SEMAK SAMAN MELALUI IC – POLIS / JPJ / PDRM / TRAFIK 2025
Pengguna jalan raya sering mencari cara paling mudah untuk menyemak saman tanpa perlu hadir ke balai polis atau pejabat JPJ. Dengan adanya teknologi digital, semakan saman trafik kini boleh dibuat dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan (IC).
Saman Polis Trafik (PDRM), JPJ, atau AES (Automated Enforcement System) boleh disemak secara dalam talian, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Pembayaran saman juga boleh dilakukan secara terus dalam talian.

Artikel ini akan menerangkan cara lengkap untuk menyemak saman melalui IC pada tahun 2025, cara pembayaran dalam talian, kebaikan kaedah ini, serta soalan lazim (FAQ) yang sering ditanya oleh orang ramai.
BUDI MADANI RON95 – SUBSIDI PETROL BERSASAR UNTUK RAKYAT MALAYSIA
JENIS-JENIS SAMAN DI MALAYSIA
Sebelum menyemak saman, mari kita fahami jenis saman yang biasa dikenakan kepada pengguna jalan raya :
- Saman Trafik PDRM : Dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia bagi kesalahan trafik seperti melanggar lampu merah, tidak memakai tali pinggang keledar, atau memandu melebihi had laju.
- Saman JPJ : Dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia bagi kesalahan berkaitan pendaftaran kenderaan, lesen memandu, dan kesalahan jalan raya tertentu.
- Saman AES (Automated Enforcement System) : Saman daripada kamera automatik yang mengesan kenderaan yang memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat.
- Saman Trafik Dewan Bandaraya / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) : Contohnya, saman parkir oleh DBKL, MBPJ, MBSJ dan lain-lain.
Semua saman ini boleh disemak sama ada menggunakan IC atau nombor pendaftaran kenderaan, bergantung pada jenis saman.
CARA SEMAK SAMAN MELALUI IC (POLIS / JPJ / PDRM / TRAFIK)
Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Layari laman web rasmi https://mybayar.rmp.gov.my/en.
- Daftar akaun baharu dengan memasukkan nombor IC.
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan.
- Pilih menu Semakan Saman.
- Masukkan nombor IC.
- Saman trafik yang aktif akan dipaparkan.
Nota : Portal ini juga memaparkan jumlah saman serta status pembayaran.
Portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Pergi ke portal rasmi di https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Log masuk atau daftar akaun baru dalam sistem MySikap.
- Masukkan nombor IC atau nombor pendaftaran kenderaan anda untuk tujuan semakan.
Nota : JPJ juga menyediakan perkhidmatan SMS untuk semakan pantas, tetapi caj telekomunikasi akan dikenakan.
Aplikasi MyBayar Saman
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play atau App Store.
- Daftar akaun menggunakan nombor IC dan e-mel.
- Log masuk dan pilih menu Semakan Saman.
- Semak saman terus melalui telefon pintar anda.
Semakan Melalui Perbankan Dalam Talian (Online Banking)
Beberapa bank di Malaysia menyediakan kemudahan semakan saman melalui perbankan dalam talian.
- Log masuk ke akaun bank (Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, BSN Online).
- Pilih menu Pembayaran / Bill Payment.
- Cari kategori Saman Trafik / Polis / JPJ.
- Masukkan nombor IC.
CARA BAYAR SAMAN ONLINE (PDRM / JPJ / TRAFIK)
Selepas semakan dibuat, anda boleh terus membuat pembayaran saman secara dalam talian :
Bayar Saman Polis (PDRM)
- Guna portal MyBayar Saman.
- Pilih saman yang ingin dibayar.
- Bayar melalui FPX (perbankan dalam talian) atau kad kredit/debit.
- Resit rasmi akan dihantar melalui e-mel.
Bayar Saman JPJ
- Melalui aplikasi myJPJ, Portal awam JPJ, dan MyEG
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan, Pejabat Kecil JPJ, UTC & Kios JPJ.
KELEBIHAN SEMAK & BAYAR SAMAN ONLINE
- Jimat masa : Tidak perlu beratur panjang di kaunter.
- Mudah & pantas : Boleh semak pada bila-bila masa, di mana sahaja.
- Resit digital : Pembayaran direkodkan secara automatik.
- Elak terlepas diskaun : PDRM sering menawarkan diskaun khas untuk saman.
INFO & MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut mengenai saman trafik, boleh hubungi :
- JPJ Malaysia : 03-8000 8000
- MyBayar Saman PDRM
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK SAMAN MELALUI IC
Boleh ke semak saman guna IC sahaja tanpa nombor plat?
Ya, semakan boleh dibuat hanya menggunakan nombor kad pengenalan.
Adakah semakan saman melalui IC percuma?
Ya, semakan adalah percuma. Caj hanya dikenakan jika anda membuat pembayaran saman.
Bagaimana nak tahu saman masih ada diskaun?
PDRM biasanya akan memaklumkan tarikh diskaun saman. Semak di portal MyBayar Saman untuk pengesahan.
Boleh bayar saman JPJ melalui MyBayar Saman?
Tidak. MyBayar Saman hanya untuk saman PDRM. Untuk saman JPJ, gunakan portal JPJ atau perbankan dalam talian.
Apa jadi kalau saman tak dibayar?
Lesen memandu atau cukai jalan boleh disekat oleh JPJ, malah waran tangkap boleh dikeluarkan oleh mahkamah.