SEMAKAN EKASIH ONLINE (SARA 2026)
Panduan rasmi yang lengkap cara semakan eKasih online (status pendaftaran eKasih ICU JPM) secara dalam talian, serta bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pengenalan eKasih & Kepentingan Semakan eKasih Online 2026
Sistem eKasih merupakan sebuah pangkalan data profil kemiskinan nasional yang dibangunkan serta diselia sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Tujuan utama sistem eKasih adalah bagi merekod dan mengklasifikasikan data Ketua Isi Rumah (KIR) serta Ahli Isi Rumah (AIR) yang berada di bawah paras kemiskinan.
Dengan pendaftaran eKasih, penerima layak menerima bantuan utama yang disediakan oleh Kerajaan dengan kadar maksimum merangkumi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2026).
Artikel ini menyediakan panduan mengenai cara semakan eKasih online untuk mengetahui status pendaftaran bagi mereka yang telah berdaftar. Panduan lengkap semakan eKasih online ini disediakan khas bagi membantu rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) yang pendapatan bulanan Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa untuk menyemak status pendaftaran kemiskinan (Miskin atau Miskin Tegar).
Fakta Penting eKasih 2026 (ICU JPM) : eKasih bukanlah sebuah agensi pemberi wang tunai secara terus, sebaliknya ia bertindak sebagai bank data kemiskinan berpusat yang mengandungi maklumat kemiskinan Isi Rumah. Isi Rumah yang pendapatan bulanan di bawah Garis Kemisinan (PGK) semasa yang berdaftar dalam Sistem eKasih ini layak menerima bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dengan kadar bayaran maksimum.
Contohnya : Sekiranya pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan pendaftar eKasih (Golongan Miskin atau Miskin Tegar), mereka layak menerima bantuan tambahan STR iaitu (Sumbangan Asas Rahmah) dengan kadar bayaran maksimum.
Semakan eKasih Online
Semakan eKasih online adalah cara semakan paling mudah dan pantas di mana anda hanya memerlukan rangkaian internet di mana sahaja anda berada melalui pelayar telefon pintar atau komputer riba anda.
Berikut merupakan panduan lengkap rasmi cara semakan eKasih online (status pendaftaran) :

- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih2.icu.gov.my/
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
Cara Semakan SARA 2026 Online :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09 Januari 2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31 Disember 2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
Maksud Keputusan Status Semakan eKasih Online
Selepas membuat semakan eKasih online, skrin akan memaparkan status pendaftaran anda seperti berikut :
| Status Paparan Sistem | Maksud Status Rasmi | Tindakan |
|---|---|---|
| Telah Disahkan | Bancian telah selesai dijalankan dan profil anda disahkan berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa | Anda boleh memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan menerima elaun tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar maksimum sehingga RM200 per bulan |
| Telah Disemak | Dalam proses bancian di mana permohonan baharu telah diterima dalam sistem ICU JPM, namun dalam proses bancian | Tunggu pengesahan bancian |
| Ditolak | Tidak memenuhi syarat pendaftaran eKasih seperti pendapatan melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa | Tidak layak menerima SARA dengan kadar maksimum tetapi masih layak menerima SARA dengan amaun mengikut kategori kelayakan |
Syarat Kelayakan & Garis Panduan PGK Terkini
Penetapan kelayakan bagi semakan eKasih online tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia hanya terpakai kepada isi rumah yang di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) :
Syarat Pendaftaran eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR);
- Pendapatan bulanan Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Garis panduan ini membahagikan kedudukan ekonomi isi rumah kepada dua komponen utama :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia
| MISKIN TEGAR | MISKIN |
|---|---|
| RM1,236.00 | RM2,705.00 |
Hubungan Semakan eKasih Online Dengan Bantuan SARA & STR 2026

