujang 2027 secara terus di portal MySTR seperti berikut :

  1. Layari ke pautan rasmi Portal Permohonan STR Bujang 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status Permohonan STR Bujang 2027, anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

Maksud status untuk semakan Permohonan STR Bujang 2027 :

STATUS : LULUS

Tahniah! Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda berjaya dan melepasi kriteria kelayakan bantuan serta layak untuk menerima bayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STATUS : TIDAK LULUS

Permohonan ditolak disebabkan ketidakpadanan data atau tidak memenuhi kriteria permohonan. Sistem akan memaparkan Kod Alasan Tidak Lulus dan anda boleh mengemukakan permohonan rayuan sekiranya layak.

Kaedah Penyaluran Wang Bantuan STR Bujang

Penyaluran dana bagi PERMOHONAN STR BUJANG 2027 dilakukan melalui dua kaedah rasmi :

Pengkreditan Terus ke MyKad (Kad Pengenalan)

Pengkreditan STR Bujang digantikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (STR) di mana pengkreditan akan disalurkan terus secara automatik ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR Bujang

Berikut merupakan antara soalan-soalan yang menjadi tanda tanya untuk Permohonan STR Bujang

Adakah pelajar IPT sepenuh masa layak memohon STR Bujang 2027?

TIDAK LAYAK. Pelajar universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang menuntut secara sepenuh masa tidak layak memohon STR Bujang kerana masih dikategorikan sebagai tanggungan ibu bapa. Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (separuh masa) yang bekerja dan berpendapatan bawah RM2,500 layak membuat permohonan.

Bilakah tarikh kemaskini permohonan STR Bujang 2027 dibuka?

Permohonan STR Bujang dibuka bermula 1 Oktober 2026 (manual), 15 Oktober 2026 (online) dan permohonan dibuka SEPANJANG TAHUN. Namun, untuk memastikan bayaran Fasa 1 Januari 2027 dapat dikreditkan tepat pada masanya, permohonan atau pengemaskinian disyorkan dilakukan sebelum tarikh akhir untuk permohonan FASA 1.

Perlukah penerima STR sedia ada membuat permohonan baharu untuk tahun 2027?

Tidak perlu. Namun, sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat peribadi, status perkahwinan, atau bilangan anak, pengemaskinian adalah digalakkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun bagi memastikan proses penyaluran bayaran untuk setiap fasa berjalan dengan lancar.

Baca Juga : PERMOHONAN MYSTR 2027 ONLINE : KELAYAKAN FASA 1

Rujukan Rasmi STR 2027

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan khusus mengenai Permohonan STR Bujang, anda boleh hubungi saluran perhubungan rasmi berikut :

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Penafian

Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.

Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.

Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.

Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di : https://bantuantunai.hasil.gov.my

Leave a Comment