SEMAKAN SKAS : FASA 3 2026

SEMAKAN SKAS : FASA 3 2026

Portal SEMAKAN SKAS kini dibuka secara rasmi kepada seluruh rakyat Sarawak untuk menyemak status kelayakan bagi tahun 2026. Sumbangan Keperluan Asas Sarawak atau lebih dikenali sebagai SKAS merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Oleh yang demikian, sekiranya anda merupakan pemegang kad pengenalan MyKad Sarawak berkod ‘K’, anda dinasihatkan untuk melakukan semakan SKAS dengan kadar segera bagi mengetahui status kelayakan permohonan, jumlah bayaran yang layak diterima, serta tarikh rasmi pengkreditan bayaran ke dalam aplikasi e-dompet S PAY GLOBAL.

Artikel ini menyediakan panduan langkah demi langkah cara membuat semakan status SKAS secara online, jadual dan tarikh rasmi pembayaran mengikut fasa sepanjang tahun 2026, kriteria kelayakan penerima, senarai barangan runcit yang dibenarkan, serta cara membuat rayuan sekiranya permohonan anda tidak diluluskan.

Apa itu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah sebuah program bantuan kewangan bersasar khusus untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) di Sarawak. Untuk tahun 2026, Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan RM640 juta untuk Program SKAS, iaitu lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini iaitu RM557 juta pada 2025,

Melalui inisiatif ini, penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan tahunan bermula RM375 sehingga RM1,100 bergantung kepada kategori kelayakan penerima iaitu isi rumah, warga emas, atau individu bujang.

Seterusnya, berbeza dengan bantuan tunai yang dimasukkan terus ke akaun bank penerima, bantuan ini disalurkan secara digital menerusi dompet khas dalam aplikasi S PAY GLOBAL (yang dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay). Oleh sebab itu, setiap penerima yang lulus semakan SKAS boleh membelanjakan baki atau elaun bantuan ini secara tanpa tunai (cashless) di seluruh pasar raya, kedai runcit, dan premis peniaga yang berdaftar di seluruh Negeri Sarawak.

Syarat Kelayakan Semakan SKAS Mengikut Kategori

Bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Sarawak telah menetapkan garis panduan kelayakan penerima.

Sebelum anda meneruskan langkah membuat Semakan SKAS online, sila pastikan anda memenuhi kriteria umum di bawah :

  • Status Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia.
  • Status Pemastautin Sarawak : Pemegang MyKad Sarawak (mempunyai kod ‘K’ pada kad pengenalan) serta menetap dan bermastautin di negeri Sarawak.
  • Pangkalan Data Penerima : Tersenarai dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Had Pendapatan Bulanan :
    • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM5,000;
    • Pendapatan Individu Bujang tidak melebihi RM2,500.

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORIKELAYAKAN PENERIMA
Isi RumahBekahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda;
Mempunyai tanggungan (Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda;
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah;

Had umur 60 tahun dan ke atas
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak)

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Had umur adalah 21-59 tahun; atau

Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

Kategori Penerima & Kadar Bantuan SKAS 2026

Pada pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak yang lepas, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menambah baik pemberian kadar bantuan bagi semua kategori penerima.

Jumlah bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah antara RM375 hingga RM1,100 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan.

Berikut merupakan jumlah rasmi SKAS yang boleh anda peroleh apabila lulus dalam Semakan SKAS 2026 :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3TOTAL SETAHUNKAEDAH PENYALURAN
Isi RumahRM316RM424RM360RM1,100S Pay Global
Warga EmasRM166RM234RM200RM600S Pay Global
BujangRM100RM150RM125RM375S Pay Global

Semakan SKAS

Rakyat Sarawak boleh membuat semakan skas secara online untuk mengetahui status permohonan / kelayakan dengan pantas untuk mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bayaran SKAS bagi setiap fasa pembayaran (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4).

Berikut merupakan panduan lengkap semakan skas fasa 3 2026 secara online :

1

Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026

Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

2

Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility]

Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].

3

Masukkan Nombor MyKad Tanpa Sengkang (-)

Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].

4

Klik [Cari] atau [Search]

Kemudian, klik [Cari] atau [Search].

5

Paparan Mesej Status Kelayakan

Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :

Maklumat Status Kelayakan
Nama (Name) Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) XXXXXX-XX-XXXX
Status Layak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category) Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value) RM1,100

Jadual Tarikh Bayaran Semakan SKAS 2026

Pembayaran bantuan bagi penerima yang lulus semakan SKAS akan disalurkan sebanyak tiga (3) kali setahun mengikut fasa (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4) bagi memastikan perbelanjaan barangan dapur keluarga dapat ditampung secara berterusan sepanjang tahun.

Berikut merupakan jadual terperinci tarikh bayaran SKAS untuk setiap fasa bagi tahun 2026 :

Fasa Pembayaran Tarikh Pengkreditan Isi Rumah Warga Emas Bujang Status
Fasa 1 10 Mac 2026 RM316 RM166 RM100 Telah Dikreditkan
Fasa 2 15 Mei 2026 RM424 RM234 RM150 Telah Dikreditkan
Fasa 3 10 November 2026 RM360 (Total RM1,100) RM200 (Total RM600) RM125 (Total RM375) Dijadualkan

Senarai Barangan Asas Yang Boleh Dibeli Menggunakan SKAS

Untuk makluman, semua penerima bahawa kredit yang disalurkan selepas lulus semakan SKAS TIDAK BOLEH dipindahkan ke akaun simpanan bank atau ditukarkan secara fizikal (wang kertas).

Sebaliknya, elaun SKAS ini dikhususkan untuk pembelian barangan makanan dan keperluan asas termasuk barang dapur sahaja.

Antara kategori barangan yang dibenarkan termasuklah :

  • Beras;
  • Minyak Masak;
  • Telur;
  • Tepung;

Kaedah Penyaluran Bayaran SKAS

Elaun SKAS setiap fasa akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) dalam bentuk baucar makanan digital seperti berikut :

NAMA PROGRAMKAEDAH BAYARAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)S Pay Global
(e-Dompet)

S Pay Global adalah aplikasi e-Wallet (dompet elektronik) rasmi negeri Sarawak yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Program SKAS ini membolehkan penerima yang layak untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung, telur, minyak masak menggunakan aplikasi S Pay Global melalui telefon bimbit mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan S Pay Global atau pada bil mereka.

Cara Daftar Akaun Aplikasi S Pay Global

Sekiranya anda belum daftar aplikasi S Pay Global, berikut merupakan panduan lengkap cara daftar akaun :

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global di Apps Store (iOS) atau Google Play Store (Android) dalam telefon anda.
  2. Buka aplikasi dan pilih “New User Registration”.
  3. Pilih warganegara anda.
  4. Isikan butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  5. Kemudian, muat naik gambar MyKad anda di ruangan yang disediakan.
  6. Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman.
  7. Masukkan no.TAC yang dihantar melalui nombor telefon anda untuk pengesahan.
  8. Kemudian sila log masuk.
  9. Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran kemudian.
  10. Pendaftaran anda telah berjaya.
  11. Selesai.

Soalan Lazim (FAQ) Semakan SKAS

Apakah yang perlu dibuat sekiranya semakan SKAS menunjukkan status Tidak Layak?

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, tetapi status semakan SKAS menunjukkan anda tidak berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan rasmi di portal sarawak.gov.my atau boleh rujuk rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak untuk mendapatkan bantuan seterusnya.

Bila tarikh bayaran SKAS 2026 dimasukkan ke dalam S PAY GLOBAL?

Penyaluran bayaran dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa dan jadual rasmi pembayaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Untuk makluman anda, pembayaran SKAS ini dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dengan amaun mengikut kategori kelayakan penerima melalui akaun aplikasi S PAY GLOBAL penerima.

Bolehkah wang bantuan SKAS dalam S PAY GLOBAL dipindahkan ke akaun bank?

Tidak boleh. Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) disalurkan khusus sebagai baucar makanan digital ke dalam ‘akaun S Pay Global’ penerima yang layak, dan ia tidak boleh dipindahkan ke akaun bank dan hanya sah digunakan untuk membeli barangan makanan keperluan asas di seluruh pasar raya dan peruncit berdaftar di Negeri Sarawak.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya akaun S Pay Global belum disahkan?

Pastikan anda melengkapkan proses pendaftaran akaun SPay Global sebelum pengkreditan mula dilaksanakan supaya pengkreditan bantuan tidak mengalami sebarang masalah.

Baca Juga : LOGIN MYSTR : SEMAK STR FASA 4 2026

Saluran Khidmat Pelanggan & Rujukan Rasmi

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai semakan SKAS, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Penafian

Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.

Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.

Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.

Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment