STR 2027 : PERMOHONAN BARU ONLINE
š Ringkasan PantasĀ STR 2027 :
ProgramĀ STR 2027Ā (Sumbangan Tunai Rahmah) diteruskan oleh Kerajaan Malaysia dengan peruntukan dinaikkan sehingga RM16 billion bagi meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi LHDN diĀ bantuantunai.hasil.gov.my.
Bantuan tunai tahunanĀ STR 2027Ā merupakan inisiatif utama kerajaan persekutuan dalam menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Dengan penstrukturan semula belanjawan tahunan negara, kadar agihanĀ STR 2027Ā dijangka menyaksikan penambahbaikan dari segi jumlah bayaran tunai serta bantuan asas barangan dapur menerusi inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagi anda yang ingin membuat semakan status, permohonan baharu, atau mengetahui jadual rasmi pengkreditan fasa demi fasa, artikel ini menyediakan panduan paling terperinci mengenaiĀ STR 2027. Ketahui syarat kelayakan mengikut kategori isi rumah, warga emas, dan bujang, serta langkah mudah mengemaskini maklumat agar bayaran anda tidak tergendala.

Baca Juga Artikel Ini : SEMAKAN EKASIH ONLINE (SARA 2026)
1. PENGENALAN STR 2027 & OBJEKTIF BANTUAN
STR 2027Ā adalah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun kewangan 2027 yang diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bantuan tunai ini disalurkan secara terus ke dalam akaun bank penerima yang layak bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam mendepani tekanan inflasi dan kos sara hidup semasa.
Berbanding bantuan tahun-tahun sebelumnya, pelaksanaanĀ STR 2027Ā menggabungkan pangkalan data berpusat seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), e-Kasih, serta rekod percukaian LHDNM. Ini membolehkan kerajaan mengenal pasti penerima dengan kadar ketepatan yang lebih tinggi dan mengelakkan sebarang ketirisan dana awam.
2. TARIKH BAYARAN STR 2027 (FASA 1 – FASA 4)
PengagihanĀ STR 2027Ā dibahagikan kepada empat fasa utama sepanjang tahun bagi memastikan aliran tunai berterusan kepada keluarga berpendapatan rendah. Jadual jangkaan pembayaran rasmi adalah seperti berikut :
- Fasa 1 :
- Januari 2027 (Untuk persiapan pembukaan sekolah & Tahun Baru Cina)
- Fasa 2 :
- Mac 2027 (Untuk persiapan perayaan Aidilfitri)
- Fasa 3 :
- Ogos 2027 (Untuk penghargaan hari Kebangsaan)
- Fasa 4 :
- November 2027 (Untuk persediaan akhir tahun)
*Nota Penting: Tarikh tepat bayaran setiap fasaĀ STR 2027Ā tertakluk kepada pengumuman rasmi Menteri Kewangan Malaysia beberapa hari sebelum tarikh pemindahan dana dilakukan.

3. JUMLAH BANTUAN STR 2027 MENGIKUT KATEGORI
Kadar bayaranĀ STR 2027Ā ditentukan berdasarkan pendapatan bulanan isi rumah dan bilangan anak tanggungan yang sah. Selain itu, semua penerima akan turut layak menerima peruntukan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Kategori Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM200 | RM1,800 |
| 1 – 2 orang anak | RM600 | RM1,800 |
| 3 – 4 orang anak | RM1,100 | RM1,800 |
| >5 orang anak | RM1,600 | RM1,800 |
- Kategori Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang anak | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang anak | RM700 | RM1,200 |
| >5 orang anak | RM950 | RM1,200 |
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan tidak lebih RM5,000 sebulan) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada anak yang masih tanggungan | RM600 | RM600 |
- Kategori Bujang (Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada anak | – | RM600 |
*Nota : Penerima STR yang berdaftar serta tersenarai dalam rekod data e-Kasih akan menerima tambahan SARA sebanyak RM1,200 untuk Isi Rumah dan bujang serta warga emas masing-masing akan terima RM600.
4. SYARAT KELAYAKAN PENUH PEMOHON STR 2027
Sebelum menghantar borang permohonan atau rayuan bagiĀ STR 2027, pastikan anda dan pasangan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri :
šØāš©āš§āš¦
1. Kategori Isi Rumah
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berkahwin; atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Duda yang mempunyai anak tanggungan sah.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
š§
2. Kategori Warga Emas
- Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas pada tahun 2027.
- Bujang atau tiada pasangan atau tiada anak tanggungan sah.
- Pendapatan kasar bulanan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
šāāļø
3. Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS (kecuali berstatus OKU).
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
5. BILA BOLEH MULA MOHON STR 2027?
Untuk penerimaan Bantuan STR 2027, kerajaan telah membuka permohonan baharu mengikut tarikh seperti berikut :
- š¢ Permohonan secara manual melalui borang di kaunter Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dibuka bermula 1 Oktober 2026 (Khamis).
- š» Permohonan secara online (atas talian) melalui Portal Rasmi MySTR dibuka bermula 15 Oktober 2026 (Khamis).
6. PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN STR 2027
Bagi yang ingin kemukakan permohonan STR 2027 secara online (atas talian), ikuti panduan lengkap langkah demi langkah untuk mohon di Portal Rasmi MySTR :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di :Ā https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatusĀ Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatusĀ Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatusĀ Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- āPermohonan berjaya dihantarā akan dipaparkan.
- Selesai.
7. SENARAI DOKUMEN PENTING UNTUK PERMOHONAN STR 2027
Kegagalan memuat naik dokumen sokongan yang sah merupakan punca utama permohonanĀ STR 2027Ā ditolak atau berstatus tidak lulus. Sila sediakan dokumen berikut terlebih dahulu :
- āSalinan Sijil Perkahwinan / Nikah:Wajib bagi pemohon kategori isi rumah berkahwin.
- āSijil Kematian Pasangan / Sijil Cerai:Wajib bagi status ibu/bapa tunggal atau balu/duda.
- āSijil Lahir Anak (MyKid / MyKad):Bagi membuktikan tanggungan sah di bawah umur 18 tahun atau 25 tahun jika masih menuntut di IPTA.
- āKad OKU (Jika Berkaitan):Salinan pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak istimewa tanpa had umur.
- āSalinan Penyata Bank:Memastikan nombor akaun dan nama pemegang akaun sepadan dengan nama pemohon pada kad pengenalan.
8. KAEDAH PENYALURAN BAYARAN STR 2027
Dua (2) pilih kaedah penyaluran bayaran STR 2027 disediakan oleh Kerajaan supaya dapat memudahkan penerima menerima bayaran tanpa berlaku keciciran.
Kredit Terus Ke Akaun Bank
Dana bantuan dipindahkan terus secara automatik melalui sistem pemindahan rentas bank (GIRO/DuitNow) ke akaun pilihan pemohon seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, BSN, AmBank, Public Bank, dan bank tempatan sah yang lain.
- Wajib akaun simpanan nama sendiri pemohon.
- Akaun mesti berstatus aktif (bukan dorman atau disekat).
- Akaun bersama (joint account) atau akaun syarikat tidak diterima.
Penunaian Kaunter BSN
Dikhaskan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau mengalami masalah akaun gagal kredit (GKL). Penunaian tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
- Kad Pengenalan asal (MyKad) pemohon.
- Nombor Siri Baucar MySTR yang dijana melalui portal LHDN.
- Surat pengesahan wakil (jika uzur / diwakilkan kepada waris sah).
