LOGIN EKASIH : SEMAKAN SARA MYKASIH 2026
Portal login eKasih sering disalah anggap oleh rakyat Malaysia di mana ramai mengaggap bahawa sistem ini digunakan untuk semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dan masih lagi login eKasih. Untuk makluman, Sistem eKasih ialahPangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri khusus untuk pendaftaran dan semakan status pendaftaran isi rumah miskin serta miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Sekiranya anda ingin menyemak kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda perlu log masuk ke Portal Rasmi mySTR atau Portal Rasmi SARA.
Carta Alir Hubungan Data eKasih Dengan STR & SARA 2026
Carta Alir: Hubungan Data eKasih Dengan STR & SARA 2026
eKasih (ICU JPM)
Pangkalan data kemiskinan nasional (Miskin Tegar / Miskin mengikut PGK).
Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan kewangan Kerajaan dalam bentuk tunai secara berfasa (4 Fasa).
SARA (MyKasih)
Bantuan Tambahan Bulanan (Barangan Asas) melalui MyKad kepada semua penerima STR (eKasih atau bukan eKasih).
Pengenalan Sistem Login eKasih
Carian login ekasih sering menjadi tumpuan utama jutaan rakyat Malaysia pada setiap kali pengumuman bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikeluarkan. Namun begitu, masih ramai yang keliru tentang fungsi sebenar portal ini.
Secara fakta rasminya, eKasih merupakan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan dan diselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Pangkalan data ini berfungsi sebagai pusat maklumat yang merekodkan profil isi rumah berpendapatan rendah di seluruh Malaysia mengikut kriteria Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
Ramai rakyat menganggap bahawa mereka perlu membuat pendaftaran akaun dan mencipta kata laluan untuk melakukan login ekasih. Fakta yang sebenarnya ialah: Portal login eKasih untuk orang awam TIDAK memerlukan akaun kata laluan. Orang awam hanya perlu menggunakan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) bagi menyemak status permohonan dan pendaftaran mereka. Akses log masuk dengan kata laluan hanya dikhaskan kepada pegawai pentadbir ICU JPM, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), dan Pejabat Daerah.
Sekiranya anda ingin menyemak pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), proses log masuk yang sebenar dilakukan di Portal rasmi mySTR dan semakan di Portal Rasmi SARA.
Perbezaan Antara eKasih, STR 2026, dan SARA 2026
Bagi mengelakkan kekeliruan semasa sama ada untuk login ekasih, login MySTR atau login SARA, berikut merupakan keterangan ringkas yang boleh anda rujuk :
- eKasih (ICU JPM): Pangkalan data induk yang menyimpan status sosioekonomi keluarga anda sama ada tergolong dalam kategori Miskin Tegar, Miskin, atau Terkeluar Dari Kemiskinan.
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Program bantuan tunai Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40 & M40).
- Individu yang sah berstatus Miskin Tegar dalam eKasih akan menerima peruntukan kadar maksimum tertinggi.
- Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berdaftar Sistem eKasih sebagai penerima Miskin atau Miskin Tegar, anda akan menerima bantuan tambahan STR melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun bayaran lebih tinggi berbanding penerima tidak berdaftar eKasih.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Bantuan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) sebagai bantuan tambahan kepada semua penerima STR khusus untuk membeli barangan keperluan asas terpilih di pasar raya rakan niaga di seluruh negara.

