SEMAKAN MYSTR (FASA 4 2026)
Melalui SEMAKAN MYSTR, setiap warganegara Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang telah memohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 (sama ada pemohon baharu atau pemohon sedia ada) untuk mengetahui status kelulusan bantuan tunai kerajaan ini.
Bagi tahun 2026, peruntukan bantuan tunai telah ditingkatkan kepada rekod tertinggi bagi menampung kenaikan kos sara hidup. Di samping itu, inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus diperluas secara kredit MyKad bagi pembelian barangan makanan asas di pasar raya terpilih seluruh Malaysia.
Semakan rasmi di Portal MYSTR amat penting untuk setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Malaysia mengakses dengan pautan yang tepat dan selamat untuk tujuan semakan status permohonan, status kelayakan bayaran fasa 4 2026, jumlah bayaran yang layak diterima, serta status kelayakan penerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026. Oleh itu, akses kepada portal SEMAKAN MYSTR membolehkan penerima menyemak amaun kelayakan, serta tarikh kemasukan wang ke akaun bank dengan maklumat yang tepat.
Bagaimanakah semakan MySTR fasa 4 2026?

Syarat Kelayakan SEMAKAN MYSTR Mengikut Kategori
Berdasarkan maklumat rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 yang dikeluarkan oleh pihak LHDNM, kelayakan pemohon ditentukan secara teliti mengikut data agensi rasmi termasuk JPN, KWSP, LHDNM dan eKasih.
Berikut adalah 4 kategori utama yang layak melakukan SEMAKAN MYSTR :
A. Kategori Isi Rumah
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Duda (Ada Anak) mengikut undang-undang.
- Jumlah pendapatan kasar bulanan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan Ke atas.
- Bujang, Tiada Pasangan atau Balu/Duda yang TIDAK MEMPUNYAI ANAK atau TANGGUNGAN.
- Jumlah Pendapatan Bulanan Warga Emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
C. Kategori Bujang
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (pelajar IPT tidak layak memohon kategori bujang).
- Jumlah Pendapatan Bulanan Bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
D. Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
- Berdaftar secara sah dan memegang Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Jumlah Pendapatan Bulanan Bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
Jadual Jumlah Bayaran STR 2026 & Tambahan SARA
Bagi penerima yang lulus SEMAKAN MYSTR, kadar bayaran yang diterima adalah bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan serta jumlah bilangan anak tanggungan yang sah.
Jadual berikut memaparkan kadar penuh bantuan tunai STR 2026 serta kadar tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Jumlah Bayaran STR 2026 :
Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 1 – 2 Anak | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM1,200 |
| 3 – 4 Anak | RM400 | RM450 | RM450 | RM400 | RM1,700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM500 | RM600 | RM600 | RM500 | RM2,200 |
Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM100 | RM100 | RM0 | RM0 | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM100 | RM100 | RM150 | RM100 | RM450 |
| 3 – 4 Anak | RM150 | RM200 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM200 | RM250 | RM250 | RM250 | RM950 |
Warga Emas Tanpa Pasangan :
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|---|---|
| RM150 | RM150 | RM150 | RM150 | RM600 |

