SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STR FASA 4 2026

SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STR FASA 4 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif bantuan tunai Kerajaan Malaysia yang merupakan kesinambungan program bantuan-bantuan tunai kerajaan terdahulu seperti BR1M untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhanan (B40 dan M4) dalam mengurangkan beban kos sara hidup harian seisi keluarga.

Program bantuan tunai ini dilaksanakan secara berfasa iaitu empat (4) fasa dalam tempoh masa satu tahun (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4).

Bagi tahun 2026, program STR kini berada di fasa penutup tahun ini, iaitu fasa keempat (4) dan kini dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat yang layak termasuk penerima sedia dan pemohonan baharu untuk mengetahui sama ada mereka layak atau tidak untuk terus menerima pengkreditan bayaran bantuan ini.

Untuk penerima sedia ada atau pemohon baharu bantuan yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai STR FASA 4 seperti status kelayakan, status pengkreditan, jumlah dan tarikh masuk bayaran ke dalam akaun bank penerima, adalah disarankan untuk SEMAK STR FASA 4 secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR di mana anda boleh dengan mudah dan pantas pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan semakan secara fizikal di Pejabat Hasil.

Jadual & Tarikh Rasmi Pembayaran Semak STR Fasa 4

Untuk makluman, penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kelompok (batch) berdasarkan akaun bank yang digunakan masing-masing bagi memastikan kelancaran transaksi sistem perbankan nasional.

Berikut disertakan jadual dan tarikh rasmi lengkap pembayaran STR 2026, dan anda boleh rujuk dan semak STR FASA 4 seperti berikut :

FASA PEMBAYARAN TARIKH PEMBAYARAN STATUS PEMBAYARAN
Fasa 1 20 Januari 2026 ✓ Selesai
Fasa 2 10 Mac 2026 ✓ Selesai
Fasa 3 15 Ogos 2026 ✓ Selesai
Fasa 4
(Fasa Akhir)
Tarikh rasmi belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa ⏳ Akan Datang

Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tarikh Rasmi Pembayaran STR FASA 4 2026, mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima seperti berikut :

✓ Bank Simpanan Nasional
✓ Maybank
✓ CIMB Bank
✓ Public Bank
✓ RHB Bank
✓ Bank Islam
✓ AmBank
✓ Bank Rakyat
✓ Agrobank

Jumlah Bayaran Semak STR Fasa 4 Mengikut Kategori Kelayakan

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan kepada penerima yang layak berdasarkan kategori dan kelayakan penerima termasuk pendapatan bulanan Isi Rumah, bilangan tanggungan anak, Kategori penerima seperti Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang.

  • Jumlah rasmi bayaran yang anda boleh rujuk dan Semak STR Fasa 4, adalah seperti berikut :

1. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,500 ke bawah) :

Amaun bayaran Fasa 4 ditetapkan seperti berikut:

Tiada Anak (0) RM 150
1 – 2 Orang Anak RM 300
3 – 4 Orang Anak RM 400
5 Orang Anak Ke Atas RM 500

2. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000) :

Kadar agihan Fasa 4 adalah seperti berikut:

Tiada Anak (0) RM 0
1 – 2 Orang Anak RM 100
3 – 4 Orang Anak RM 150
5 Orang Anak Ke Atas RM 250

3. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Ke Atas)

Warga emas bujang atau tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000 menerima bayaran Fasa 4 sebanyak RM 150 (menjadikan jumlah keseluruhan RM600 setahun).

4. Kategori Bujang & Golongan OKU (Umur 21 – 59 Tahun)

Individu bujang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta individu OKU berumur 19 tahun ke atas menerima bayaran STR melalui bantuan bulanan SARA RM50 Setiap Bulan melalui MyKad (Januari sehingga Disember), menjadikan jumlah keseluruhan RM600 setahun).

  • Jadual rasmi pembayaran keseluruhan STR FASA 2026 :
KATEGORI PENERIMA BILANGAN ANAK FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 TOTAL
1. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah)
Isi Rumah Tiada Anak (0) RM200 RM150 RM200 RM150 RM700
1 – 2 Orang Anak RM300 RM300 RM300 RM300 RM1,200
3 – 4 Orang Anak RM400 RM450 RM450 RM400 RM1,700
5 Orang Anak Ke Atas RM500 RM600 RM600 RM500 RM2,200
2. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000)
Isi Rumah Tiada Anak (0) RM100 RM100 RM0 RM0 RM200
1 – 2 Orang Anak RM100 RM100 RM150 RM100 RM450
3 – 4 Orang Anak RM150 RM200 RM200 RM150 RM700
5 Orang Anak Ke Atas RM200 RM250 RM250 RM250 RM950
3. Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 Tahun Ke Atas)
Warga Emas Tiada Pasangan RM150 RM150 RM150 RM150 RM600
4. Kategori Bujang & Golongan OKU (Umur 21 – 59 Tahun)
Bujang / OKU RM50 Setiap Bulan melalui bantuan SARA (Bermula Januari sehingga Disember) RM600

