STR FASA 4 2026 : SEMAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

STR FASA 4 2026 : SEMAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

Terkini! Jutaan rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) kini menantikan pengumuman rasmi penyaluran daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengenai tarikh rasmi dan jumlah pembayaran bantuan tunai kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa terakhir untuk tahun 2026 iaitu STR FASA 4 2026.

Pengenalan Program STR FASA 4 2026

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah inisiatif bantuan kewangan secara tunai yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2026, kerajaan menambahbaik pelaksanaan program STR untuk mengurangkan beban sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dan memastikan tiada golongan sasar yang tercicir di mana seramai sembilan juta (9) rakyat Malaysia disahkan layak mendapat manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar peruntukkan sebanyak RM15 bilion bagi pelaksanaan kedua-dua bantuan itu pada tahun 2026.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa merangkumi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4, dan akan disalurkan secara berperingkat mengikut jadual pembayaran rasmi yang ditetapkan. Pemohon baharu boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun secara dalam talian melalui laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Untuk makluman, Program STR 2026 kini memasuki pembayaran STR FASA 4 2026 iaitu merupakan fasa akhir atau penutup bagi inisiatif bantuan kewangan Kerajaan Malaysia di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026.

Bilakah Tarikh Rasmi Bayaran STR FASA 4 2026?

Berdasarkan jadual pembayaran rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembayaran STR 2026, setakat ini tarikh rasmi penyaluran bagi STR FASA 4 2026 belum diumumkan dan pihak kami akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Penerima Ada Akaun Bank

Pengkreditan secara berperingkat (batch) mengikut akaun bank yang digunakan oleh bermula pada tarikh pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Majoriti bank utama seperti Maybank, BSN, CIMB, dan Bank Islam selesai dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.

Penerima Tiada Akaun / Tunai BSN

Penunaian tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dibuka bermula pada tarikh rasmi pembayaran dengan membawa MyKad (Kad Pengenalan) asal penerima di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) .

Nota Waktu Pengkreditan: Masa penerimaan wang dalam akaun berbeza-beza mengikut masa pemprosesan bank masing-masing. BSN dan Bank Islam lazimnya memaparkan baki kredit lebih awal (tengah malam hingga awal pagi), diikuti Maybank, CIMB, RHB, dan Agrobank.

Jadual Jumlah Bayaran STR FASA 4 2026 Mengikut Kategori

Kadar jumlah bayaran STR FASA 4 2026 ditentukan berdasarkan kategori kelayakan penerima, kadar pendapatan bulanan serta bilangan tanggungan (anak) yang menepati syarat kelayakan bantuan STR 2026.

Berikut merupakan jadual rasmi jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 untuk semua Fasa (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) :

Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,500 ke bawah) :

BILANGAN ANAK FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 TOTAL SETAHUN
Tiada Anak RM200 RM150 RM200 RM150 RM700
1 hingga 2 Anak RM300 RM300 RM300 RM300 RM1,200
3 hingga 4 Anak RM400 RM450 RM450 RM400 RM1,700
5 Anak dan Ke Atas RM500 RM600 RM600 RM500 RM2,200

Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000) :

BILANGAN ANAK FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 TOTAL SETAHUN
Tiada Anak RM100 RM100 RM0 RM0 RM200
1 hingga 2 Anak RM100 RM100 RM150 RM100 RM450
3 hingga 4 Anak RM150 RM200 RM200 RM150 RM700
5 Anak dan Ke Atas RM200 RM250 RM250 RM250 RM950

Warga Emas Tanpa Pasangan :

FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 TOTAL SETAHUN
RM150 RM150 RM150 RM150 RM600

Bujang :

BANTUAN SARA TOTAL SETAHUN
RM50 Setiap Bulan (Bermula Januari sehingga Disember) RM600

Kaedah Pengkreditan & Penunaian BSN STR FASA 4 2026

Terdapat dua (2) kaedah rasmi pembayaran bantuan STR FASA 4 2026 :

💳 Kaedah 1: Pengkreditan Terus ke Akaun Bank

Wang bantuan dikreditkan secara automatik ke akaun bank peribadi yang didaftarkan semasa permohonan. Antara bank panel yang terlibat:

BSN Maybank CIMB Bank Public Bank RHB Bank AmBank Bank Islam Bank Rakyat Hong Leong Bank Agrobank Affin Bank Bank Muamalat

🏦 Kaedah 2: Penunaian Kaunter Cawangan BSN

Terpakai kepada individu yang Tidak Mempunyai Akaun Bank atau Status Kredit ‘Gagal’.

Nota : Tuntutan secara tunai hanya boleh dibuat pada hari bekerja BSN di setiap negeri.

STR FASA 4 2026

Semakan Status STR Fasa 4 2026 boleh dilakukan dengan pantas dan mudah pada bila-bila masa sahaja secara dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR.

Untuk membuat semakan sama ada bayaran STR FASA 4 2026 telah berjaya diproses atau masih dalam proses kredit, atau semakan sama ada anda layak atau tidak menerima pembayaran terkini berserta jumlah bayaran, anda boleh ikuti langkah rasmi seperti di bawah :

  1. Layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Portal mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Kemudian, Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda.
    • Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
  3. Sahkan frasa keselamatan.
    • Klik (Ya) jika sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  4. Isikan kata laluan akaun MySTR anda, yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
    • Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
    • Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
  5. ⁠Kemudian, klik butang (Log Masuk).
  6. Sekiranya anda berjaya Log Masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  7. Seterusnya, pilih Menu “Semakan Permohonan STR”.
  8. Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
    • Nama pemohon;
    • No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
    • Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
    • Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
    • Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
  9. Selesai.

Syarat Kelayakan Penerima STR FASA 4 2026

Penerima & Pemohon Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4) mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMA SYARAT DAN KELAYAKAN
Isi Rumah

• Berkahwin (Ada atau Tiada Anak);

• Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak;

• Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tanpa Pasangan

• Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak;

• Berumur 60 tahun dan ke atas;

• Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah

Bujang

• Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak;

• Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

• Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

• Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

• Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

Soalan Lazim (FAQ) STR FASA 4 2026

Bagaimanakah kaedah bayaran bagi penerima yang tiada akaun bank?

Bagi penerima tanpa akaun bank atau akaun yang berstatus tidak aktif, bayaran akan disalurkan secara tunai di mana penerima boleh hadir sendiri mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKad (Kad Pengenalan) asal bagi urusan penunaian bayaran STR di kaunter bank.

Adakah saya perlu membuat permohonan baharu untuk menerima STR Fasa 4 2026?

Sekiranya anda belum membuat permohonan 2026, anda dikehendaki membuat permohonan baharu untuk menerima bayaran STR FASA 4 2026.

Namun, sekiranya anda telah “LULUS” pada fasa-fasa terdahulu (Fasa 1, 2 atau 3 tahun 2026) anda TIDAK perlu membuat permohonan baharu di mana bayaran akan dikreditkan secara automatik. Sekiranya anda mempunyai sebarang perubahan maklumat perkahwinan atau pendapatan, anda hanya perlu kemas kini permohonan.

Apakah perbezaan antara bayaran STR dan bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah)?

STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah bayaran tunai terus ke akaun bank penerima untuk 4 fasa setahun. Manakala SARA adalah bantuan tambahan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada semua penerima STR sama ada barangan miskin dan miskin tegar eKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan di pasar raya berdaftar.

Baca Juga : LOGIN MYSTR : SEMAK STR FASA 4 2026

Sumber Rujukan Rasmi

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Penafian

Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.

Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.

Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.

Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment