SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

MyKasih merupakan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada penerima yang layak, ini membolehkan penerima untuk memenuhi barangan keperluan harian. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan secara cashless untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya terpilih.

Bagaimanakah semakan sara 2026? ikuti panduan disini.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS STR FASA 4

APA ITU SARA 2026?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKasih untuk golongan B40 dan M40. Ia adalah bantuan berbentuk tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar. Bantuan ini bertujuan membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan memudahkan pembelian barangan harian yang diperlukan. 

Program ini dijalankan secara automatik berdasarkan data miskin tegar dari eKasih dan tiada permohonan manual diperlukan. Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR, manakala golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.

Tambahan pula, bagi individu bujang juga layak menerima bantuan SARA walaupun tidak menerima STR. Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026.

CARA SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH

Cara lengkap semakan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui online adalah seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara lengkap semakan SARA juga boleh disemak melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 disini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026?

Terdapat beberapa syarat dan kategori bagi penerima SARA 2026, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Jumlah dan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN MAKSIMUM
(SETAHUN)
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,200
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,200
5 Anak dan Ke atas : RM 1,200
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 1,200
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,200
5 Anak dan Ke atas : RM 1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

BAGAIMANAKAH GUNA SARA?

Bagi penerima yang tidak mengetahui bagaimanakah cara menggunakan Sumbangan Asas Rahmah, anda boleh mengikuti panduan seperti dibawah:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

KATEGORI BARANG MYKASIH?

Jenis-jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 terbahagi kepada (14) kategori utama iaitu seperti yang disenaraikan dibawah:

  1. Beras (pelbagai jenama berdaftar)
  2. Telur ayam (gred A–C)
  3. Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
  4. Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
  5. Biskut (krim, kering)
  6. Mi segera & bihun
  7. Tepung gandum
  8. Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
  9. Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
  10. Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
  11. Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
  12. Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
  13. Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
  14. Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : sara@mykasih.com.

Leave a Comment