SEMAKAN EKASIH : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONLINE

SEMAKAN EKASIH : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONLINE

Semakan eKasih dan status kelayakan bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad bagi penerima STR yang berdaftar eKasih Miskin Tegar / Miskin boleh semak dengan mudah secara online di Portal Rasmi bantuan.

Bagaimanakah semakan eKasih dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 Online?

Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan kesinambungan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana bantuan disalurkan kepada penerima yang layak berdasarkan data dua pangkalan data utama kerajaan, iaitu Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih 2.0) kelolaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) serta rekod penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kendalian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Melalui artikel ini, anda dipaparkan dengan panduan lengkap bagaimana cara melaksanakan Semakan eKasih (pendaftaran) dan Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 online, jadual pengkreditan bulanan yang disalurkan ke dalam MyKad, senarai premis rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia, serta kaedah pendaftaran baharu eKasih sekiranya nama anda masih belum berada di dalam pangkalan data semasa semakan eKasih.

Apa Itu Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai (cashless) yang dilaksanakan sebagai bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana setiap penerima STR akan menerima bantuan ini sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas seperti makanan, barangan dapur dan sebagainya.

Cara pelaksanaan bantuan ini berbeza daripada bantuan tunai STR di mana bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk pembelian/penebusan barangan keperluan asas yang diluluskan dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai.

💳

Cara Pelaksanaan

Tanpa tunai (cashless) melalui MyKad. Penerima hanya bawa MyKad ke kaunter pasar raya berdaftar semasa pembelian barangan asas yang diluluskan..

⏱️

Pengkreditan Bulanan

Bantuan dimasukkan secara automatik setiap bulan bermula 1 haribulan kepada penerima yang layak dengan amaun mengikut kelayakan masing-masing.

🛡️

Tempoh Sah Baki

Sekiranya baki tidak habis digunakan pada bulan semasa, amaun akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama baki bulan berikutnya serta sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Kelayakan SARA boleh di semak melalui dua cara iaitu dengan semakan eKasih di Portal eKasih dan Semakan SARA di Portal SARA atau Portal MySTR.

Penerima yang layak semasa semakan eKasih sebagai Miskin atau Miskin Tegar akan menerima elaun pengkreditan SARA dengan kadar maksimum.

Syarat Kelayakan & Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2026

Penetapan kelayakan bagi penerima bantuan SARA 2026 adalah bersandarkan beberapa kriteria seperti berikut :

✓ Warganegara Malaysia : Merupakan warganera Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan (MyKad) yang sah dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

✓ Lulus Permohonan STR 2026 : Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 (Kategori Isi Rumah / Warga Emas Tanpa Pasangan / Bujang).

✓ Berstatus Miskin Tegar atau Miskin eKasih : Berdaftar dan tersenarai di dalam pangkalan data eKasih ICU JPM sekiranya Pendapatan Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa semakan eKasih.

Tarikh Bayaran BERSTATUS EKASIH BUKAN EKASIH Status
Isi Rumah Warga Emas Bujang Isi Rumah Warga Emas Bujang
09/01/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/02/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/03/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/04/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/05/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/06/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/07/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/08/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/09/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/10/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 ✓ Selesai
01/11/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 Akan Tiba
01/12/2026 RM200 RM150 RM100 RM100 RM50 RM50 Akan Tiba

Semakan eKasih

Berikut merupakan saluran portal rasmi yang boleh anda gunakan untuk semakan eKasih (pendaftaran) :

  1. Layari Portal Rasmi Login eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

Semakan Sumbangan Asas Rahmah 2026 Online

Berikut merupakan dua saluran rasmi yang boleh anda gunakan untuk semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Online :

Cara Semakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan & Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula9 Januari 2026
Tarikh Program Berakhir31 Disember 2026
Baki Terkini (RM)200.00

Cara Semakan di Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Semakan Bayaran SARA & Kelayakan;
  11. Selesai.

