REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

Ketahui maklumat rasmi, syarat kelayakan baharu, kadar bayaran terkini, serta cara permohonan dan register STR 2027 secara online di Portal Rasmi MySTR.

Pengenalan : Belanjawan 2027 Tingkatkan STR & SARA ke RM16 Bilion

Bagi tahun 2027, agenda untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhan diperkukuhkan lagi menerusi penambahbaikan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan peruntukan dengan kadar tertinggi dalam sejarah sebanyak RM16 bilion, melonjak daripada peruntukan tahun-tahun terdahulu demi mendepani cabaran kos sara hidup global.

Ramai warganegara kini sedangmencari panduan lengkap mengenai kaedah untuk REGISTER STR 2027. Langkah ini penting kerana pendaftaran akaun Portal MySTR untuk tujuan permohonan baharu, semakan status kelayakan, kemas kini maklumat permohonan, semakan jumlah bayaran yang layak diterima, semakan status SARA dan sebagainya.

Di samping itu, kerajaan juga memperluaskan manfaat sokongan kos sara hidup kepada kategori M40 dan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dengan menyediakan SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali (RM100 sebelum Aidilfitri, dan RM100 menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka).

Siapa Yang Wajib Buat Permohonan Baharu (Register STR)?

Salah satu kekeliruan paling lazim di kalangan rakyat Malaysia adalah sama ada mereka perlu membuat permohonan baharu atau sekadar menunggu wang dikreditkan ke akaun bank.

Berikut merupakan golongan yang perlu membuat permohonan baharu atau register STR 2027 :

Register STR 2027 (Akaun Portal MySTR) :

  • Individu yang belum pernah memohon bantuan STR sebelum ini;
  • Pemohon terdahulu atau sedia ada yang belum pernah berdaftar atau mempunyai akaun Portal MySTR.

Permohonan Baharu Bantuan STR 2027 :

  • Individu yang belum pernah memohon STR sebelum ini.

Kemas kini Maklumat Permohonan :

  • Pemohon terdahulu atau sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat peribadi terkini seperti Pendapatan, Status Perkahwinan, Bilangan Anak, Akaun Bank Baharu dan sebagainya.

Golongan Yang TIDAK PERLU Daftar Baharu :

  • Penerima sedia ada yang telah berdaftar akaun Portal MySTR.
  • Penerima sedia ada yang lulus permohonan tahun terdahulu dan tiada sebarang perubahan maklumat.
  • Status perkahwinan, bilangan anak, alamat, dan akaun bank masih sama dan aktif.

Syarat Kelayakan Registr STR Mengikut Kategori Pemohon

Sebelum anda memulakan proses untuk REGISTER STR 2027, dan permohonan bantuan pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) seperti berikut :

  • Kategori 1 : Isi Rumah (Berkahwin & Ibu Bapa Tunggal)
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (Ada atau Tiada Anak);
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) yang menepati syarat tanggungan.;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori 2 : Warga Emas Tanpa Pasangan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun 2027;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori 3 : Bujang :
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;
    • Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun sehingga 59 tahun;
    • Bukan pelajar di Institusi Penganjian Tingg9 (IPTA / IPTS) sepenuh masa;
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah

Jadual Rasmi Kadar Bayaran STR 2027 & Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Jumlah bayaran diberikan sekiranya lulus register STR (permohonan) 2027, adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR 2027JUMLAH SARA
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM600
Anak 3 hingga 4 : RM1,100
Anak 5 dan Ke atas : RM1,600
Akan dikemaskini
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Akan dikemaskini
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600Akan dikemaskini
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARAAkan dikemaskini

Info : Menurut pembentangan Belanjawan 2027, setiap penerima STR 2027 akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun. Amaun untuk setiap kategori penerima akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Register STR 2027 Online

Register akaun Portal MySTR penting untuk tujuan utama seperti semakan status permohonan, kelayakan, jumlah bayaran dan sebagainya dengan mudah secara online.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Portal MySTR atau masih belum register, berikut merupakan panduan lengkap cara register STR 2027 :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

Panduan Lengkap Cara Mohon STR

Permohonan STR 2027 boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter. Ikuti langkah demi langkah di bawah untuk memastikan proses register STR (permohonan) 2027 anda dihantar dengan jayanya :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Semasa Register STR 2027

Bagi memastikan proses register STR 2027 berjalan dengan lancar dan permohonan bantuan anda ditolak atau berstatus ‘Tidak Lulus’, berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan :

  • Pemohon Berkahwin:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
    • Pasangan : Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
    • Anak (Jika Berkaitan) :
      • Anak Kandung : Salinan Sijil Lahir, dan Salinan MyKad / MyKid
      • Anak Angkat : Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
  • Individu (OKU) Orang Kurang Upaya :
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19-20 tahun pada tahun 2027.

Jadual Tarikh Pembayaran STR & SARA 2027

Bagi memastikan penerima dapat menguruskan kewangan keluarga dengan teratur, pengagihan tunai dibuat dalam 4 fasa berasingan sepanjang tahun 2027 :

PEMBAYARAN STRPEMBAYARAN SARA
Pembayaran secara berfasa :
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4


Tarikh pengkreditan setiap fasa belum diumumkan
Pengkreditan elaun secara bulanan :

12 Bulan
(Bermula Januari sehingga Disember)

Tarikh pengkreditan bulanan belum diumumkan
Kaedah Pembayaran :
Pengkreditan terus ke akaun bank penerima atau secara tunai di BSN
Kaedah Pembayaran :
Pengkreditan melalui MyKad, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas di Pasar Raya terpilih

Soalan Lazim (FAQ) Register STR 2027 Online

Berikut merupakan soalan-soalan yang sering menjadi tanda tanya mengenai cara register STR 2027 :

Siapakah yang WAJIB membuat permohonan baharu dan Register STR 2027?

Individu yang perlu membuat permohonan baharu adalah individy yang belum pernah menerima atau memohon bantuan STR sebelum ini (belum pernah ada rekod dalam pangkalan data LHDNM). Manakala register STR ( Akaun Portal MySTR) perlu untuk semua penerima STR yang belum mempunyai atau berdaftar akaun Portal MySTR untuk tujuan seperti semakan status kelayakan STR, jumlah bayaran diterima, semakan status kelayakan SARA dan sebagainya.

Adakah penerima sedia ada STR perlu Register STR (Permohonan Baharu) 2027 sekali lagi jika tiada perubahan maklumat?

Tidak perlu. Sekiranya anda merupakan penerima STR untuk tahun sebelum ini, anda tidak lagi perlu membuat Register STR (Permohonan Baharu) untuk tahun 2027. Pemohon hanya diperlukan untuk kemas kini maklumat permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat seperti bilangan tanggungan, status perkahwinan dan sebagainya

Betulkah golongan M40 turut layak menerima bantuan tunai pada Belanjawan 2027?

Ya. Sebagaimana yang dibentangkan dalam belanjawan 2027, kerajaan telah meluaskan inisiatif bantuan ini melalui SARA MADANI (SARA UNTUK SEMUA) di mana setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas termasuk golongan M40 akan menerima elaun SARA RM100 sebanyak 2 kali (RM100 sebelum Aidilfitri, dan RM100 menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka).

Baca Juga : PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

Pautan Sumber Rasmi & Talian Hotline Bantuan STR 2027

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Register STR 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : str@treasury.gov.my

Leave a Comment