Portal Rasmi Semakan STR FASA 4

Berikut merupakan Portal Rasmi Semakan STR FASA 4 yang sah untuk diakses oleh penerima untuk tujuan seperti :

  • Semak STR FASA 4 – Status Permohonan STR FASA 4 (untuk pemohon baru);
  • Semak STR FASA 4 – Status Permohonan Rayuan;
  • Semak STR FASA 4 – Status Kelayakan (layak atau tidak);
  • Semak STR FASA 4 – Status Bayaran (Dalam Proses/Berjaya/Gagal Kredit);
  • Semak STR FASA 4 – Tarikh Kredit Bayaran;
  • Semak STR FASA 4 – Jumlah Bayaran Keseluruhan dan Setiap Fasa.

Panduan Langkah Demi Langkah: Cara Semak STR Fasa 4 di Portal MySTR

Bagi mengelakkan kesilapan mengakses laman sesawang yang tidak sah atau palsu, pemohon baharu atau penerima sedia ada boleh ikuti panduan rasmi langkah-langkah semak STR FASA 4 secara online di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

PANDUAN

Langkah Semak STR FASA 4 Secara Online

1
Layari pautan rasmi Kerajaan di Portal mySTR 2026 di sini :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
2
Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
3
Sahkan frasa keselamatan.
Klik (Ya) sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
4
Isikan kata laluan akaun MySTR anda yang telah anda cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  • Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
  • Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Kemudian, klik butang (Log Masuk).
5
Sekiranya anda berjaya Log Masuk, skrin akan memaparkan Dashboard MySTR. Seterusnya, pilih Menu “Semakan Permohonan STR”.
6
Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
  • Nama pemohon;
  • No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
  • Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
  • Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
  • Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
✓ Selesai

Penterjemahan Maksud Status Semak STR FASA 4

Berikut merupakan maksud-maksud disebalik status bayaran semasa semak STR FASA 4 2026 :

✓ LULUS (KREDIT BERJAYA) Tindakan Selesai

Maksud: Bantuan STR Fasa 4 telah berjaya dikreditkan terus ke akaun bank aktif penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan.

👉 Tindakan: Semak penyata atau baki akaun bank anda secara online atau melalui mesin ATM.

⏳ DALAM PROSES PENGKREDITAN Sedang Diproses

Maksud: Permohonan anda telah diluluskan dan urusan transaksi pemindahan wang daripada pihak kerajaan ke bank anda sedang berjalan secara berperingkat mengikut giliran bank.

👉 Tindakan: Tunggu dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja dan semak semula akaun bank secara berkala.

✕ GAGAL KREDIT Perlu Tindakan

Maksud: Wang bantuan tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana akaun tidak aktif, nombor akaun silap, atau akaun telah ditutup/dibekukan.

👉 Tindakan: Bawa Kad Pengenalan (MyKad) ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan untuk membuat tuntutan secara tunai di kaunter.

Soalan Lazim (FAQ) Semak STR FASA 4


Apakah tindakan jika saya terlupa kata laluan portal MySTR?

Sekiranya anda tersalah memasukkan kata laluan sebanyak 3 kali berturut-turut, ID MySTR anda akan disekat demi keselamatan. Sila klik pautan ‘Terlupa Kata Laluan’ di laman log masuk MySTR dan jawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan. Sekiranya masih gagal, sila hubungi talian hotlink BKK Hasil di 1-800-88-2747 atau hadir ke pejabat Hasil terdekat untuk set semula kata laluan.

Bolehkah saya membuat rayuan sekiranya permohonan STR Fasa 4 tidak lulus?

Ya. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan membuka tempoh Permohonan Rayuan STR sejurus selepas pembayaran fasa diumumkan. Pemohon yang berstatus ‘Tidak Lulus’ boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian di portal MySTR dalam tempoh masa permohonan yang ditetapkan.

Adakah penerima STR Fasa 4 turut menerima bantuan tambahan SARA?

Ya, semua penerima STR sama ada kategori Miskin Tegar dan Miskin yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih atau bukan eKasih akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad pada setiap bulan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.

Baca Juga : STR FASA 4 2026 : SEMAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

Talian Rasmi Khidmat Bantuan

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Penafian

Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.

Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.

Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.

Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment