BORANG PERMOHONAN STR 2027 : MUAT TURUN & ONLINE

Permohonan STR 2027 kini dibuka, dan pemohon baharu boleh muat turun dan membuat pengisian BORANG PERMOHONAN STR 2027 untuk membuat permohonan bantuan.
BORANG PERMOHONAN STR 2027 (STR BK-01) boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi MySTR atau boleh didapatkan secara manual permohonan di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan. Kemudahan borang permohonan ini adalah untuk memastikan tiada golongan sasar tercicir daripada menerima bantuan tunai kerajaan.
Ketahui tatacara pengisian BORANG PERMOHONAN STR 2027 melalui Portal Rasmi MySTR di Portal MySTR dan cara membuat permohonan dalam talian, semakan syarat kelayakan untuk setiap kategori penerima (Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tanpa Pasangan), dan kadar bayaran maksimum STR 2027.
Siapakah Yang Wajib Mengisi BORANG PERMOHONAN STR 2027?

Untuk makluman, tidak semua individu perlu membuat permohonan baharu. Hanya individu yang belum pernah menerima bantuan STR sahaja perlu membuat permohonan dan penghantaran BORANG PERMOHONAN STR 2027.
Sebelum memulakan proses mengisi borang permohonan STR 2027, pemohon perlu memastikan bahawa pemohon menepati kriteria dan kelayakan yang digariskan untuk permohoan STR 2027 seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Warganegara Malaysia; Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Warganegara Malaysia; Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | Warganegara Malaysia; Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
Kadar Bayaran STR 2027 & Agihan Bantuan SARA
Kadar bayaran bagi penerima yang berjaya menghantar BORANG PERMOHONAN STR 2027 dan status permohonan menunjukkan status “Layak”, akan menerima pengkreditan STR 2027 seperti berikut :
Jumlah bayaran STR 2027 :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM600 |
| 3 – 4 Anak | RM1,100 |
| 5 Anak Ke Atas | RM1,600 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM450 |
| 3 – 4 Anak | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM950 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM600 |
Info : Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA.
Jumlah bayaran SARA 2027 :
- Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.
- Pemberian SARA MADANI (SARA UNTUK SEMUA) RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak dua (2) kali pembayaran :
- RM100 Sebelum Aidilfitri; dan
- RM100 menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka
Cara Muat Turun Borang Permohonan STR
Borang Permohonan STR 2027 (BK-01), boleh didapatkan melalui dua (2) kaedah rasmi utama yang ditetapkan seperti berikut :
- Secara manual di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan.
- Melalui Portal Rasmi MySTR pada ruangan Borang Permohonan STR.
Borang Permohonan STR
Berikut merupakan borang permohonan STR 2027 (Borang BK-01) yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau secara fizikal di Pejabat Hasil berdekatan :
Cara Mengisi BORANG PERMOHONAN STR 2027 Secara Online (MySTR)

Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu muat turun dan isi BORANG PERMOHONAN STR 2027 (Borang BK-01) di Portal MySTR.
Berikut merupakan tatacara mengisi BORANG PERMOHONAN STR 2027 (cara permohonan STR) menerusi portal rasmi :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
Info : Bagi pemohon di kawasan pedalaman, warga emas, atau individu yang mengalami kekangan akses internet, anda boleh mengemukakan permohonan menggunakan borang fizikal di pejabat Hasil berdekatan.
Tarikh Permohonan STR
Pemohon baharu STR 2027, yang memenuhi syarat kelayakan boleh muat turun borang permohonan STR 2027 secara online atau secara fizikal, dan membuat permohonan bermula tarikh rasmi berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Secara Fizikal (manual) Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan | 1 Oktober 2026, Khamis |
| Permohonan Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis (akan datang) |
Senarai Dokumen Sokongan Permohonan STR 2027
Kegagalan memuat naik dokumen sokongan yang jelas dan sah merupakan punca utama permohonan ditolak atau berstatus ‘Tidak Lulus’.
Berikut merupakan antara dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan STR 2027 :
- Dokumen Asas (Semua Pemohon baharu) :
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon depan & belakang
- Salinan MyKad / MyPR pasangan sah pemohon
- Slip gaji terkini atau Borang Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri
- Dokumen Status Perkahwinan (Sekiranya Berkaitan) :
- Sijil Perkahwinan / Surat Perakuan Nikah
- Sijil Cerai / Surat Perakuan Perceraian (bagi ibu/bapa tunggal)
- Sijil Kematian Pasangan (bagi balu/duda)
- Dokumen Tanggungan Anak (Sekiranya Berkaitan) :
- Salinan MyKid atau Sijil Kelahiran (Surat Beranak) anak
- Sijil Pengangkatan Anak daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi anak angkat
- Surat Pengesahan Belajar daripada Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) bagi anak berumur 19 tahun ke atas
- Dokumen Orang Kurang Upaya (OKU) Khas (Sekiranya Berkaitan) :
- Salinan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Surat pengesahan rawatan perubatan (jika berkaitan ketidakupayaan kekal)
Cara Pengkreditan STR 2027
Sekiranya permohonan STR 2027 anda diluluskan, anda layak menerima pengkreditan bayaran untuk setiap fasa bantuan melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
Soalan Lazim (FAQ) Pengisian BORANG PERMOHONAN STR 2027
Berikut merupakan antara ringkasan soalan-soalan penting yang sering diajukan oleh pemohon STR mengenai permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
Bilakah tarikh rasmi permohonan dan muat turun BORANG PERMOHONAN STR 2027 dibuka?
Permohonan STR dibuka secara sepanjang tahun (permohonan berterusan) bermula 1 Oktober 2026 (manual), dan 15 Oktober 2026 (online). Permohonan baharu atau kemaskini maklumat yang dihantar akan diproses untuk bayaran tahun 2027 melalui portal rasmi MySTR.
Di manakah Borang Permohonan STR (BK-01) boleh dimuat turun dan dihantar?
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh dimuat turun daripada portal rasmi MySTR, atau diambil dan diisi di Pejabat Hasil berhampiran secara percuma.
Adakah penerima STR sedia ada perlu mengisi semula borang permohonan STR?
Penerima sedia ada tidak perlu memohon semula. Namun, sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat peribadi, status perkahwinan, atau bilangan anak, pengemaskinian adalah digalakkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun bagi memastikan proses penyaluran bayaran untuk setiap fasa berjalan dengan lancar.
Baca Juga : PERMOHONAN STR BARU : 2027 ONLINE
Rujukan & Pautan Rasmi STR 2027
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut lanjut berkaitan Borang Permohonan STR 2027, anda boleh menghubungi saluran rasmi Kerajaan seperti di bawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 (Waktu Bekerja : 9.00 pagi sehingga 5.00 petang)
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
- Portal Rasmi Borang Permohonan STR 2027: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Penafian
Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.
Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.
Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.
Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di : https://bantuantunai.hasil.gov.my