SEMAKAN STR FASA 4 : 2026 ONLINE

SEMAKAN STR FASA 4 : 2026 ONLINE

Bantuan kewangan daripada Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40) melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan dengan penyaluran secara berperingkat menerusi 4 fasa bayaran sepanjang tahun 2026.

Semakan STR Fasa 4 (Sumbangan Tunai Rahmah) kini menjadi penantian jutaan rakyat Malaysia untuk mengetahui status kelayakan penyaluran fasa terakhir bagi tahun 2026.

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada atau pemohon baharu yang telah diluluskan, artikel ini menyediakan panduan paling lengkap dan terperinci mengenai Semakan STR Fasa 4, merangkumi tarikh rasmi pengkreditan, amaun bayaran mengikut kategori isi rumah, warga emas, dan bujang, serta langkah demi langkah membuat cara semakan status secara online di portal rasmi MySTR.

1. Apa Itu Semakan STR Fasa 4 2026?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan tunai yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi menggantikan inisiatif terdahulu untuk membantu rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2026, pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2026 ditambahbaik bagi memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya, serta permohonan baharu dan kemaskini maklumat permohonan STR juga dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi MySTR, dan pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026, kini memasuki fasa keempat (4) atau fasa akhir yang melibatkan penyaluran akhir kepada penerima yang terdiri daripada empat Kategori utama iaitu :

  • Isi Rumah (Pendapatan Bulanan RM2,500 ke bawah) : Bantuan penuh sehingga RM2,200 setahun.
  • Isi Rumah (Pendapatan Bulanan RM2,501 sehingga RM5,000) : Bantuan sehingga RM950 setahun.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Ke Atas) Pendapatan bulanan RM5,000 ke bawah : Bantuan tunai sebanyak RM600 setahun.
  • Bujang (21 – 59 Tahun / OKU 19 – 59 Tahun) Pendapatan RM2,500 ke bawah : Bantuan diberikan sebanyak RM600 setahun (RM50 setiap bulan) melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan secara bulanan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas harian melalui MyKad.
SEMAKAN STR FASA 4 1

Untuk makluman, sekiranya anda membuat Semakan STR Fasa 4 lebih awal membolehkan anda mengemaskini maklumat permohonan terkini, mengesahkan akaun bank sama ada aktif atau tidak serta mengelakkan berlaku kegagalan pengkreditan pada fasa agihan akhir ini.

2. Tarikh Rasmi Pembayaran Semakan STR Fasa 4 Mengikut Kalendar 2026

Jadual pembayaran agihan bantuan STR 2026 kepada semua penerima yang layak, dijadualkan seperti berikut :

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN STR
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 315 Ogos 2026
Fasa 4
(Fasa Akhir)
Dijangka akan dilaksanakan pada bulan November 2026.

Namun, tarikh rasmi belum diumumkan dan akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Pihak MOF

Untuk makluman, waktu kemasukan duit pembayaran STR Fasa 4 adalah berbeza mengikut jenis bank akaun yang digunakan oleh penerima.

3. Jadual Jumlah Bayaran Semakan STR Fasa 4 Mengikut Kategori Kelayakan

Amaun yang diterima melalui Semakan STR Fasa 4 adalah bergantung kepada kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan termasuk pendapatan bulanan dan bilangan tanggungan anak sah berdasarkan maklumat yang didaftarkan di portal rasmi MySTR.

Berdasarkan maklumat rasmi yang terkini oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL
Tiada AnakRM200RM150RM200RM150RM700
1 – 2 AnakRM300RM300RM300RM300RM1,200
3 – 4 AnakRM400RM450RM450RM400RM1,700
5 Anak Ke AtasRM500RM600RM600RM500RM2,200
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL
Tiada AnakRM100RM100RM0RM0RM200
1 – 2 AnakRM100RM100RM150RM100RM450
3 – 4 AnakRM150RM200RM200RM150RM700
5 Anak Ke AtasRM200RM250RM250RM250RM950
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL
RM150RM150RM150RM150RM600
  • Bujang :
BANTUAN SARAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Pengkreditan digantikan melalui
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
melalui MyKad
(Bermula Januari sehingga Disember)
RM50
Setiap Bulan
RM600

