SEMAKAN BAYARAN SARA : CARA SEMAK BAKI MYKAD 2026
Proses SEMAKAN BAYARAN SARA kini menjadi tumpuan utama jutaan rakyat Malaysia berikutan penyaluran elaun bantuan tanpa tunai secara bulanan di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Program berimpak tinggi ini diteruskan dengan penambahbaikan pelaksanaan di mana kategori bujang turut layak menerima bantuan ini untuk tahun 2026, bagi memastikan keperluan asas harian setiap isi rumah, warga emas, dan individu bujang yang memerlukan dapat dipenuhi dan mencukupi untuk menampung perbelanjaan barang keperluan asas.
Apakah Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan satu inisiatif bantuan barangan keperluan asas termasuk barangan dapur yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bantuan tambahan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk penerima yang berdaftar dalam pangkalan eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar, serta bukan eKasih.
Matlamat utama SARA adalah bagi memastikan bantuan kewangan kerajaan dibelanjakan secara terus untuk barangan keperluan asas, sekaligus mengelakkan risiko penyalahgunaan dana bantuan untuk tujuan tidak sepatutnya.
Ramai orang sering keliru antara Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk makluman, bantuan STR disalurkan dalam bentuk wang tunai terus ke dalam akaun bank penerima yang boleh dikeluarkan di mesin ATM. Manakala SARA pula adalah elaun tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di pasar raya dan kedai runcit rakan niaga berdaftar.
Cara Buat SEMAKAN BAYARAN SARA di Portal Rasmi (sara.gov.my)
Untuk mengetahui sama ada nama anda tersenarai atau tidak sebagai penerima bulanan SARA, dan menegtahui baki kredit SARA dalam MyKad, anda boleh membuat semakan bayaran SARA dengan pantas tanpa perlu beratur di kaunter fizikal secara online.
Berikut merupakan langkah demi langkah semakan bayaran SARA secara online :
- Layari Portal Rasmi Semakan Bayaran SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan & Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status) untuk semakan bayaran SARA.
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkini (RM) | 200.00 |
Cara Semakan Bayaran SARA Melalui Portal MySTR LHDNM
Selain portal sara.gov.my, semakan bayaran SARA juga boleh disahkan secara terus melalui Portal MySTR seperti berikut :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Semakan Bayaran SARA & Kelayakan;
- Selesai.
Jadual Tarikh Semakan Bayaran SARA Bulanan 2026
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) pada 1 haribulan setiap bulan.
Ramai penerima bertanya, “Bila duit SARA masuk ke dalam MyKad dan berapakah jumlahnya?”. Berdasarkan jadual rasmi yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), elaun SARA disalurkan secara konsisten pada setiap bulan.
Penerima yang layak boleh membuat semakan bayaran sara mengikut jadual rasmi berikut :
| Tarikh Bayaran | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH | Status | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | Warga Emas | Bujang | Isi Rumah | Warga Emas | Bujang | ||
| 09/01/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/02/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/03/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/04/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/05/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/06/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/07/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/08/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/09/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ✓ Selesai Kredit |
| 01/10/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | ⏳ Sedang Diproses |
| 01/11/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | Akan Datang |
| 01/12/2026 | RM 200 | RM 150 | RM 100 | RM 100 | RM 50 | RM 50 | Akan Datang |
Untuk makluman, baki bulan semasa yang tidak habis digunakan tidak akan luput, dan akan di bawah ke bulan seterusnya dan baki lama akan ditambahkan bersama elaun bulan semasa. Namun, pastikan kesemua baki dimanfaatkan sepenuhnya sebelum 31 Disember 2026.
Kategori Kelayakan & Jumlah Bantuan SARA Diterima
Untuk membuat semakan bayaran SARA, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan bantuan. Kadar kelayakan bayaran SARA ditentukan berdasarkan data STR dan eKasih seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Kategori Isi Rumah | Total Setahun RM2,400 | Total Setahun RM1,200 |
| Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan | Total Setahun RM1,800 | Total Setahun RM600 |
| Kategori Bujang | Total Setahun RM1,200 | Total Setahun RM600 |

Panduan Lengkap Menggunakan MyKad di Kaunter Pasar Raya MyKasih
Penerima yang layak boleh membuat semakan bayaran SARA dan membuat pembelian barangan keperluan dengan pembayaran menggunakan MyKad di kedai berdaftar dengan mengikuti 4 langkah utama seperti berikut :

Senarai 15 Kategori Barangan Yang Diluluskan Bayaran SARA
Berikut merupakan kategori barangan SARA yang diluluskan :
- Colgate
- Kotex
- Dettol
- Ubat Gigi
- Tuala Wanita
- Sabun Mandi
- Prospan
- Difflam
- Hurix’s
- Panadol
- Sterimar
- Stabilo
- Faber-Castell
- Bata
- Staedtler
- Canggih
- Alat Tulis
- Pakaian Sekolah
- Jasmine
- Jati
- Bernas
- Faiza
- Cap Rambutan
- Gardenia
- Massimo
- Mighty White
- Nutriplus
- QL Eggs
- CP
- Telur Gred A/B/C/Omega
- Sri Murni
- Saji
- Alif
- Daisy
- Buruh
- Knife
- Vesawit
- Cap Sauh
- Cap Lili
- Faiza
- Cap Ros
- BlueKey
- Julie’s
- Tiger
- Munchy’s
- Chipsmore
- Jacob’s
- Hwa Tai
- Hup Seng
- Indomie
- Mamee
- Maggi
- Cintan
- Mi Sedaap
- Teh Boh
- Milo
- Dutch Lady
- F&N
- Nescafe
- Horlicks
- Vico
- Marigold
- Quaker
- Fernleaf
- Ayam Brand
- Yeo’s
- Adabi
- Kimball
- TC Boy
- King Cup
- Sos Puteri
- Kimball
- Life
- Jalen
- Cap Kipas Udang
- Tamin
- Maggi
- Faiza
- Planta
- Sabun Pencuci Baju
- Pencuci Lantai
- Pencuci Pinggan
- Nugget
- Sosej
- Burger Patties
Soalan Lazim (FAQ) Semakan Bayaran SARA
Adakah baki elaun bulanan SARA yang tidak habis dibelanjakan akan luput?
Tidak! Baki bantuan bulanan SARA dalam MyKad tidak akan luput pada akhir bulan tersebut dan akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, penerima dinasihatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya baki bantuan sebelum tarikh akhir tahun semasa (31 Disember) kerana akan luput secara automatik bagi tahun 2026, dan peruntukan tahun baharu akan dikemas kini mengikut dasar Belanjawan berikutnya.
Apakah yang perlu dilakukan jika MyKad rosak, cip tidak dapat dibaca?
Jika MyKad anda rosak, anda perlu segera menukar kad baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan.
Siapakah yang layak menerima dan membuat semakan bayaran SARA?
Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang Miskin dan Miskin Tegar eKasih, dan bukan eKasih.
Baca Juga : LOGIN EKASIH : SEMAKAN SARA MYKASIH 2026
Pautan Rasmi Kerajaan & Talian Bantuan
- Talian Bantuan MyKasih : 03-7720 1800 / 03-7720 1900 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Bantuan Hotlink BKK Hasil : 1-800-88-2747
- Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my
- Portal Bantuan Tunai STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf