LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STR FASA 4 2026
Urusan semakan bantuan tunai Kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti semakan kelayakan, jumlah bayaran, tarikh pengkreditan setiap fasa, status bayaran SARA boleh dilakukan dengan mudah melalui Portal Rasmi MySTR dengan hanya login Sumbangan Tunai Rahmah, kemudian maklumat lengkap akan dipaparkan kepada anda.

Pengenalan & Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026)
Proses LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH merupakan langkah utama bagi membolehkan jutaan isi rumah, warga emas, dan individu bujang di Malaysia yang merupakan penerima STR untuk mengakses akaun MySTR peribadi mereka.
Untuk makluman, bantuan tunai STR ini dilaksanakan dengan tujuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40).
Bagi tahun 2026, kerajaan telah memperkukuhkan lagi sistem MySTR, dan setiap pemohon dinasihatkan agar memastikan maklumat permohonan seperti maklumat peribadi sentiasa dikemas kini secara berkala melalui portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ bagi melancarkan proses pengkreditan bantuan kepada penerima yang layak.
Info Penting Portal MySTR Login Sumbangan Tunai Rahmah :
| Nama Portal Rasmi | Portal MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) |
| Pautan URL Portal Rasmi | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
| Tempoh Permohonan & Kemaskini | Dibuka sepanjang tahun (365 hari) |
Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa merangkumi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4, dan akan disalurkan secara berperingkat mengikut jadual pembayaran rasmi yang ditetapkan.
Program STR 2026 kini memasuki pembayaran STR FASA 4 2026 iaitu merupakan fasa akhir atau penutup bagi inisiatif bantuan kewangan Kerajaan Malaysia di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026.
Login Sumbangan Tunai Rahmah
Bagi memastikan keselamatan maklumat peribadi pemohon, portal MySTR dilengkapi dengan ciri keselamatan dua peringkat (Two-Factor Authentication) yang mewajibkan pengesahan frasa keselamatan sebelum kata laluan dimasukkan.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah cara rasmi login Sumbangan Tunai Rahmah dengan tepat dan mudah :
- Layari pautan rasmi Login Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Portal mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Kemudian, Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda.
- Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
- Sahkan frasa keselamatan.
- Klik (Ya) jika sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Isikan kata laluan akaun MySTR anda, yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Kemudian, klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya Log Masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Seterusnya, pilih Menu “Semakan Permohonan STR”.
- Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
- Nama pemohon;
- No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
- Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
- Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
- Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
- Selesai.
Semakan Status Permohonan & Kelayakan STR 2026
Setelah anda berjaya melaksanakan login Sumbangan Tunai Rahmah, status permohonan anda akan dipaparkan dengan jelas seperti berikut :
STATUS : LULUS
Tahniah! Permohonan anda berjaya dan melepasi kriteria kelayakan bantuan serta layak untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4.
STATUS : TIDAK LULUS
Permohonan ditolak disebabkan ketidakpadanan data atau tidak memenuhi kriteria permohonan. Sistem akan memaparkan Kod Alasan Tidak Lulus dan anda boleh mengemukakan permohonan rayuan sekiranya layak.

Jadual Tarikh Pembayaran STR 2026
Pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini dibahagikan kepada 4 fasa berjadual sepanjang tahun bagi memastikan peruntukan diagihkan secara teratur kepada semua penerima yang layak.
Berdasarkan jadual pembayaran rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembayaran STR 2026, setakat ini tarikh rasmi penyaluran bagi STR FASA 4 2026 belum diumumkan dan pihak kami akan kemas kini dari semasa ke semasa.
Berikut merupakan jadual tarikh bayaran sebelum login Sumbangan Tunai Rahmah untuk membuat semakan status kelayakan :
Jadual Tarikh & Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
| PERINGKAT | TARIKH BAYARAN | STATUS BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Selesai Dikreditkan |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Selesai Dikreditkan |
| Fasa 3 | 15 Ogos 2026 | Selesai Dikreditkan |
| Fasa 4 |
Bakal Diumumkan
Tarikh rasmi bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi diumumkan oleh Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) |
Akan Datang |
Perhatian Kaedah Bayaran :
Bagi penerima yang mempunyai akaun bank aktif, wang bantuan akan dikreditkan secara automatik berperingkat mengikut bank masing-masing
Manakala penerima yang tiada akaun bank atau berstatus “Gagal Kredit” boleh membuat penunaian secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan membawa kad pengenalan MyKad asal.