4. Panduan Langkah Demi Langkah Semakan STR Fasa 4 Melalui Portal MySTR

Selain memastikan keselamatan maklumat peribadi terjaga, anda boleh membuat Semakan STR Fasa 4 dengan mudah dan pantas pada bila-bila masa secara dalam talian (online) dengan hanya melayari portal rasmi MySTR di LHDNM, mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari pautan rasmi Kerajaan di Portal mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Kemudian, Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Taipkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) contohnya 880214085432, kemudian klik butang Log Masuk.
  3. Sahkan frasa keselamatan.
    • Klik (Ya) jika sekiranya frasa keselamatan tersebut sepadan dengan frasa yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  4. Isikan kata laluan akaun MySTR anda, yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
    • Sekiranya anda terlupa, klik menu “Terlupa Kata Laluan” untuk penetapan semula secara online; atau
    • Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
  5. ⁠Kemudian, klik butang (Log Masuk).
  6. Sekiranya anda berjaya Log Masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  7. Seterusnya, pilih Menu “Semakan Permohonan STR”.
  8. Maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
    • Nama pemohon;
    • No Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
    • Status permohonan Bayaran STR Fasa 4, sama ada anda layak atau tidak;
    • Maklumat pembayaran setiap fasa yang anda layak diterima;
    • Status pembayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan (MyKad).
  9. Selesai.

5. Maksud Status Semakan STR Fasa 4 (Lulus, Gagal Kredit & Tidak Lulus)

  • Status ‘Lulus’ :
    • Status menunjukkan permohonan anda menepati semua kriteria syarat kelayakan yang ditetapkan serta pendapatan dan saringan data agensi.
    • Pembayaran bantuan fasa akhir mengikut amaun kelayakan masing-masing akan dimasukkan ke akaun bank berdaftar anda secara berperingkat mengikut tarikh dan jadual rasmi yang ditetapkan.
  • Status ‘Gagal’ Kredit :
    • Ini bermaksud pengkreditan bantuan telah diproses untuk dipindahkan ke dalam bank anda, tetapi ditolak oleh institusi perbankan oleh sebab-sebab tertentu seperti :
    • Sebab utama adalah akaun bank tidak aktif, atau akaun telah ditutup.
    • Penyelesaian : Anda boleh hadir terus ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKad asal untuk membuat tuntutan bayaran secara tunai di kaunter.
  • Status ‘Tidak Lulus’ :
    • Status menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan disebabkan beberapa faktor seperti tidak mengemaskini maklumat permohonan, atau pendapatan melebihi syarat kelayakan atau maklumat anak atau pasangan yang diisi tidak lengkap.
    • Anda boleh kemukakan permohonan rayuan pada sesi rayuan rasmi dalam tempoh masa yang ditetapkan sekiranya layak.

6. Kaedah Pembayaran Bantuan Semakan STR Fasa 4

Kerajaan Malaysia menyediakan dua saluran rasmi bagi agihan bayaran Semakan STR Fasa 4 kepada penerima yang layak seperti berikut :

PENGKREDITAN TERUS KE AKAUN BANKPENUNAIAN TUNAI DI KAUNTER BSN
Wang dimasukkan secara automatik tanpa perlu hadir ke kaunterDikhaskan kepada penerima Tiada Akaun Bank atau mengalami status ‘Gagal Kredit’
Akaun bank mestilah akaun simpanan perseorangan pemohon/pasangan yang aktifPemohon perlu membawa MyKad Asal ke cawangan Bank Simpanan Nasional
Nama pemegang akaun bank mestilah sepadan dengan nama pemilik MyKadWaris sah yang didaftarkan dalam sistem STR boleh menuntut bagi pihak penerima uzur atau meninggal dunia (berserta dokumen pembuktian).

