CARA SEMAKAN STATUS MYSTR : FASA 4 2026
Ketahui panduan rasmi cara semakan status MySTR secara dalam talian dengan mudah melalui Portal Rasmi bantuantunai.hasil.gov.my, dan memahami maksud bagi setiap status keputusan, jadual pengkreditan bayaran fasa 1 hingga fasa 4, dan jumlah bayaran.
Pengenalan Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan kewangan tunai yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia sebagai kesinambungan daripada bantuan-bantuan sebelum ini seperti BRIM dan sebagainya.
Inisiatif ini dirangka khusus untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat mendepani cabaran ekonomi semasa terutama warganegara Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40)
Setelah membuat permohonan bantuan, memahami cara semakan status MySTR merupakan perkara paling penting bagi setiap pemohon bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengetahui status permohonan bantuan tunai sama ada permohonan diluluskan atau sebaliknya tanpa sebarang keciciran.
Info Penting : Pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan dalam empat (4) fasa utama sepanjang tahun, dan disertai dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas kepada semua penerima STR.
Kategori Isi Rumah :
| Status Perkahwinan | Pendapatan Bulanan Isi Rumah |
|---|---|
|
Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) |
RM5,000 dan ke bawah. |
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
| Status Perkahwinan | Had Umur | Pendapatan Bulanan Warga Emas |
|---|---|---|
|
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
Berumur 60 tahun dan ke atas | RM5,000 dan ke bawah |
Kategori Bujang :
| Status Perkahwinan | Had Umur | Pendapatan Bulanan Bujang |
|---|---|---|
|
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
Berumur 21 sehingga 59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas |
RM2,500 dan ke bawah |

Cara Semakan Status MySTR Secara Online
Untuk memastikan Cara Semakan MySTR adalah benar untuk mengetahui status kelayakan permohonan, jumlah bayaran, tarikh pengkreditan status kelayakan SARA, berikut adalah panduan langkah demi langkah yang sahih Cara Semakan Status MySTR Secara Online :

Cara Semakan Status MySTR Secara Online
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
Klik (Ya) sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Nama pemohon;
- No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
- Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
- Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
- Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
Jadual Tarikh & Amaun Pembayaran Mengikut Kategori MySTR 2026
Selain daripada mengetahui cara semakan status MySTR, anda juga perlu mengetahui cara semakan amaun bayaran yang diterima oleh setiap pemohon adalah berbeza mengikut kategori kelayakan isi rumah, bujang, warga emas, had pendapatan kasar bulanan, serta bilangan anak tanggungan yang sah.
Seterusnya, berikut merupakan jadual lengkap kadar bayaran maksimum Sumbangan Tunai Rahmah beserta agihan mengikut fasa :
Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,500 ke bawah) :
Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000) :
Warga Emas Tanpa Pasangan :
Bujang :
Jadual Tarikh & Cara Semakan Status MySTR :
Kaedah Penyaluran Bayaran STR (Kredit Terus Bank & Penunaian Kaunter BSN)
Kementerian Kewangan Malaysia menetapkan dua kaedah utama bagi penyaluran dana Sumbangan Tunai Rahmah bagi memastikan tiada penerima yang tercicir.
Sebelum mengetahui sama ada pengkreditan anda layak atau tidak, anda perlu mengetahui cara semakan status MySTR.
Penerima Ada Akaun Bank
Pengkreditan secara berperingkat (batch) mengikut akaun bank yang digunakan oleh bermula pada tarikh pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Majoriti bank utama seperti Maybank, BSN, CIMB, dan Bank Islam selesai dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
Penerima Tiada Akaun / Tunai BSN
Penunaian tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dibuka bermula pada tarikh rasmi pembayaran dengan membawa MyKad (Kad Pengenalan) asal penerima di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) .
Cara Semakan Status MySTR FASA 4 (Maksud Status)
Sekiranya keputusan semakan Cara Semakan status MYSTR memaparkan status Tidak Lulus, sistem akan menyertakan punca permohonan ditolak seperti berikut :
Status Semakan MySTR : Permohonan Lulus
LULUSPermohonan anda telah disemak dan menepati kriteria kelayakan STR 2026 yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Sila semak maklumat bayaran dan akaun bank anda di portal rasmi MySTR untuk mengetahui tarikh pengkreditan.
Status Semakan MySTR : Permohonan Sedang Disemak & Verifikasi
DALAM PROSESMaklumat permohonan baru atau kemaskini sedang dalam proses semakan.
Sila tunggu sehingga keputusan rasmi dimuktamadkan menjelang tarikh pengumuman fasa bayaran berikutnya untuk mengetahui status selanjutnya.
Status Semakan MySTR : Gagal Kredit
TUNTUT DI BSNPengkreditan ke Akaun Bank penerima yang telah didaftarkan sebelum ini GAGAL disebabkan faktor-faktor seperti akaun perbankan tidak aktif.
Anda masih boleh menuntut wang tunai bantuan tersebut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Status Semakan MySTR : Tidak Lulus
PERLU RAYUANAnda tidak memenuhi syarat kelayakan dan kriteria STR 2026 yang telah ditetapkan atau tidak mengemaskini maklumat permohonan.
Semak punca status “Tidak Lulus”, dan buat permohonan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan sekiranya anda layak, dan sila kemaskini permohonan sekiranya tidak kemaskini maklumat permohonan selama tiga tahun berturut-turut.

Soalan Lazim (FAQ) Cara Semakan Status MySTR
Apakah Cara Semakan Status MySTR sekiranya terlupa kata laluan portal MySTR atau akaun disekat?
Sekiranya anda terlupa kata laluan MySTR, anda boleh klik pada pautan ‘Terlupa Kata Laluan’ di laman log masuk rasmi. Anda akan diminta untuk menjawab soalan keselamatan yang didaftarkan semasa pendaftaran awal. Jika jawapan tepat, pautan tetapan semula kata laluan baharu akan dihantar ke emel anda. Sekiranya akaun disekat kerana salah memasukkan kata laluan melebihi 3 kali, anda boleh menghubungi Talian Hotline BKK LHDNM di talian bebas tol 1-800-88-2747 atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) terdekat dengan membawa MyKad asal untuk pengesahan identiti.
Adakah permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR dibuka sepanjang tahun?
Ya, permohonan baharu dan kemas kini data maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka sepanjang tahun secara dalam talian di portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau secara manual melalui borang di Pejabat Hasil berdekatan anda. Walau bagaimanapun, pemprosesan bayaran bagi fasa tertentu akan ditentukan mengikut tarikh tutup cara semakan status MySTR berkala (cut-off date) yang ditetapkan.
Bagaimanakah langkah membuat permohonan rayuan sekiranya status permohonan saya ‘Tidak Lulus’?
Sekiranya semakan cara semakan status MySTR, dan keputusan memaparkan anda ‘Tidak Lulus’, anda boleh mengemukakan permohonan Rayuan STR secara dalam talian di portal rasmi bermula tarikh pembukaan rayuan yang diumumkan atau menghantar Borang Rayuan STR berserta dokumen sokongan rasmi di Pejabat Hasil yang berhampiran.
Baca Juga : LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STR FASA 4 2026
Saluran Bantuan & Talian Hotline Rasmi Kerajaan
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Cara Semakan Status MySTR Fasa 4 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
Penafian
Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.
Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.
Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.
Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf