CARA CHECK STATUS EKASIH : CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026

CARA CHECK STATUS EKASIH : CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026

Ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam pangkalan data kemiskinan nasional? Ikuti panduan lengkap cara check status eKasih secara dalam talian melalui portal rasmi ICU JPM, dan semak kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Portal MySTR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Portal Rasmi SARA bagi memastikan anda tidak terlepas bantuan sehingga RM4,600 setahun.

Bagaimanakah cara check status eKasih? Ikuti info lengkap di sini.

Apa Itu Sistem eKasih?

Dalam usaha membasmi kemiskinan, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang diuruskan sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Sistem eKasih berfungsi sebagai pangkalan data rujukan bersepadu untuk semua kementerian dan agensi kerajaan menyalurkan bantuan kewangan, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026), dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2026) dengan kadar bayaran maksimum kepada golongan Miskin atau Miskin Tegar.

Individu atau keluarga yang disahkan berstatus Miskin Tegar atau Miskin dalam sistem eKasih secara automatik diberikan keutamaan untuk menerima kadar bantuan tertinggi sehingga RM4,600 setahun termasuk bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2,200 setahun dan elaun barangan keperluan tanpa tunai (cashless) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad sehingga RM2,400 setahun.

Untuk mengetahui status pendaftaran sama ada berjaya atau tidak untuk menerima kadar bayaran maksimum ini, anda perlu ikuti cara check status eKasih secara online mengikut panduan yang diberikan.

4 Kaedah Utama Cara Check Status eKasih 2026

Berikut merupakan Saluran Rasmi dan cara check status eKasih (pendaftaran), status permohonan STR dan status kelayakan SARA. Ikuti langkah demi langkah di bawah bagi setiap semakan :

Cara Check Status eKasih (Pendaftaran) :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih2.icu.gov.my/
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

Semak Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Layari ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  12. Selesai.

Cara Check Status eKasih (Kelayakan SARA eKasih) – Tambahan STR :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama Program Sumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09 Januari 2026
Tarikh Program Berakhir31 Disember 2026
Baki (RM)200.00

Syarat Kelayakan Check Status eKasih

Cara check status eKasih, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

✓ Pendaftaran eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah;
  • Pendapatan Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa

✓ Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

KATEGORI PENERIMA SYARAT DAN KELAYAKAN
Isi Rumah
Keluarga
  • Berkahwin (Ada atau Tiada Anak)
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Mempunyai Anak)
  • Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan
60 Tahun Ke Atas
  • Bujang
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak)
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah
Bujang
21-59 Tahun / OKU
  • Bujang
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak)
  • Berumur 21-59 tahun
  • Berumur 19-59 tahun (Orang Kurang Upaya (OKU))
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
  • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah

✓ Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

KATEGORI 1 Penerima STR Berstatus eKasih (Miskin / Miskin Tegar)
  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Berdaftar dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
KATEGORI 2 Penerima STR Bukan eKasih
  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

Senarai Bantuan Khusus Pemegang Status eKasih (STR + SARA)

Merujuk sumber rasmi bantuan Kerajaan, individu yang lulus semakan eKasih layak menikmati pelbagai bantuan Kerajaan pada tahun 2026 dengan kadar bayaran maksimum seperti berikut :

JENIS BANTUANPERINCIAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026)Keluarga berstatus Miskin atau Miskin Tegar eKasih dengan tanggungan anak 5 orang ke atas layak menerima jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar maksimum sehingga RM4,600 yang dibayar berperingkat dalam 4 fasa setahun melalui akaun bank penerima
Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2026)Isi Rumah berstatus Miskin atau Miskin Tegar eKasih layak menerima elaun bulanan sebanyak RM200 setiap bulan selama 12 bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membelian 15 kategori barangan asas diluluskan di lebih 600 pasar raya terpilih seluruh Malaysia.

Cara Mendaftar eKasih Jika Status “Tiada Rekod”

Sekiranya cara check status eKasih menunjukkan status “Tiada Rekod” sedangkan pendapatan isi rumah anda benar-benar layak mengikut paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, anda boleh membuat permohonan dan pendaftaran eKasih sebagai Kategori Miskin atau Miskin Tegar mengikut aliran proses yang ditetapkan secara fizikal dan tidak boleh mendaftar sendiri secara online tanpa pengesahan fizikal.

Berikut adalah prosedur rasmi cara pendaftaran Sistem eKasih yang sah secara fizikal :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti, dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut :
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan satu persatu sehingga selesai.
  8. Setelah pendaftaran anda boleh membuat ikuti cara check status eKasih untuk mengetahui status pendaftaran sama ada berjaya atau tidak.
  9. Selesai.

Jumlah Bantuan SARA eKasih

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berdaftar eKasih layak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun seperti berikut :

  • Kadar Bayaran STR :
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangBantuan digantikan dengan Bantuan SARA

  • Kadar Bayaran SARA :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM600

Soalan Lazim (FAQ) Cara Check Status eKasih

Berikut merupakan soalan lazim (FAQ) yang sering menjadi persoalan rakyat Malaysia mengenai Cara Check Status eKasih 2026 :

Jika saya berdaftar dalam eKasih, adakah saya automatik layak menerima STR 2026 dan SARA 2026?

Tidak. Anda perlu membuat permohonan khusus untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan kemudian menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik jika anda layak STR.

Namun, sekiranya anda berdaftar eKasih kategori Miskin Tegar atau Miskin dan membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda layak menerima bayaran Sumbangan (STR) 2026 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada kadar paling maksimum sehingga RM4,600 setahun (mengikut bilangan anak) di mana Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 untuk Kategori Isi Rumah adalah sebanyak RM200 setiap bulan (iaitu kadar maksimum SARA).

Bagaimana cara check status eKasih untuk bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) 2026?

Untuk mengetahui status pendaftaran eKasih sebagai Miskin atau Miskin Tegar anda boleh mengikuti cara check status eKasih di Portal Rasmi eKasih, manakala untuk semakan kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih anda boleh layari Portal Rasmi SARA di https://sara.gov.my/

Bagaimana cara mendaftar eKasih jika pendapatan saya benar-benar layak tetapi nama tiada dalam sistem?

Pendaftaran eKasih tidak boleh dibuat secara dalam talian sendiri tanpa verifikasi. Cara mendaftar yang sah adalah secara fizikal dengan menghubungi atau hadir terus ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) ICU JPM, kemudian isi borang permohonan bancian di Pejabat Daerah atau Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memohon pengesahan daripada Penghulu, atau Ketua Kampung.

Anda boleh mengikuti carta aliran proses permohonan yang lengkap di : https://ekasih2.icu.gov.my/

Baca Juga : SEMAKAN MYSTR (FASA 4 2026)

Talian Hotline Bantuan Rasmi

Sebarang persoalan mengenai Cara Check Status eKasih, anda boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah ini :

Leave a Comment