STR CHECK ONLINE LOGIN : SEMAKAN STR FASA 4 2026
Panduan lengkap bagi proses STR check online login melalui Portal Rasmi MySTR di bantuantunai.hasil.gov.my. Ketahui cara membuat semakan kelayakan di portal MySTR, semakan jadual tarikh pengkreditan dan jumlah bayaran fasa 1 hingga 4.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif bantuan kewangan langsung di bawah kerangka Ekonomi MADANI yang diterajui oleh Kerajaan Malaysia. Objektif utama program ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Bagi memastikan proses permohonan dan semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada pemohon yang layak berjalan dengan lancar, kerajaan telah menaik taraf portal MySTR bagi memudahkan rakyat melaksanakan untuk membuat permohonan dan mengetahui cara STR check online login dengan mudah pada bila-bila masa dengan hanya mempunyai rangkaian internet.
Maklumat Penting : Pautan Rasmi Kerajaan untuk akses kepada sistem STR hanya sah melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Sila pastikan anda tidak menekan sebarang pautan pihak ketiga yang mencurigakan.
Mengapa Anda Wajib Buat STR Check Online Login di Portal Rasmi?
Ramai penerima bantuan STR beranggapan bahawa sekiranya mereka telah menerima bayaran pada tahun sebelumnya, mereka tidak perlu lagi menyemak akaun Portal MySTR mereka.
Hakikatnya, melakukan STR check online login secara berkala amat penting atas beberapa faktor penting :
- Pengesahan Status Kelayakan Terkini : Memastikan permohonan anda berstatus “Lulus” dan tidak ditolak disebabkan perubahan data maklumat permohonan seperti bilangan tanggungan, status perkahwinan dan sebagainya.
- Semakan Nombor Akaun Bank : Mengelakkan status “Gagal Kredit” akibat akaun bank tidak aktif, akaun telah ditutup, atau berlakunya pertukaran institusi perbankan.
- Kemas Kini Maklumat Permohonan : Menambah maklumat seperti kelahiran anak baharu atau menukarkan status perkahwinan kepada berkahwin bagi melayakkan anda menerima kadar bantuan yang lebih tinggi.
- Menyemak Tarikh & Jumlah Pengkreditan Setiap Fasa : Mengetahui jumlah wang yang bakal dikreditkan ke dalam akaun bagi setiap fasa pembayaran (Fasa 1 hingga 4).
- Memuat Turun Surat Pengesahan Pembayaran : Dokumen ini diperlukan sekiranya anda perlu menuntut wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi status gagal kredit.

Syarat Kelayakan & Kategori Penerima STR 2026
Syarat kelayakan permohonan untuk STR check online login, dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti berikut :
A. Kategori Isi Rumah
- Warganegara Malaysia menetap di Malaysia.
- Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); ATAU
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak).
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak.
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
C. Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia menetap di Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun (atau OKU berumur 19 tahun ke atas).
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS.
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
Jadual Kadar Bayaran Penuh STR 2026 Mengikut Kategori & Bilangan Anak
Berikut merupakan kadar pembayaran bantuan tunai tahunan STR 2026 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, yang anda boleh lihat semasa membuat STR Check Online Login :
Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 1 – 2 Anak | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM1,200 |
| 3 – 4 Anak | RM400 | RM450 | RM450 | RM400 | RM1,700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM500 | RM600 | RM600 | RM500 | RM2,200 |
Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM100 | RM100 | RM0 | RM0 | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM100 | RM100 | RM150 | RM100 | RM450 |
| 3 – 4 Anak | RM150 | RM200 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM200 | RM250 | RM250 | RM250 | RM950 |
Warga Emas Tanpa Pasangan :
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|---|---|
| RM150 | RM150 | RM150 | RM150 | RM600 |
Jadual Tarikh Pembayaran STR 2026 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4)
Penyaluran bayaran STR dilaksanakan secara berperingkat sebanyak 4 kali setahun (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4), dan penerima boleh membuat STR check online login di Portal MySTR mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
Fasa 1
SelesaiFasa 2
SelesaiFasa 3
SelesaiFasa 4
Akan DatangSTR Check Online Login
Ikuti panduan rasmi di bawah untuk membuat STR Check Login untuk mengetahui status kelayakan STR FASA 4 2026 :

STR Check Online Login
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
Klik (Ya) sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Nama pemohon;
- No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
- Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
- Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
- Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
Maksud Status Semakan STR (Lulus, Tidak Lulus, Gagal Kredit)
Setelah berjaya melakukan STR check online login, klik pada menu “Semakan Status”. Anda akan melihat salah satu daripada keputusan berikut :
- Lulus : Permohonan diluluskan di mana anda layak menerima bantuan mengikut kategori yang anda layak.
- Tidak Lulus : Permohonan ditolak di mana anda tidak memenuhi syarat kelayakan. Sistem akan memaparkan kod penolakan dan anda boleh mengemukakan permohonan rayuan bersama dokumen sokongan dalam tempoh permohonan rayuan yang dibuka.
- Gagal Kredit : Bantuan gagal dikreditkan ke Bank di mana wang diagihkan tetapi pemindahan bank ditolak oleh pihak bank (disebabkan akaun tidak aktif atau sebab lain). Anda boleh menuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad asal.
Bantuan Tambahan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tanpa Tunai
Setiap penerima bantuan tunai STR sama ada penerima dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai di dalam pangkalan data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) atau tidak, layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan STR.

Bagaimanakah SARA Disalurkan?
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara bulanan (setiap bulan dalam tempoh 12 bulan) ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak.
Barangan Yang Boleh Dibeli :
- Elaun bulanan yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dapur asas yang diluluskan di lebih 600 pasar raya besar / pasar raya mini dan kedai runcit berdaftar (Mydin, Giant, Lotus’s, 99 Speedmart) termasuk :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Makanan Sejuk Beku
- Bahan perasa
- Produk Kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah
Melalui proses STR Check Online Login juga, anda boleh mengetahui status kelayakan SARA dengan kadar bayaran yang anda layak terima seperti berikut :
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mengikut Status Kelayakan :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR BERSTATUS EKASIH | PENERIMA STR BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah |
RM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Total Setahun : RM2,400
|
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Total Setahun : RM1,200
|
| Warga Emas Tanpa Pasangan |
RM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Total Setahun : RM1,800
|
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Total Setahun : RM600
|
| Bujang |
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Total Setahun : RM1,200
|
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Total Setahun : RM600
|
Baca Juga : SEMAKAN EKASIH ONLINE (SARA 2026)
Soalan Lazim (FAQ) STR Check Online Login
Apakah tindakan jika terlupa kata laluan atau akaun MySTR disekat semasa membuat STR Check Online Login?
Jika terlupa kata laluan, klik pada pautan ‘Terlupa Kata Laluan’ di bawah ruangan kata laluan di Portal MySTR. Anda akan diminta memasukkan nombor MyKad dan menjawab soalan keselamatan yang ditetapkan sewaktu pendaftaran. Jika akaun disekat kerana percubaan gagal melebihi had (3 kali), akaun akan dibuka semula secara automatik selepas 24 jam, atau anda boleh menghubungi talian bantuan STR di 1-800-88-2747 atau cawangan LHDNM terdekat.
Bagaimana kaedah penerimaan bayaran STR?
Bayaran STR disalurkan sebanyak 4 fasa dalam setahun (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4). Bayaran dikreditkan terus ke akaun bank aktif yang didaftarkan. Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’, bayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan asal.
Apakah itu bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan siapakah yang layak?
SARA adalah bantuan tambahan untuk penerima STR di mana bantuan SARA disalurkan sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan) melalui MyKad untuk pembelian barang keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh Malaysia.
Adakah penerima sedia ada perlu memohon semula setiap tahun?
Penerima STR sedia ada yang lulus sebelum ini TIDAK perlu membuat permohonan baharu. Sekiranya mempunya sebarang perubahan maklumat atau tidak kemaskini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, anda dikehendaki kemas kini bagi melancarkan proses pengkreditan wang dan perlu membuat str check online login secara berkala bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku semasa penyaluran duit bantuan ke dalam akaun bank yang didaftarkan oleh penerima semasa permohonan.
Saluran Bantuan & Talian Khidmat Pelanggan Rasmi STR
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai STR Check Online Login, anda boleh terus hubungi pihak berwajib atau agensi rasmi seperti di bawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/