Login eKasih
Berikut merupakan panduan lengkap cara login eKasih untuk semak status pendaftaran sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar :
- Layari Portal Rasmi Login eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
Panduan Log Masuk MySTR
Berikut merupakan panduan lengkap langkah demi langkah cara log masuk Portal MySTR secara dalam talian (online) :
- Layari pautan rasmi Kerajaan di Portal mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Kemudian, Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
- Sahkan frasa keselamatan.
- Klik (Ya) jika sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Isikan kata laluan akaun MySTR anda, yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Kemudian, klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya Log Masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Seterusnya, pilih Menu “Semakan Permohonan STR”.
- Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
- Nama pemohon;
- No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
- Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
- Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
- Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
- Selesai.
Semak SARA MyKasih
Sekiranya anda ingin membuat semakan SARA MyKasih, berikut adalah langkah-langkah rasmi cara login SARA melalui portal semakan status MyKasih dan sara.gov.my :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan & Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkini (RM) | 200.00 |
Jadual Rasmi Kadar Bayaran SARA 2026: Status eKasih vs Bukan eKasih
Tarikh pengkreditan bulanan rasmi (Januari hingga Disember 2026) dan jumlah keseluruhan setahun.
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah |
9 Januari 2026 : RM200 1 Februari 2026 : RM200 1 Mac 2026 : RM200 1 April 2026 : RM200 1 Mei 2026 : RM200 1 Jun 2026 : RM200 1 Julai 2026 : RM200 1 Ogos 2026 : RM200 1 September 2026 : RM200 1 Oktober 2026 : RM200 1 November 2026 : RM200 1 Disember 2026 : RM200
Total Setahun : RM2,400
|
9 Januari 2026 : RM100 1 Februari 2026 : RM100 1 Mac 2026 : RM100 1 April 2026 : RM100 1 Mei 2026 : RM100 1 Jun 2026 : RM100 1 Julai 2026 : RM100 1 Ogos 2026 : RM100 1 September 2026 : RM100 1 Oktober 2026 : RM100 1 November 2026 : RM100 1 Disember 2026 : RM100
Total Setahun : RM1,200
|
| Warga Emas Tiada Pasangan |
9 Januari 2026 : RM150 1 Februari 2026 : RM150 1 Mac 2026 : RM150 1 April 2026 : RM150 1 Mei 2026 : RM150 1 Jun 2026 : RM150 1 Julai 2026 : RM150 1 Ogos 2026 : RM150 1 September 2026 : RM150 1 Oktober 2026 : RM150 1 November 2026 : RM150 1 Disember 2026 : RM150
Total Setahun : RM1,800
|
9 Januari 2026 : RM50 1 Februari 2026 : RM50 1 Mac 2026 : RM50 1 April 2026 : RM50 1 Mei 2026 : RM50 1 Jun 2026 : RM50 1 Julai 2026 : RM50 1 Ogos 2026 : RM50 1 September 2026 : RM50 1 Oktober 2026 : RM50 1 November 2026 : RM50 1 Disember 2026 : RM50
Total Setahun : RM600
|
| Bujang |
16 Januari 2026 : RM100 1 Februari 2026 : RM100 1 Mac 2026 : RM100 1 April 2026 : RM100 1 Mei 2026 : RM100 1 Jun 2026 : RM100 1 Julai 2026 : RM100 1 Ogos 2026 : RM100 1 September 2026 : RM100 1 Oktober 2026 : RM100 1 November 2026 : RM100 1 Disember 2026 : RM100
Total Setahun : RM1,200
|
16 Januari 2026 : RM50 1 Februari 2026 : RM50 1 Mac 2026 : RM50 1 April 2026 : RM50 1 Mei 2026 : RM50 1 Jun 2026 : RM50 1 Julai 2026 : RM50 1 Ogos 2026 : RM50 1 September 2026 : RM50 1 Oktober 2026 : RM50 1 November 2026 : RM50 1 Disember 2026 : RM50
Total Setahun : RM600
|

Cara Mendaftar eKasih Baharu Jika Nama Tiada Dalam Sistem
Sekiranya hasil semakan login ekasih anda menunjukkan status ‘Tiada Dalam Rekod’, tetapi pendapatan isi rumah anda berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), anda disarankan untuk membuat pendaftaran baharu melalui saluran rasmi berikut :

- Login eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman Login eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
Soalan Lazim (FAQ) Login eKasih
Adakah orang awam perlu mempunyai akaun kata laluan untuk login eKasih?
Tidak perlu. Sistem eKasih di bawah ICU JPM menyediakan kemudahan semakan terbuka untuk rakyat hanya menggunakan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) tanpa sebarang kata laluan. Ruangan ‘Login eKasih’ dengan nama pengguna dan kata laluan hanya digunakan oleh pegawai pentadbir ICU JPM dan Pejabat Pembangunan Negeri.
Siapakah yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026?
Semua penerima STR sama ada yang berstatus Miskin Tegar dan Miskin dalam pangkalan data eKasih ICU JPM atau tidak, akan layak menerima bantuan SARA setiap bulan) yang disalurkan melalui MyKad bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimana cara memohon masuk ke dalam eKasih jika nama tiada dalam rekod?
Isi Rumah yang mempunyai pendapatan bulanan mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) boleh hadir mendaftar di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) ICU JPM di negeri masing-masing yang berhampiran dengan membawa salinan MyKad ahli keluarga, slip pendapatan, dan bil utiliti terkini untuk membuat pendaftaran Miskin atau Miskin Tegar eKasih.
Baca Juga : LOGIN SARA : SEMAKAN SARA 2026
Rujukan Rasmi & Saluran Sahih
- Talian Bantuan MyKasih : 03-7720 1800 / 03-7720 1900 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Bantuan STR LHDNM : 1-800-88-2747
- Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my
- Portal Bantuan Tunai STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my