SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif penyaluran bantuan tunai terbesar Kerajaan Malaysia bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat golongan B40 dan M40.Inisiatif bantuan tunai ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan di bawah kerangka Ekonomi MADANI untuk menjamin kesejahteraan rakyat yang berkelayakan.
Untuk urusan SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH, pemohon baharu atau penerima sedia ada boleh mengakses secara dalam talian melaui portal rasmi MySTR.
Melalui proses semakan Sumbangan Tunai Rahmah secara dalam talian, pemohon boleh menyemak status kelayakan, tarikh pengkreditan bayaran Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4, maklumat nombor akaun bank yang didaftarkan, serta jumlah keseluruhan bantuan tunai yang layak diterima mengikut kategori isi rumah, warga emas, atau bujang.
Sekiranya semakan Sumbangan Tunai Rahmah untuk permohonan, menunjukkan anda telah lulus pada tahun sebelumnya serta tiada sebarang perubahan maklumat peribadi seperti status perkahwinan dan sebagainya, bayaran akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank anda mengikut jadual yang ditetapkan.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan kewangan Kerajaan Malaysia yang menggantikan program bantuan tunai terdahulu seperti BKM, BPR, dan BSH, dengan penambahbaikan kadar agihan serta peluasan kategori penerima.
Bagi menjayakan program ini, data penerima disepadukan bersama pangkalan data kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta sistem pangkalan data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah Mengikut Kategori
Syarat kelayakan dan kriteria pemohon untuk semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengikut kategori permohonan adalah seperti berikut :

Kategori Isi Rumah :
| Status Perkahwinan | Pendapatan Bulanan Isi Rumah |
|---|---|
|
Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) |
RM5,000 dan ke bawah. |
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
| Status Perkahwinan | Had Umur | Pendapatan Bulanan Warga Emas |
|---|---|---|
|
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
Berumur 60 tahun dan ke atas | RM5,000 dan ke bawah |
Kategori Bujang :
| Status Perkahwinan | Had Umur | Pendapatan Bulanan Bujang |
|---|---|---|
|
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
Berumur 21 sehingga 59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas |
RM2,500 dan ke bawah |
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (Jadual Penuh)
Berapakah amaun yang bakal anda perolehi selepas membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah? Berikut jumlah bayaran yang ditetapkan oleh Kerajaan :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah) | ||||||
| Isi Rumah | Tiada Anak (0) | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 1 – 2 Orang Anak | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM1,200 | |
| 3 – 4 Orang Anak | RM400 | RM450 | RM450 | RM400 | RM1,700 | |
| 5 Orang Anak Ke Atas | RM500 | RM600 | RM600 | RM500 | RM2,200 | |
| 2. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000) | ||||||
| Isi Rumah | Tiada Anak (0) | RM100 | RM100 | RM0 | RM0 | RM200 |
| 1 – 2 Orang Anak | RM100 | RM100 | RM150 | RM100 | RM450 | |
| 3 – 4 Orang Anak | RM150 | RM200 | RM200 | RM150 | RM700 | |
| 5 Orang Anak Ke Atas | RM200 | RM250 | RM250 | RM250 | RM950 | |
| 3. Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 Tahun Ke Atas) | ||||||
| Warga Emas | Tiada Pasangan | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 | RM600 |
| 4. Kategori Bujang & Golongan OKU (Umur 21 – 59 Tahun) | ||||||
| Bujang / OKU | RM50 Setiap Bulan melalui bantuan SARA (Bermula Januari sehingga Disember) | RM600 | ||||
Jadual Tarikh Pembayaran STR 2026 (Fasa 1, 2, 3 & 4)
Pembayaran STR dibahagikan kepada empat fasa utama sepanjang tahun, dan semakan sumbangan tunai rahmah adalah seperti jadual di bawah :
| Fasa Bayaran | Tarikh Pembayaran | Kaedah Penyaluran | Status Fasa |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Selesai |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Selesai |
| Fasa 3 | 15 Ogos 2026 | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Selesai |
| Fasa 4 | Belum Diumumkan | Kredit Terus Akaun Bank / Tunai BSN | Akan Datang |
Cara Buat Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Melalui MySTR
Untuk memastikan semakan Sumbangan Tunai Rahmah menunjukkan anda layak menerima bantuan mengikut fasa yang dijadualkan, anda dinasihatkan membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah secara berkala.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah yang sahih untuk log masuk ke portal MySTR untuk semakan Sumbangan Tunai Rahmah :
Langkah Semakan Sumbangan Tunai Rahmah FASA 4 Secara Online
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
Klik (Ya) sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Nama pemohon;
- No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
- Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
- Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
- Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
Panduan Permohonan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah 2026
Bagi pemohon yang mendapati status semakan Sumbangan Tunai Rahmah mereka tidak berjaya atau ingin mengemaskini maklumat seperti bilangan anak, status perkahwinan dan sebagainya, anda boleh membuat permohonan rayuan dalam tempoh rayuan dibuka secara rasmi oleh Kerajaan.
SALURAN PERMOHONAN RAYUAN STR :
- Secara Dalam Talian (Online) : Melalui Portal MySTR di menu “Permohonan Rayuan” dengan memuat naik salinan imbasan (softcopy) dokumen sokongan dalam format PDF atau imej JPEG dalam tempoh permohonan rayuan dibuka.
- Secara Fizikal di Kaunter Pejabat Hasil : Mengisi Borang Permohonan Rayuan (BK-04) dan menyerahkan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan di mana-mana cawangan Pejabat Hasil terdekat dalam tempoh permohonan rayuan dibuka.
Kaedah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah
Penyaluran duit Sumbangan Tunai Rahmah 2026 dilakukan menerusi dua kaedah utama rasmi yang ditetapkan seperti berikut :
1 Pengkreditan Terus ke Akaun Bank
Duit bantuan akan disalurkan terus secara automatik ke dalam akaun bank simpanan peribadi pemohon atau pasangan yang telah didaftarkan dan berstatus aktif.
2 Penunaian Tunai di Kaunter Bank BSN
Kaedah ini dikhaskan kepada penerima yang tiada akaun bank,atau penerima yang akaun banknya berstatus “Gagal Kredit” (akaun tidak aktif / nama tidak sepadan). Anda hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad Asal.
Soalan Lazim (FAQ) Semakan Sumbangan Tunai Rahmah
Berikut adalah jawapan kepada persoalan yang paling kerap diajukan oleh rakyat Malaysia mengenai maklumat Semakan Sumbangan Tunai Rahmah termasuk status bayaran, rayuan, dan kelayakan di Portal MySTR 2026:
Apakah yang perlu dibuat jika akaun bank pemohon berstatus “Tidak Aktif” atau “Gagal Kredit”?
Sekiranya bayaran STR berstatus gagal kredit (cth: akaun bank tidak aktif, atau ditutup) pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan membawa MyKad (Kad Pengenalan) asal untuk membuat penunaian tunai di kaunter bank.
Adakah penerima STR sedia ada perlu membuat permohonan baharu setiap tahun?
Penerima STR tahun terdahulu tidak perlu memohon semula. Namun, sekiranya mempunyai sebarang perubahan maklumat atau tidak kemas kini maklumat permohonan selama tiga tahun berturut-turut, anda dikehendaki log masuk ke Portal MySTR sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengemas kini maklumat jika berlaku perubahan status perkahwinan, pendapatan, bilangan anak, atau nombor akaun bank, dan untuk memastikan proses pengkreditan bayaran berjalan dengan lancar dan berstatus “Lulus”.
Adakah penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 turut menerima bantuan tambahan SARA?
Ya, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 4 sama ada kategori Miskin Tegar dan Miskin yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih ATAU BUKAN eKasih akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik sebagai bantuan tambahan melalui MyKad (Kad Pengenalan) pada setiap bulan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya terpilih dan berdaftar di bawah Program SARA MyKasih.
Baca Juga : CARA CHECK STATUS EKASIH : CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026
Saluran Bantuan & Hotline Rasmi LHDNM / MOF
Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan semasa membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah 2026, seperti terlupa kata laluan MySTR, atau mempunyai pertanyaan khusus mengenai kelayakan anda, anda boleh hubungi saluran perhubungan rasmi berikut :
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 (Waktu Bekerja: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
- Semakan HANYA dibuat di pautan rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Penafian
Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.
Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.
Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.
Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf