PERMOHONAN MYSTR 2027 ONLINE : KELAYAKAN FASA 1

PERMOHONAN MYSTR 2027 ONLINE : KELAYAKAN FASA 1

Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2027 menyaksikan lonjakan peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM16 bilion seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, yang akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

Portal PERMOHONAN MYSTR 2027 ONLINE kini dibuka secara rasmi bagi membolehkan rakyat Malaysia daripada kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan membuat permohonan serta mengemas kini maklumat peribadi bagi menerima bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2027.

📌 Ringkasan Penting Permohonan MySTR 2027 Online

Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Peruntukan Belanjawan 2027 : RM16 Bilion (STR & SARA)

Seramai 9 juta warganegara Malaysia layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027

Kaedah Permohonan : Secara atas talian (online) sepanjang tahun di Portal MySTR

Kategori Penerima : Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan Bujang

Setiap penerima STR 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun

Pemberian SARA MADANI RM100 sebanyak 2 Kali kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas

Apa Itu STR 2027?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 merupakan program bantuan tunai langsung kerajaan persekutuan yang bermatlamat untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, menangani inflasi makanan, serta menyokong kesejahteraan ekonomi isi rumah rentan. Melalui pembentangan Belanjawan 2027, kerajaan telah bersetuju menaikkan peruntukan gabungan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion. Peningkatan peruntukan ini memastikan tiada lagi golongan yang memerlukan tercicir daripada jaringan keselamatan sosial negara.

Portal permohonan MySTR 2027 online juga dibuka lebih awal dan dibuka sepanjang tahun bagi memastikan golongan yang layak dapat memohon dan menerima bantuan tunai Kerajaan.

Syarat Kelayakan Permohonan MySTR 2027 Online

Sebelum membuat permohonan MySTR 2027 online, pemohon dinasihatkan menyemak syarat kelayakan asas mengikut kategori yang ditetapkan :

  • Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahWarganegara Malaysia;

Berkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Warga Emas Tanpa PasanganWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Bujang :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
BujangWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19 tahun sehingga 59 tahun;

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

Kadar Bayaran STR & Tambahan SARA

Jumlah bantuan yang diterima pemohon sekiranya permohonan MySTR 2027 online menunjukkan status “Layak”, adalah bergantung kepada kategori penerima, status perkahwinan, jumlah pendapatan bulanan, serta bilangan anak tanggungan.

Penambahan inisiatif SARA (kredit barangan keperluan asas melalui MyKad) juga menjadikan jumlah keseluruhan bantuan meningkat secara ketara.

Berikut merupakan jumlah maksimum bayaran STR & SARA sekiranya anda lulus permohonan MySTR 2027 Online :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR 2027JUMLAH SARA
Isi Rumah
berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM600
Anak 3 hingga 4 : RM1,100
Anak 5 dan Ke atas : RM1,600
Akan dikemaskini
Isi Rumah
berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Akan dikemaskini
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600Akan dikemaskini
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARAAkan dikemaskini

Jadual & Tarikh Pembayaran STR 2027 (4 Fasa Bayaran)

Pembayaran bagi pemohon yang berjaya dalam permohonan MySTR 2027 online diagihkan secara berperingkat menerusi empat fasa utama sepanjang tahun kalendar 2027 seperti berikut :

Pembayaran STR dibahagikan kepada empat fasa utama sepanjang tahun, dan semakan sumbangan tunai rahmah adalah seperti jadual di bawah :

Fasa Bayaran Tarikh Pembayaran Kaedah Penyaluran Status Fasa
Fasa 1 Belum diumumkan dan akan dikemaskini Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN Akan Datang
Fasa 2 Belum diumumkan dan akan dikemaskini Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN Akan Datang
Fasa 3 Belum diumumkan dan akan dikemaskini Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN Akan Datang
Fasa 4 Belum diumumkan dan akan dikemaskini Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN Akan Datang

Panduan Langkah Demi Langkah Permohonan MySTR 2027 Online

Bagi memastikan permohonan anda diproses tanpa sebarang masalah teknikal, sila ikuti panduan lengkap permohonan MySTR 2027 online seperti yang digariskan di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

Senarai Dokumen Sokongan Yang Wajib Disediakan Untuk Permohonan MySTR 2027 Online

Bagi menjamin kelulusan lancar sewaktu proses permohonan MySTR 2027 online, sediakan salinan digital dokumen sokongan berikut mengikut situasi anda :

  • Pemohon Berkahwin:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
    • Pasangan : Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
    • Anak (Jika Berkaitan) :
      • Anak Kandung : Salinan Sijil Lahir, dan Salinan MyKad / MyKid
      • Anak Angkat : Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
  • Individu (OKU) Orang Kurang Upaya :
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19-20 tahun pada tahun 2027.

Cara Semakan Status Permohonan MySTR 2027 Online

Setelah borang dihantar, anda boleh menyemak status permohonan MySTR 2027 online menerusi portal rasmi untuk mengetahui status permohonan.

Berikut adalah langkah menyemak status permohonan MySTR 2027 Online :

  1. Layari ke pautan rasmi Portal Permohonan MySTR 2027 Online di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status Permohonan MySTR 2027 online, anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

Kaedah Pembayaran Bantuan MySTR 2027

Terdapat dua kaedah utama penerimaan wang bantuan, sekiranya permohonan MySTR 2027 online, menunjukkan status anda layak :

1 Pengkreditan Terus ke Akaun Bank

Duit bantuan akan disalurkan terus secara automatik ke dalam akaun bank simpanan peribadi pemohon atau pasangan yang telah didaftarkan dan berstatus aktif.

2 Penunaian Tunai di Kaunter Bank BSN

Kaedah ini dikhaskan kepada penerima yang tiada akaun bank,atau penerima yang akaun banknya berstatus “Gagal Kredit” (akaun tidak aktif / nama tidak sepadan). Anda hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad Asal.

Baca juga : REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Permohonan MySTR 2027 Online

Berikut merupakan soalan-soalan yang sering menjadi tanda tanya pemohon STR 2027 :

Adakah saya perlu memohon semula jika sudah menerima STR tahun sebelumnya?

Tidak perlu. Namun, sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat peribadi, status perkahwinan, atau bilangan anak, pengemaskinian adalah digalakkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun bagi memastikan proses penyaluran bayaran untuk setiap fasa berjalan dengan lancar.

Apakah itu program SARA dan bagaimana ia dikreditkan?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan kepada penerima STR dalam bentuk barangan keperluan asas di mana elaun bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengengalan) penerima, dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, telur dan sebagainya di pasar raya dan kedai runcit terpilih yang berdaftar.

Bolehkah pelajar universiti memohon kategori bujang?

Tidak boleh. Pelajar IPTA/IPTS yang mengikuti pengajian sepenuh masa tidak layak memohon kategori bujang.

Saluran Bantuan, Hotlink & Pautan Rasmi

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan khusus mengenai Permohonan MySTR 2027 Online, anda boleh hubungi saluran perhubungan rasmi berikut :

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment