LOGIN MYSTR : SEMAK STR FASA 4 2026
Portal LOGIN MYSTR merupakan saluran masuk rasmi bagi setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Malaysia untuk membuat semakan status kelulusan, kelayakan bayaran fasa terkini, serta status kelayakan bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026. Melalui saluran rasmi MySTR, penerima dapat mengakses dengan pautan yang tepat dan selamat untuk tujuan semakan.
Untuk makluman, peruntukan bantuan STR tahun 2026 kini mencecah sehingga RM13 bilion. Walau bagaimanapun, masih ramai tidak tahu dan menghadapi kekeliruan sama ada mereka layak atau tidak untuk menerima bantuan ini, serta mengetahui cara pendaftaran, permohonan, dan semakan kelayakan secara dalam talian (online) di portal rasmi MySTR.
1. Fungsi Utama Portal Login MySTR dan Kepentingannya
Portal MySTR ialah saluran rasmi untuk urusan bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Melalui Portal Login MySTR, ia memudahkan setiap penerima dan pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk :

- Membuat Permohonan STR Baharu;
- Semakan Kelulusan Permohonan STR Mengikut Fasa;
- Mengetahui status permohonan sama ada Lulus, Tidak Lulus, atau Permohonan Baharu Sedang Diproses.
- Menyemak Jadual Bayaran Fasa 1 Hingga Fasa 4;
- Semakan jumlah peruntukan yang dikreditkan terus ke akaun bank atau baucar tunai BSN mengikut fasa.
- Pengesahan Bantuan SARA Melalui MyKad;
- Untuk mengetahui sama ada nama anda tersenarai atau tidak untuk menerima elaun pembelian barangan asas bulanan.
- Kemas Kini Maklumat Sepanjang Tahun;
- Kemaskini maklumat seperti nombor akaun bank peribadi yang aktif, status perkahwinan, dan bilangan tanggungan anak.
2. Pautan Rasmi Portal Login MySTR
Berikut merupakan Portal Rasmi Login MySTR yang boleh diakses oleh pemohon baharu atau penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
3. Daftar Akaun Login MySTR
Panduan lengkap Register akaun baharu untuk penerima sedia ada dan penerima baharu di Portal MySTR 2026 untuk mengaskes bantuan secara dalam talian (online) adalah seperti berikut :

- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
4. Panduan Langkah Demi Langkah Cara LOGIN MYSTR & Semak STR Fasa 4 2026
Berikut merupakan panduan lengkap langkah demi langkah cara login MySTR dan Semak STR Fasa 4 2026 secara dalam talian (online) :
- Layari pautan rasmi Kerajaan di Portal mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Kemudian, Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
- Sahkan frasa keselamatan.
- Klik (Ya) jika sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Isikan kata laluan akaun MySTR anda, yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Kemudian, klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya Log Masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Seterusnya, pilih Menu “Semakan Permohonan STR”.
- Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
- Nama pemohon;
- No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
- Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
- Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
- Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
- Selesai.
5. Login MySTR & Semak Jadual Tarikh Pembayaran STR 2026 Mengikut Fasa
Berdasarkan kenyataan Rasmi Kementerian Kewangan (MOF) setakat ini, agihan bayaran tunai dibahagikan kepada 4 fasa utama sepanjang tahun seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN | STATUS PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Selesai |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Selesai |
| Fasa 3 | 15 Ogos 2026 | Selesai |
| Fasa 4 (Fasa Akhir) | Tarikh rasmi belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan Datang |
6. Login MySTR & Semak Jadual Lengkap Kadar Bayaran STR 2026
Sekiranya status kelayakan anda menunjukkan anda layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda layak menerima bayaran setiap fasa dengan amaun diberikan mengikut kategori kelayakan penerima.
Berdasarkan maklumat rasmi yang terkini oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah | Tiada Anak (0) | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 1 – 2 Anak | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM1,200 | |
| 3 – 4 Anak | RM400 | RM450 | RM450 | RM400 | RM1,700 | |
| 5 Anak Ke Atas | RM500 | RM600 | RM600 | RM500 | RM2,200 | |
| Isi Rumah Pendapatan Bulanan RM2,501 sehingga RM5,000 | Tiada Anak (0) | RM100 | RM100 | RM0 | RM0 | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM100 | RM100 | RM150 | RM100 | RM450 | |
| 3 – 4 Anak | RM150 | RM200 | RM200 | RM150 | RM700 | |
| 5 Anak Ke Atas | RM200 | RM250 | RM250 | RM250 | RM950 | |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | – | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 | RM600 |
| Bujang | – | – | – | – | – | RM600 (RM50/bulan) melalui SARA |

7. Kaedah Login MySTR & Pembayaran STR Fasa 4 2026
Berikut merupakan dua (2) saluran rasmi pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima yang layak untuk setiap fasa 8Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4) :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
8. Syarat Kelayakan Penerima STR Fasa 4 Untuk Login MySTR
Penerima & Pemohon Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4) mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Login MySTR
Bagaimanakah cara menyelesaikan masalah terlupa kata laluan semasa LOGIN MYSTR?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, pada laman utama LOGIN MYSTR anda boleh klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”. Kemudian, masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) anda dan jawab 3 Soalan Keselamatan yang didaftarkan.
Sekiranya akaun terkunci selepas 3 kali salah memasukkan kata laluan, sila hubungi talian hotlink BKK Hasil di 1-800-88-2747 atau tunggu tempoh bertenang 24 jam.
Bilakah tarikh bayaran STR 2026 diagihkan mengikut fasa?
Untuk makluman, pengagihan STR akan dilakukan mengikut fasa pembayaran yang telah dijadualkan (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4).
Tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan oleh Pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan pembayaran akan mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima dan secara penunaian tunai di kaunter BSN sekiranya Gagal Kredit.
Waktu pembayaran adalah berbeza dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima.
Adakah Setiap Penerima STR Akan Menerima Elaun Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Ya. Bermula tahun 2026, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar eKasih akan menerima bantuan tambahan setiap bulan secara automatik di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing khusus untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan.
Baca Juga : SEMAKAN STR FASA 4 : 2026 ONLINE
Saluran Bantuan & Talian Khidmat Pelanggan
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
Penafian
Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.
Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.
Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.
Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(ST