PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE
Proses PERMOHONAN STR 2027 (Sumbangan Tunai Rahmah) kini menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia untuk membuat permohonan baharu bantuan tunai (STR) yang disediakan oleh Kerajaan bagi tahun 2027.
Ketahui info rasmi cara permohonan STR 2027, syarat kelayakan terperinci golongan B40 & M40, tarikh buka Portal MySTR, jumlah bayaran maksimum, serta jadual agihan 4 fasa berdasarkan intipati Belanjawan 2027.
Pengenalan & Intipati Belanjawan : Permohonan STR 2027
Melalui pembentangan Belanjawan 2027 terkini, Kerajaan secara rasminya telah menaikkan peruntukan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada paras tertinggi dalam sejarah, iaitu mencecah RM16 Bilion untuk tahun 2027, berbanding RM15 bilion tahun 2026 dan RM13 bilion pada tahun-tahun terdahulu.
Intipati Belanjawan 2027 :
- Peruntukan Bantuan STR & SARA 2027 : RM16 Bilion
- Bilangan Penerima : 9 juta penerima rakyat Malaysia (B40 dan M40)
- Kadar Maksimum STR : RM1,600 bagi kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dengan 5 orang anak.
- Elaun SARA : Setiap penerima STR 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.
- SARA MADANI (SARA UNTUK SEMUA) : Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali ( RM100 sebelum Aidilfitri, RM100 menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka) termasuk golongan M40.
Jadual Kadar Bayaran Penuh STR 2027 Mengikut Kategori
Kadar bayaran dalam PERMOHONAN STR 2027 ditentukan berdasarkan tiga faktor utama :
- Pendapatan bulanan untuk setiap Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tanpa Tunai;
- Status Perkahwinan;
- Bilangan anak tanggungan yang sah
Hasil pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berikut merupakan peruntukan bayaran STR 2027 :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM600 |
| 3 – 4 Anak | RM1,100 |
| 5 Anak Ke Atas | RM1,600 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM450 |
| 3 – 4 Anak | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM950 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM600 |
Info : Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA bulanan (MyKad).
Selain menerima bayaran di atas secara empat (4) fasa bayaran, penerima STR juga layak menerima bantuan tambahan bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kadar bayaran rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan PERMOHONAN STR 2027
Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menetapkan kriteria kelayakan ketat bagi setiap kategori pemohon :
- Kategori 1 : Isi Rumah (Berkahwin & Ibu Bapa Tunggal)
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (Ada atau Tiada Anak);
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) yang menepati syarat tanggungan.;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah
- Kategori 2 : Warga Emas Tanpa Pasangan :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun 2027;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah
- Kategori 3 : Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun sehingga 59 tahun;
- Bukan pelajar di Institusi Penganjian Tingg9 (IPTA / IPTS) sepenuh masa;
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
Panduan Lengkap Cara PERMOHONAN STR 2027 Secara Online di Portal MySTR
Sistem permohonan STR ialah sistem terbuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, untuk permohonan STR 2027, akan dibuka bermula pada tarikh rasmi yang ditetapkan seperti berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Secara Fizikal (manual) Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan | 1 Oktober 2026, Khamis |
| Permohonan Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis |
Panduan lengkap membuat permohonan STR 2027 baharu, atau kemaskini maklumat bagi permohonan tahun 2027 :


- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
Senarai Dokumen Sokongan PERMOHONAN STR 2027 Yang Wajib
Bagi mengelakkan permohonan STR 2027 anda ditolak atau berstatus ‘Tidak Lulus’, sediakan dokumen sokongan berikut mengikut situasi anda :
- Pemohon :
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19-20 tahun pada tahun 2027.
- Pasangan(Jika Berkaitan)
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
- Anak (Jika Berkaitan) :
- Anak Kandung :
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat :
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
- Anak Kandung :
Tarikh & Jadual Pembayaran 4 Fasa STR 2027
Kementerian Kewangan Malaysia akan menyalurkan bantuan STR 2027 secara berperingkat menerusi 4 fasa agihan sepanjang tahun :
- Fasa 1 STR 2027 : Belum diumumkan dan akan dikemaskini
- Fasa 2 STR 2027 : Belum diumumkan dan akan dikemaskini
- Fasa 3 STR 2027 : Belum diumumkan dan akan dikemaskini
- Fasa 4 STR 2027 : Belum diumumkan dan akan dikemaskini
Cara Semakan Status PERMOHONAN STR 2027
Bagi menyemak sama ada permohonan anda telah diluluskan, dalam proses verifikasi, atau memerlukan tindakan lanjut, ikuti langkah semakan status pantas berikut :

- Layari ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2027 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
Cara Pengkreditan Bayaran STR 2027
Sekiranya permohonan STR 2027 anda diluluskan, anda layak menerima pengkreditan bayaran untuk setiap fasa bantuan melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
Soalan Lazim (FAQ) : PERMOHONAN STR 2027
Berikut merupakan soalan-soalan yang sering menjadi tanda tanya pemohonan baharu untuk Permohonan STR 2027 :
Bilakah tarikh rasmi permohonan STR 2027 dibuka?
Sistem permohonan STR 2027 dan kemaskini maklumat di portal MySTR LHDNM dibuka secara sepanjang tahun (365 hari) bermula 1 Oktober 2026 (manual), 15 Oktober 2026 (online). Namun begitu, bagi membolehkan anda menerima bayaran Fasa 1 pada awal tahun 2027, kemaskini atau pendaftaran baharu perlu dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
Adakah penerima STR tahun sebelum ini wajib memohon semula?
Tidak perlu. Permohonan baharu hanya diperlukan untuk individu yang belum menerima atau membuat permohonan STR. Sekiranya, anda mempunyai sebarang perubahan maklumat permohonan sebelum ini, anda hanya perlu membuat kemaskini permohonan dan sekiranya permohonan anda tidak pernah dikemas kini melebihi 3 tahun berturut-turut, anda juga perlu membuat kemas kini maklumat agar proses pembayaran STR 2027 berjalan dengan lancar.
Apakah perubahan terbesar dalam STR 2027 hasil pembentangan Belanjawan 2027?
Peruntukan keseluruhan bantuan tunai (STR & SARA) telah ditingkatkan kepada RM16 bilion iaitu peningkatan tertinggi dalam sejarah. Selain kenaikan kadar bantuan maksimum STR 2027 adalah sehingga RM1,600, manakala Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.
Baca Juga : SEMAKAN EKASIH : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONLINE
Talian Bantuan Rasmi & Maklumat Lanjut MySTR
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Permohonan STR 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my