CARA CHECK BAKI SARA : SEMAK BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan bersasar tanpa tunai (cashless) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Berbeza dengan bantuan tunai STR yang disalurkan terus ke dalam akaun bank peribadi penerima, bantuan SARA dikreditkan secara automatik ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan.
Oleh itu, ramai penerima tertanya-tanya bagaimana cara check baki SARA bagi memastikan wang bantuan bulanan telah berjaya dimasukkan sebelum keluar berbelanja di pasar raya panel.
Panduan langkah demi langkah yang paling terperinci mengenai cara check baki SARA secara online di portal rasmi MyKasih, cara membaca baki subsidi pada resit pembelian pasar raya MyKad, serta senarai kedai runcit panel terkini di seluruh Malaysia.

BACA JUGA : SEMAK STR (FASA 4 2026)
KAEDAH 1 : CARA CHECK BAKI SARA DI PORTAL MYKASIH
Portal rasmi MyKasih menyediakan sistem semakan status dalam talian yang membolehkan anda melihat baki semasa SARA, tarikh pengkreditan terkini, dan status kelayakan tanpa perlu beratur di kedai runcit. Ikuti cara check baki SARA di bawah :
Kaedah paling pantas, boleh disemak pada bila-bila masa melalui telefon pintar atau komputer.
Layari Laman Web Rasmi Semakan MyKasih
Buka pelayar web pada telefon pintar atau komputer anda dan pergi terus ke portal semakan status MyKasih SARA di alamat rasmi: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
Isikan 12 angka nombor kad pengenalan penerima tanpa tanda sempang (-) atau ruang kosong. Contoh: 850101105432.
Lengkapkan Kod Keselamatan (Captcha)
Perhatikan nombor atau huruf yang tertera pada kotak pengesahan Captcha di sebelah ruang input, kemudian taipkan semula ke dalam ruang yang disediakan.
Klik Butang ‘Semak Status’ & Lihat Baki SARA
Tekan butang ‘Semak Status’. Sistem akan segera memaparkan maklumat terperinci termasuk Status Kelayakan, Baki Semasa (RM), Tarikh Pengkreditan Terkini, serta Tarikh Luput penggunaan.
KAEDAH 2 : CARA CHECK BAKI SARA MELALUI RESIT PEMBELIAN
Setiap kali anda berbelanja menggunakan MyKad di pasar raya rakan niaga MyKasih (seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, atau Giant), mesin akan secara automatik mencetak baki bantuan SARA yang masih ada di bahagian bawah resit bayaran.
Langkah Mendapatkan Baki Resit:
KAEDAH 3 : CARA CHECK BAKI SARA MELALUI KAUNTER MYKASIH
Selain check baki secara online, terdapat juga cara check baki SARA secara manual. Sekiranya anda tidak mempunyai telefon pintar atau kehabisan data internet, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan pasar raya panel MyKasih yang berdekatan seperti berikut “
Proses Semakan Baki di Kaunter Pasar Raya
-
1
Serahkan kad pengenalan MyKad anda kepada juruwang bertugas di kaunter pembayaran atau kaunter khidmat pelanggan (Customer Service).
-
2
Juruwang akan memasukkan MyKad ke terminal pembaca kad pintar MyKasih untuk mengimbas data kelayakan.
-
3
Skrin terminal akan memaparkan baki peruntukan SARA anda serta-merta tanpa mengenakan sebarang caj perkhidmatan.
-
4
Anda boleh terus memilih barangan asas yang layak mengikut baki yang dinyatakan di pasar raya tersebut.