Soalan Lazim (FAQ) Semakan STR Fasa 4

Adakah penerima STR Fasa 4 2026 turut layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Ya. Semua penerima STR sama ada berstatus Miskin Tegar dan Miskin dalam rekod e-Kasih atau Tidak layak menerima SARA bulanan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).

Bilakah tarikh rasmi bayaran Semakan STR Fasa 4 2026 dimasukkan ke akaun?

Pembayaran bagi Semakan STR Fasa 4 2026 belum diumumkan secara rasmi, namun dijangkan akan dilaksanakan secara berperingkat pada bulan November 2026. Tarikh rasmi pengkreditan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Apakah tindakan jika status Semakan STR Fasa 4 menunjukkan Gagal Kredit atau Tidak Lulus?

Jika semakan status menunjukkan ‘Gagal Kredit’, (kebiasaannya akibat akaun tidak aktif atau salah nombor akaun). Oleh itu, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat membawa MyKad asal untuk penunaian tunai. Jika Tidak Lulus, semak kod alasan di portal dan kemukakan permohonan rayuan semasa tempoh rayuan dibuka.

Baca Juga : LOGIN SARA : SEMAKAN SARA 2026

Rujukan Rasmi & Saluran Bantuan Hotlink Kerajaan

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : str@treasury.gov.my

Penafian

Pernyataan Maklumat: Segala butiran yang dipaparkan di portal ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan kemudahan rujukan pengguna mengenai inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia sahaja. Pemilihan tajuk dan kata kunci adalah dioptimumkan berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini mudah dicapai oleh pihak yang memerlukan.

Keselamatan & Privasi Data: Pihak kami dengan ini menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat peribadi sensitif, butiran perbankan, atau mengenakan sebarang caj pembayaran ke atas maklumat yang dikongsikan. Segala perkongsian adalah bersifat percuma dan bebas daripada sebarang unsur komersial yang menyalahi undang-undang.

Integriti Kandungan: Objektif utama penulisan ini adalah untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih bagi membantu pelawat portal mendapatkan panduan yang tepat mengenai bantuan kerajaan secara efisien. Walau bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi sebarang urusan transaksi atau permohonan.

Sumber Rujukan Sahih: Kandungan ini disusun dengan merujuk sepenuhnya kepada sumber berautoriti di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment

MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://starazona.com/contacto/MAINZEUShttps://www.dovhlevin.com/https://stitta.ac.id/kontak/MAINZEUSMAINZEUSSLOT ZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://coavs.edu.pk/faculty/SLOT PULSAMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSULARWINULARWINMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://coes.dypgroup.edu.in/library/MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUShttps://sethu.ac.in/seminar/MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSJOKER4D>MAINZEUSMAINZEUSMAINZEUSLIVETOTOEBTtop111LIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETJOKER4D>LIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETlivetotobetmainzeuslivetotobetmainzeuslivetotobetlivetotobet LIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBETLIVETOTOBET SLOT2DSLOT2DSLOT2D JOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4DJOKER4D https://livetotobet1.com/contact-us/https://livetotobet1.com/privacy-policy/https://livetotobet1.com/produk/https://livetotobet1.com/refund-policy/https://livetotobet1.com/terms-condition/https://livetotobet1.com/about/https://www.snsrkscollege.ac.in/https://www.leiko.cz/https://www.christiandelorme.com/https://spidercarts.com/shop/misa66livetotobethttps://vidhatadevelopers.com/project/live totolive totobintang4dhttps://powerstationofart.org/https://colonnews.com/slot2dslot2dslot2dbintang4dlivetotobet bintang4dbintang4d bintang4d bintang4d bintang4d bintang4d https://www.hockeyhmb.com/https://brianwemett.com/https://goodsmokebbq.com/https://www.mynheerfarm.co.uk/https://uanuk.com/https://www.avrgroups.com/https://www.pxm-tuts.com/https://www.muso-festival.com/https://www.pc3connect.org/totosgptotosgplive totolive totolive toto raja111raja111