Tatacara Menggunakan Bantuan MyKAD Tanpa Tunai SARA di Pasar Raya MyKasih

Sekiranya status semakan eKasih menunjukkan anda lulus dan layak menerima elaun bulanan SARA dengan kadar maksimum, anda boleh menikmati perbelanjaan barangan asas yang diluluskan di pasar raya rakan niaga seperti Mydin, 99 Speedmart, Lotus’s, Giant, atau Econsave, seperti kaedah berikut :

Langkah 1: Pilih Premis Rakan Niaga Berdaftar
Kunjungi pasar raya atau kedai runcit panel yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
Langkah 2: Pilih Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
Ambil barangan daripada 15 kategori barangan asas yang dibenarkan (perhatikan label MyKasih pada tanda harga rak barangan).
Langkah 3: Bayar di Kaunter Juruwang
Maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan MyKasih SARA. Serahkan MyKad anda untuk diimbas pada terminal khas.
Langkah 4: Simpan Resit
Juruwang akan mengimbas barangan yang diluluskan, dan membuat pembayaran, juruwang akan menyerahkan resit yang mencatatkan baki terkini SARA anda.

Senarai Barangan MyKasih

Bantuan SARA dikhususkan untuk memastikan keperluan sara hidup keluarga terjamin termasuk golongan Miskin atau Miskin eKasih. Sekiranya semakan eKasih dan semakan SARA menunjukkan anda layak, anda boleh menikmati barangan keperluan asas yang diluluskan dengan kadar maksimum.

Bagi tahun 2026, senarai telah diperluaskan kepada lebih 140,000 produk merangkumi 15 kategori barangan asas berikut :

Kategori Barangan AsasJenama Yang Dibenarkan
BerasJasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
RotiGardenia / Massimo / Mighty White
TelurNutriplus / QL eggs / CP
Minyak MasakSri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
TepungCap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
BiskutJulies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
Mi segeraIndo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
MinumanTea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
Makanan dalam tinAyam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
Bahan perasaSos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
Produk KebersihanColgate / Kotex / Detol
Ubat-ubatanProspan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
Barangan SekolahStabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
Produk Kebersihan RumahSabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
Makanan Sejuk BekuSosej / Nugget / Ayam Beku / Sayur Beku / Makanan Laut Beku

Kaedah Permohonan & Pendaftaran Baharu Dalam Sistem eKasih ICU JPM 2026

Ramai pemohon bertanya: “Nama saya tiada dalam rekod eKasih semasa semakan eKasih, bagaimana cara mendaftar?”.

Untuk makluman, sekiranya semakan eKasih tidak menunjukkan nama anda, anda boleh mebuat pendaftaran sekiranya layak di mana pendaftaran eKasih bukanlah pendaftaran terbuka secara borang dalam talian semata-mata. Ia memerlukan proses verifikasi dan bancian oleh pegawai pembanci Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) ICU JPM bagi memastikan ketepatan data Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti, dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut :
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan satu persatu sehingga selesai.
  8. Setelah pendaftaran anda boleh membuat ikuti cara check status eKasih untuk mengetahui status pendaftaran sama ada berjaya atau tidak.
  9. Selesai.

Soalan Lazim (FAQ) Semakan eKasih

Berikut merupakan beberapa soalan yang sering menjadi tanda tanya penerima mengenai Semakan eKasih, antaranya adalah :

Adakah baki bulanan SARA akan luput jika tidak dihabiskan dalam bulan tersebut?

Tidak! Baki bantuan SARA yang tidak dihabiskan TIDAK AKAN LUPUT. Baki tersebut akan terkumpul dan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan semasa sehingga 31 Disember 2026. Namun begitu, semua baki mesti dibelanjakan sebelum tarikh akhir tahun kewangan (31 Disember 2026).

Apakah yang perlu saya lakukan jika nama tiada dalam eKasih tetapi pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?

Anda boleh memohon untuk dibanci masuk ke dalam sistem eKasih dengan menghadari ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) ICU JPM di negeri anda, dan isi borang permohonan serta mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan dan pegawai pembanci ICU JPM akan melaksanakan bancian rumah ke rumah untuk menentukan kelayakan kategori Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Bolehkah bantuan SARA ini ditunaikan (cash out) melalui mesin ATM atau kaunter bank?

Tidak boleh. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan khusus sebagai bantuan dalam bentuk barangan asas di mana elaun bulanan akan dikreditkan melalui MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya rakan niaga MyKasih.

Baca Juga : CARA SEMAKAN STATUS MYSTR : FASA 4 2026

Pautan Rasmi & Talian Bantuan Hotline Kerajaan Malaysia

Sebarang persoalan mengenai Semakan eKasih atau Semakan Sumbangan Asas Rahmah 2026, anda boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah ini :

Leave a Comment