JUMLAH KREDIT SARA MENGIKUT KATEGORI PENERIMA 2026
Jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dimasukkan ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut kategori kelayakan yang telah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan data eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT SEBULAN | JUMLAH KREDIT SETAHUN |
|---|---|---|
| 🤵👰 Isi Rumah B40 + Tersenarai e-Kasih | RM200 | RM2,400 |
| 🧑🦳 Warga Emas B40 + Tersenarai e-Kasih | RM150 | RM1,800 |
| 🧑🦱 Bujang B40 + Tersenarai e-Kasih | RM100 | RM1,200 |
| 🤵👰 Isi Rumah B40 & M40 Bukan e-Kasih | RM100 | RM1,200 |
| 🧑🦳 Warga Emas B40 & M40 Bukan e-Kasih | RM50 | RM600 |
| 🧑🦱 Bujang B40 Bukan e-Kasih | RM50 | RM600 |
JADUAL TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2026
Ketahui bahawa pengkreditan Bantuan SARA adalah pada tepat waktu mengikut tarikh yang dijadualkan selama 12 bulan yang sama bagi setiap penerima seperti berikut :
| BULAN | TARIKH KREDIT | STATUS PENGKREDITAN |
|---|---|---|
| Januari | 9 & 16 Januari 2026 | Selesai |
| Februari | 1 Februari 2026 | Selesai |
| Mac | 1 Mac 2026 | Selesai |
| April | 1 April 2026 | Selesai |
| Mei | 1 Mei 2026 | Selesai |
| Jun | 1 Jun 2026 | Selesai |
| Julai | 1 Julai 2026 | Selesai |
| Ogos | 1 Ogos 2026 | Selesai |
| September | 1 September 2026 | Selesai |
| Oktober | 1 Oktober 2026 | Akan Dikreditkan |
| November | 1 November 2026 | Akan Dikreditkan |
| Disember | 1 Disember 2026 | Akan Dikreditkan |
SENARAI KEDAI TERPILIH SARA MYKASIH
Baki SARA dalam MyKad hanya boleh digunakan di lebih 10,000 cawangan pasar raya besar, pasar mini dan kedai runcit komuniti yang berdaftar di bawah rangkaian Yayasan MyKasih di seluruh Malaysia, antarannya adalah :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
*Dan pasar raya, pasar mini dan kedai runcit yang mempunyai label “Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih” (semak di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
SENARAI 15 KATEGORI BARANGAN SARA
Bagi memastikan peruntukan ini benar-benar meringankan kos sara hidup harian keluarga, sistem MyKasih telah memprogramkan MyKad supaya hanya meluluskan transaksi bagi kategori barangan asas sahaja :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Makanan Sejuk beku :
- Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
- Barang makanan ringan :
- Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA CHECK BAKI SARA
Berikut adalah antara soalan-soalan yang sering diajukkan oleh penerima berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terutamanya ‘Cara Check Baki SARA’.
Apakah cara paling cepat untuk cara check baki SARA?
Kaedah terpantas adalah dengan membuka portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus menggunakan telefon pintar anda, masukkan nombor MyKad tanpa sengkang dan selesaikan kod keselamatan. Baki semasa akan dipaparkan serta-merta tanpa perlu mendaftar akaun.
Bolehkah baki SARA dibawa ke bulan hadapan sekiranya tidak habis dibelanjakan?
Ya, baki bantuan bulanan SARA yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan (rollover) dan terkumpul sepanjang tahun kalendar berkenaan sehingga 31 Disember. Namun, anda dinasihatkan untuk membelanjakan baki tersebut sebelum tarikh luput tahun semasa kerana sebarang baki yang tidak dituntut selepas 31 Disember akan terbatal secara automatik mengikut garis panduan Kementerian Kewangan Malaysia.
Adakah baki bantuan SARA boleh dikeluarkan secara tunai melalui ATM?
Tidak boleh sama sekali. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tanpa tunai (cashless) yang dikunci khas dalam cip MyKad anda. Baki ini hanya sah digunakan untuk membayar barangan keperluan makanan asas di mesin pengimbas terminal MyKasih di pasar raya dan kedai runcit yang dilantik.
Bagaimana cara check baki SARA jika saya tiada telefon pintar atau capaian internet?
Penerima yang tiada kemudahan internet boleh menyemak baki SARA dengan cara meminta juruwang pasar raya panel (seperti Mydin atau Lotus’s) memeriksa baki pada terminal MyKasih mereka, atau melihat catatan baki subsidi pada resit pembelian terakhir anda.
Mengapa sistem MyKasih memaparkan ‘Tiada Rekod’ atau Baki RM0 semasa semakan dibuat?
Terdapat beberapa punca utama: pertama, nama anda belum disahkan dalam senarai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih bagi tahun semasa. Kedua, status permohonan STR anda mungkin tidak lengkap atau dalam rayuan. Ketiga, anda mungkin bukan penerima kategori isi rumah eKasih. Sila hubungi talian hotline LHDN di 1-800-88-2747 atau talian MyKasih di 03-7720 1800 untuk semakan lanjut.
RUJUKAN RASMI
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan CARA CHECK BAKI SARA, anda perlu berhubung terus dengan pihak berwajib di talian yang tertera di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : sara@mykasih.com
*PENAFIAN : Artikel ini kami sediakan hanya untuk rujukan berkaitan Cara Check Baki SARA untuk memudahkan carian orang ramai. Artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih dan diringkaskan untuk mudahkan fahaman orang ramai berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Namun, pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang bayaran untuk segala informasi yang telah kami kongsikan ini. Pihak kami juga tidak pernah meminta maklumat peribadi pembaca seperti ‘Nama’, ‘Nombor Kad Pengenalan’, ‘Nombor Akaun Bank’.
Semoga informasi dalam artikel ini dapat membantu memudahkan fahaman anda berkaitan Cara Check Baki SARA.