Ramai rakyat bertanya : “Mengapa saya perlu bersusah-payah berdaftar eKasih dan membuat semakan eKasih online sekiranya saya sudah memohon STR?”
Jawapannya : Perbezaan kadar bantuan yang sangat ketara antara penerima STR biasa dengan penerima yang disahkan berstatus eKasih, di mana setiap penerima STR berstatus eKasih akan menerima bantuan tambahan SARA dengan kadar maksimum.
Berikut merupakan perbezaan kadar bantuan SARA untuk penerima STR berstatus eKasih dan penerima STR biasa :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA STR (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM2,400 | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM1,800 | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM600 |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM1,200 | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM600 |
Info Penting : Setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih yang menerima kadar bayaran bulanan dengan kadar maksiumum sehingga RM200 sebulan, anda boleh menggunakan elaun tersebut untuk membeli 15 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di Kedai atau Pasar Raya di bawah Program SARA dengan pembayaran menggunakan MyKad.
15 Kategori Barangan Asas Yang Dibenarkan Menerusi SARA MyKad 2026
Untuk makluman, elaun SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan bertanda MyKasih seperti :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan (yang dibenarkan) : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
- Makanan Sejuk Beku : Sosej / Nugget
Cara Daftar Baharu Jika Status “Tiada Rekod” Dalam Semakan eKasih Online
Ramai pengguna keliru dan cuba mencari butang “Daftar Baharu” di portal online eKasih untuk membuat pendaftaran eKasih sebagai Miskin atau Miskin Tegar. Untuk makluman, sistem eKasih tidak membenarkan pendaftaran kendiri secara online demi menjaga integriti data kemiskinan dan mengelakkan tuntutan palsu.
Sekiranya pendapatan anda berada di bawah PGK, dan ingin membuat pendaftaran eKasih, berikut adalah prosedur pendaftaran rasmi :
- Hadir atau Hubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) ICU JPM
Kunjungi atau hubungi PPN ICU JPM di ibu negeri masing-masing, atau Pusat Khidmat Pejabat Daerah / Pusat Khidmat DUN terdekat.
- Sediakan Dokumen Bukti Sokongan
Bawa salinan MyKad Ketua Isi Rumah dan tanggungan, salinan sijil lahir anak, slip gaji atau surat pengesahan pendapatan daripada Penghulu/Ketua Kampung, serta bil elektrik atau air terkini kediaman.
- Proses Bancian & Lawatan Lapangan (Siasatan Di Rumah)
- Selepas borang diisi, pegawai banci ICU JPM akan menjadualkan lawatan ke kediaman anda untuk menyiasat kondisi sebenar tempat tinggal, punca pendapatan, dan kelayakan sebelum mengesahkan status dalam sistem.
Panduan lengkap langkah-langkah pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti, dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut :
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran.
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan satu persatu sehingga selesai.
- Setelah pendaftaran anda boleh membuat ikuti cara check status eKasih untuk mengetahui status pendaftaran sama ada berjaya atau tidak.
- Selesai.

Soalan Lazim (FAQ) Semakan eKasih Online, SARA & MySTR
Adakah semakan eKasih online menjamin penerimaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Tidak. Anda perlu memohon dan menerima STR 2026 terlebih dahulu, kemudian sekiranyanama Ketua Isi Rumah (KIR) atau Pasangannya tersenarai dalam pangkalan data eKasih sebagai Miskin Tegar atau Miskin anda akan layak menerima SARA dengan kadar bayaran lebih tinggi berbanding penerima STR yang tidak berdaftar eKasih.
Bagaimanakah barangan bantuan SARA 2026 ditebus menggunakan MyKad?
Penerima yang layak hanya perlu membawa MyKad (Kad Pengenalan) ke premis pasar raya atau kedai runcit di bawah Program MyKasih (seperti Mydin, 99 Speedmart) dan menyerahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk pembayaran 15 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan, dan elaun bulanan akan ditolak terus bagi pembelian barangan tersebut.
Apakah perbezaan antara semakan eKasih online dengan semakan MySTR 2026?
Sistem eKasih (ekasih2.icu.gov.my) di bawah ICU JPM merupakan pangkalan data profil kemiskinan nasional yang menyimpan rekod kemiskinan rakyat Malaysia, manakala portal MySTR (bantuantunai.hasil.gov.my) adalah sistem penyaluran bayaran tunai bantuan kerajaan.
Penerima STR yang disahkan berstatus Miskin Tegar atau Miskin dalam eKasih akan layak menerima amaun bantuan tambahan SARA dengan kadar bayaran maksimum.
Baca Juga : CARA SEMAKAN STATUS MYSTR : FASA 4 2026
Sumber Rujukan Sahih & Pautan Rasmi Kerajaan
Sebarang persoalan mengenai Cara Check Status eKasih, anda boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah ini :
- Talian Bantuan SARA : 03-7720 1800 / 03-7720 1900 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Bantuan STR : 1-800-88-2747
- Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my
- Portal Bantuan Tunai STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi eKasih : https://ekasih2.icu.gov.my/