Perhatian Kaedah Bayaran :Bagi penerima yang mempunyai akaun bank aktif, wang bantuan akan dikreditkan secara automatik berperingkat mengikut bank masing-masing
Manakala penerima yang tiada akaun bank atau berstatus “Gagal Kredit” boleh membuat penunaian secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan membawa kad pengenalan MyKad asal.
Nota Waktu Pengkreditan: Masa penerimaan wang dalam akaun berbeza-beza mengikut masa pemprosesan bank masing-masing. BSN dan Bank Islam lazimnya memaparkan baki kredit lebih awal (tengah malam hingga awal pagi), diikuti Maybank, CIMB, RHB, dan Agrobank.
Jumlah Kadar Bayaran STR 2026 Mengikut Kategori
Kadar bantuan tunai STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori dan kelayakan pendapatan bulanan isi rumah serta bilangan anak tanggungan yang sah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah) | ||||||
| Isi Rumah | Tiada Anak (0) | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 1 – 2 Orang Anak | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM1,200 | |
| 3 – 4 Orang Anak | RM400 | RM450 | RM450 | RM400 | RM1,700 | |
| 5 Orang Anak Ke Atas | RM500 | RM600 | RM600 | RM500 | RM2,200 | |
| 2. Kategori Isi Rumah (Kadar Pendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000) | ||||||
| Isi Rumah | Tiada Anak (0) | RM100 | RM100 | RM0 | RM0 | RM200 |
| 1 – 2 Orang Anak | RM100 | RM100 | RM150 | RM100 | RM450 | |
| 3 – 4 Orang Anak | RM150 | RM200 | RM200 | RM150 | RM700 | |
| 5 Orang Anak Ke Atas | RM200 | RM250 | RM250 | RM250 | RM950 | |
| 3. Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 Tahun Ke Atas) | ||||||
| Warga Emas | Tiada Pasangan | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 | RM600 |
| 4. Kategori Bujang & Golongan OKU (Umur 21 – 59 Tahun) | ||||||
| Bujang / OKU | RM50 Setiap Bulan melalui bantuan SARA (Bermula Januari sehingga Disember) | RM600 | ||||
Untuk mengetahui maklumat lengkap mengenai pembayaran, pemohon baharu atau penerima sedia ada boleh login Sumbangan Tunai Rahmah untuk semakan lanjut.
Syarat Kelayakan Permohonan STR 2026
Syarat-syarat umum kelayakan bagi setiap kategori penerima untuk Login Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah |
• Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; • Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan |
• Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; • Berumur 60 tahun dan ke atas; • Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang |
• Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; • Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; • Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
Soalan Lazim (FAQ) Login Sumbangan Tunai Rahmah
Berikut adalah jawapan kepada persoalan lazim yang kerap diajukan oleh orang awam mengenai tatacara login Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status, dan pembayaran STR 2026 :
Apakah portal rasmi untuk login Sumbangan Tunai Rahmah?
Satu-satunya portal rasmi kerajaan adalah Portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ di bawah kendalian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Untuk mengelakkan sebarang penipuan (phishing), anda jangan klik pada sebarang pautan daripada mesej SMS, Telegram atau WhatsApp yang mencurigakan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan portal MySTR?
Jika anda terlupa kata laluan, dan perlu klik pada paparan ‘Terlupa Kata Laluan’ di Portal Login Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kemudian masukkan nombor MyKad anda, kemudian sahkan alamat e-mel atau nombor telefon berdaftar. Anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan atau menerima nombor TAC (OTP) melalui SMS untuk menetapkan kata laluan baharu.
Adakah setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Ya. Setiap penerima STR eKasih dan bukan eKasih akan menerima bantuan tambahan tanpa tunai (cashless) SARA sehingga RM1,200 setahun secara bulanan melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.
Baca Juga : CHECK BAKI MYSARA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE 2026
Saluran Bantuan Rasmi Kerajaan
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai cara Login Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : str@treasury.gov.my
Penafian
Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.
Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.
Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.
Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf